KUALA LUMPUR, 10 April: 10 hari menjelang perhimpunan 28 April ini, penyokong Bersih menganjurkan perhimpunan menjelang Bersih 3.0.
Perhimpunan Rapat Rakyat Countdown 10 hari menjelang Bersih 3.0 ini akan diadakan pada 17 April ini di Padang Kelab Sultan Sultan, Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Ia akan bermula jam 8 malam dengan membariskan para penggerak perhimpunan dari pelbagai pihak.
Bersih 3.0 dengan tema 'Duduk dan Bantah' akan diadakan di Dataran Merdeka 28 April ini.
Perhimpunan ini dibuat ekoran kegagalan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) memberikan jaminan yang boleh diterima untuk mempastikan pilihan raya umum akan datang berjalan dengan baik.
Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS pula mendedahkan kewujudan satu 'Task Force' yang disertai oleh pegawai khas perdana menteri, SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara.
Perhimpunan di Kelab Sultan Sulaiman ini anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan 13 organisasi anak muda dan mahasiswa Malaysia.
Mengetuai perhimpunan ini adalah penggerak utama perhimpunan ini iaitu Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS.
Selain beliau, yang akan hadir dan turut berucap adalah, Tian Chua (PKR), Nurul Izzah (PKR), Antony Loke (DAP), Teressa Kok (DAP), Pak Samad Said (BERSIH), Maria Chin (BERSIH), Datuk Husam Musa (PAS), Hishamuddin Rais, Aziz Bari (bekas Prof. UIA), Dr. Nasir Hashim (PSM), Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir.
Turut serta adalah penyanyi lagu baru "Mentari Kuning Menyalalah" iaitu BLACK (Amin Iskandar), penyanyi Aisyah, che'GuBard (SAMM), Adam Adli, Elizabeth Wong (PKR)dan ramai lagi pimpinan dan wakil - wakil organisasi massa. -Hrkh