Kelihatan pegawai penguatkuasa menemui mahasiswa dan mengarahkan mereka mengosongkan kawasan itu bagi memberi laluan kepada konsert diraja malam ini.
Setelah berbincang, mahasiswa bagaimanapun memutuskan enggan berpindah selagi tuntutan mereka tidak didengar.
Aktivis Adam Adli Abd Halim (atas) berkata, terpulang kepada DBKL jika mahu merampas barang mereka atau menghalau mahasiswa, tetapi mereka tetap akan kembali untuk berkhemah malam ini.
Mereka antara ratusan yang berhimpun di ibu negara petang semalam bagi menyatakan penolakan kepada PTPTN dan menuntut perdidikan percuma hingga ke peringkat pengajian tinggi.
Sementara itu, DBKL kira-kira jam 4 petang ini berkeras mahu mengalihkan khemah itu sehingga memaksa mahasiswa membuat benteng manusia dan berlaku adegan tolak menolak antara kedua-dua pihak.
DBKL bagaimanapun berjaya merobohkan empat khemah dan merampis satu daripadanya. Mahasiwwa mendakwa DBKL melakukan kekasaran ketika bertindak. -M'kini