Perhimpunan yang dianggap sebagai Pra-Bersih 3.0 itu bertujuan untuk menggalakkan orang ramai untuk menghadiri perhimpunan "duduk bantah" yang dirancang di Kuala Lumpur minggu depan.

Philip berkata, Dataran Pahlawan Mall dipilih kerana dibina di atas tapak padang Banda Hilir yang menjadi tempat bersejarah apabila Tuanku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan sebaik pulang dari London.
"Oleh sebab itu, orang-orang di Melaka sekali lagi akan berkumpul pada tarikh tersebut bagi menuntut pilihan raya bebas dan adil.
"Penyokong dijemput memakai apa jenis pakaian berwarna kuning dan baju T Bersih 3.0 yang tidak diharamkan tahun ini amat dialu-alukan.

Selain itu, mereka turut mengedarkan risalah mengenai perhimpunan BERSIH 3.0 kepada orang ramai dan melekatkannya pada cermin kereta.
Turut hadir, ADUN kawasan Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong.
Pada 28 April ini, perhimpunan menuntut pilihan raya bebas dan adil akan dilangsungkan serentak di bandar besar di seluruh negara dan di seluruh dunia. -M'kini