Sebelum ini Awang Adek adalah bekas bakal MB tak jadi di Kelantan. Banyak baner bekas bakal MB itu dipasang di seluruh Kelantan semasa pilihanraya 2008. Akhirnya baner itu menjadi bahan koleksi pengumpul barang pelik. Itulah yang diingat tentang bakal MB tak jadi yang ditulis saudara MSO Merah Tinta.
Kini PM Najib dan BN lebih berhati-hati tentang calon bakal MB tak jadi. Bakal MB tak jadi belum ditentukan setakat ini kata Najib. Najib berkata ia akan ditentukan bila tiba masanya nanti.
Mengenai ura-ura Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed akan diumumkan menjadi bakal MB tak jadi, Najib berkata ia terpulang kepada persetujuan semua pihak.
“Oh anda nak Tok Pa (Mustapa), tak apalah kita tengok dulu pendapat semua pihak… Tak susah kalau Tok Pa sanggup.” kata PM Najib selepas menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Majlis Bersama Profesional Kelantan.
Najib juga berkata walaupun suasana baik di kalangan penyokong tetapi ia bukan satu perkara mudah untuk parti kembali menawan negeri ini.
Semoga bukan satu perkara mudah itu menjadi semakin payah!!