Ikuti Blog ini

DS Anwar: Isu hudud tak jejaskan Pakatan


Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar berkata Pakatan Rakyat tidak terjejas dengan liputan negatif media berhubung isu hukum hudud sejak kebelakangan ini.

Tegasnya, gabungan itu terus berada dalam "satu semangat dan keutuhan serta muafakat sedikit tidak terjejas" dengan laporan seperti itu.

"Jadi seolah-olah ada kesenjangan apa sebenarnya berlaku dan apa yang ditafsirkan di luar.

"Saya tidak meremehkan tapi kenyataannya begitu. Pakatan Rakyat akan terikat untuk masa sekarang, dalam pilihan raya dan Insya-Allah ketika membentuk kerajaan," katanya.

Sebaliknya, Anwar berkata semua parti anggotanya sepakat untuk memperjuangkan perkara yang dipersetujui mereka dalam konvensyen Pakatan, Buku Jingga dan konsensus tentang hudud pada 28 September lalu.

Anwar berkata isu berhubung hudud juga tidak dibincangkan dalam mesyuarat hari ini memandangkan pemimpin berkenaan mempertegas pendirian untuk menghormati perbezaan pandangan masing-masing.

Dalam sidang media sama, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata isu hudud itu sengaja digunakan BN melalui media untuk menutup kontroversi yang timbul berhubung perhimpunan BERSIH 3.0.

Tambahnya, isu pilihan raya bersih dan adil perlu diutamakan berbanding isu hukum hudud yang diuar-uarkan itu.

"(Hudud) selesai secara dalaman. Utamakan isu bersih dulu. BN sengaja gunakan media untuk tutup isu BERSIH. Kita belum memerintah lagi. Pentingnya memerintah dulu," katanya. -M'kini
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .