Ikuti Blog ini

PM penakut umum awal tarikh pilihan raya


KOTA BHARU, 31 Mac: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, semua Perdana Menteri Barisan Nasional (BN) ‘penakut’ lantaran tidak berani mengisytiharkan lebih awal tarikh pilihan raya.
Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan mendakwa sehingga kini tidak ada seorang pun daripada mantan PM itu yang memberitahu tarikh pilihan raya di Malaysia lebih awal.

Katanya, bukan Najib sahaja, bahkan semua PM Malaysia penakut untuk mengisytiharkan tarikh pilihanraya lebih awal walau pun sampai ‘bab pilihan raya’.

“Maknanya, semua PM BN penakut belaka, sebab itu tidak berani memberitahu awal,” ujarnya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Pelan Strategik Kecemerlangan Maahad Muhammadi (MM) dan Pelancaran Buku Khas Biodata 100 Tokoh Guru MM di Maahad Muhammadi Perempuan (MMP) di sini, petang semalam. (Gambar atas)

Majlis tersebut diadakan sempena Sambutan Jubli Intan Maahad Muhammadi.

Turut hadir Pengetua Maahad Muhammadi Lelaki dan Perempuan serta tokoh guru dan mantan guru yang sejarahnya dimuatkan dalam buku khas itu.

Mandat BN menerajui Kerajaan Pusat berakhir pada April 2013.


Pada pilihan raya umum 8 Mac 2008 yang lalu, Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri dan seterusnya menjadi Perdana Menteri menggantikan Abdullah Ahmad Badawi pada April 2009.

Najib mendakwa beliau perlu meneliti beberapa faktor sebelum mahu mengadakan pilihan raya umum (PRU) ke-13 dalam waktu terdekat.

Selepas Pilihanraya Umum kedua belas (PRU-12) pada Mac 2008, terdapat spekulasi bahawa Najib mungkin membubarkan Parlimen tahun ini walaupun tempohnya hanya berakhir 2013.

Apakah benar kajian mendakwa bahawa keadaan menunjukkan Najib masih gagal mendapatkan sokongan masyarakat Cina dan India menyebabkan beliau lambat mengumumkan tarikh PRU13? -Hrkh
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .