Ikuti Blog ini

Bantah Lynas: di Shah Alam dan Melaka


Perhimpunan bantah Lynas di Bantah Lynas: 200 berhimpun di Shah Alam

Seramai kira-kira 200 orang berhimpun di Dataran Shah Alam, Selangor dalam bantahan ke atas loji memproses nadir bumi Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) di Gebeng, Kuantan.

NONEKumpulan itu mula berkumpul bermula jam 2.20 petang semalam selepas solat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan mula berucap dan melaungkan slogan.

Perhimpunan di Shah Alam itu merupakan antara beberapa demonstrasi yang diadakan serentak seluruh negara anjuran Solidariti Hijau SeMalaysia yang dianggotai 23 NGO.

MP Shah Alam dalam ucapannya di perhimpunan itu antara lainnya menyeru masyarakat yang hadir supaya menolak kerajaan yang tidak mahu mempertahankan negara daripada sisa berbahaya daripada Lynas.

NONETurut hadir dalam perhimpunan itu ialah koordinator Asalkan Bukan Umno Haris Ibrahim, ADUN Hulu Kelang Saari Sungib, serta pengerusi lajnah alam sekitar PAS, Zulkifli Mohd Omar.

Peserta yang bersorak dan melaungkan slogan itu diawasi seramai kira-kira 30 orang anggota polis dan juga 10 orang penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam.

Perhimpunan itu berakhir dengan aman sekitar jam 3 petang.


Di Melaka
Demonstrasi aman menentang Lynas di Melaka selepas solat Jumaat petang tadi berjaya menghimpun semua lapisan rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

Demonstrasi bermula sebaik sahaja selesai solat Jumaat di tempat letak kereta di hadapan Bangunan Universiti Terbuka Malaysia (OUM) berhadapan masjid Al Azim.

Antara pimpinan PR yang hadir ialah Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari; Pengerusi DAP Melaka Goh Leong San, Adun Bachang Lim Jak Wong; Adun Ayer Keroh Khoo Poay Tiong; Adun Bandar Hilir, Tey Kok Kiew; Ahli Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him dan pimpinan PR Melaka pelbagai peringkat.
Adly ucapannya berterima kasih kepada pihak keselamatan kerana memberikan kerjasama yang baik sepanjang demonstrasi tersebut.

"Kita berhimpun hari ini untuk menyatakan bantahan di atas tindakan kerajaan BN yang membenarkan kilang Lynas ini beroperasi di tanah air kita"

":Yang untung kroni dan susah dan terkena akibat dari pencemaran alam sekitar ialah rakyat" ujar Adly. Berikut disiarkan gambar-gambar yang diambil dari ihsan rakan-rakan FB.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .