Ikuti Blog ini

[BONGKAR] Pelajar Universiti Didaftar Ke DUN Ali Rustam

Melaka: PAS mendakwa usaha untuk mendaftarkan pengundi baru ke kawasan DUN Bukit Baru yang diwakili Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Gambar fail.

“Usaha itu dilakukan dengan dua cara. Pertama dengan mendaftarkan pelajar pusat pengajian tinggi supaya mengundi di DUN tersebut.

“Kedua ialah membawa masuk pengundi baru ke DUN Bukit Baru,” kata Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Kamaruddin Sidek.

Beliau berkata, dari maklumat yang diterima Umno meminta pelajar beberapa pusat pengajian tinggi di negeri itu supaya menukar alamat tempat mengundi kepada DUN Bukit Baru.

Mereka mensasarkan pelajar Universiti Teknologi Melaka (UTEM), MMU, UiTM serta Kolej Yayasan Melaka dengan mendapat bayaran RM300 seorang, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Kamaruddin Sidek.

“Kami mendapat maklumat termasuk gambar mengenai perkara itu,” tambahnya.

`Didalangi Kemas dan SPR

Menurut beliau, DUN Bukit Baru kini mencatatkan jumlah penambahan pengundi baru keempat terbanyak di seluruh negara.

“Angka ini disahkan sendiri oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),” tambah beliau.
Pemimpin PAS itu juga mendakwa usaha memindahkan pengundi PAS dari tempat lain ke kawasan DUN Bukit Baru.

Katanya, beliau mendapat aduan daripada seorang pengundi lama PAS dari DUN Duyung yang telah dipindahkan ke Bukit Baru.

Kamaruddin berkata, beliau bertanyakan perkara itu kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan pegawai memberitahu pihaknya sedang mengemaskan data pengundi.

“Pegawai SPR memberitahu bahawa permohonan untuk menukar alamat pengundi berkenaan lengkap dengan tanda tangan pemohon.

“Tetapi saya syak sindiket ini didalangi Kemas bersama SPR. Masalahnya ramai pengundi yang tidak tahu bahawa nama mereka telah dipindahkan ke tempat mengundi lain.

“Sasarannya ialah terhadap pengundi-pengundi yang telah berumur 60 tahun ke atas,” kata beliau lagi. -fmt
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .