Ini
ialah tujuh sebab merupakan jawapan balas kepada Ucapan Presden Umno
Datuk Seri Najib Tun Razak yang di lafazkan di Stadium Bukit Jalil
sempena sambutan ke-66 Umno pada 11 Mei 2012, kenapa Umno BN tidak
layak diberi mandat di dalam PRU 13.
Pertama: apakah kepimpinan Umno BN boleh dipercayai? Datuk Seri
Najib tidak boleh berbangga dengan pemberian BR1M , kerana ini bukan
wang lebihan tetapi daripada hutang. Begitu juga durian runtuh kepada
peneroka Felda, bukan wang hasil jimatan. Kalau Felda wang banyak kenapa
perlu berhutang dengan KWSP sebanyak RM6 bilion. Malahan wang tunai
Felda semakin kurang sejak Felda di bawah pengawasan Najib pada tahun
2004. Pada tahun 2004 wang Felda RM4.08 bilion telah kurang kepada
RM1.39 bilion pada tahun 2009. Kemana wang Felda ini dibelanjakan?.
Bangunan Felda sebanyak RM662 juta, projek basmi kemiskinan rakyat
Sabah RM253 juta dan kos tanam semula RM2 bilion. Sedangkan negeri
Pakatan Rakyat beri kepada rakyat hasil ketelusan dan lebihan memerangi
rasuah. Kelantan yang miskin mampu memberi skim Kifalah sebanyak RM8
juta setahun, yang Umno tidak pernah lakukan. Kerajaan di Selangor
memberi air percuma yang tidak pernah dimimpi oleh rakyat Selangor
selama ini. Semuanya hasil jimat cermat. Walaupun Selangor memberi
banyak kebajikan untuk rakyat, negeri Selangor tidak muflis malahan
simpanan Selangor meningkat kepada RM1.9 bilion. Wang BR1M RM500 untuk
55 tahun sekali sahaja, itu pun apabila Umno lemah. Hujah mengatakan
bahawa Umno sahaja buat jalan, klinik, seolah-olah di negeri Thailand,
Papua, Pontianak,Malta tidak ada jalan kerana Umno tidak ada. Ini hujah
zaman batu .
Kedua;parti mana yang lebih baik, maka sudah tentu
Pakatan Rakyat lebih baik daripada Umno BN yang terbukti dan teruji.
Buktinya pemerintahan Umno BN Indeks rasuah meningkat, menurut CPI pada
tahun 2010 indeks 4.4 tetapi telah merosot kepada 4.3 pada tahun 2011.
Laporan Ketua Audit Negara, Malaysia kerugian akibat ketirisan RM28
bilion pada tahun 2008.
Ketiga; apakah Umno hendak diharap jaga
agama?. Siapa yang runtuh masjid Bujal? Runtuh surau kampung Berembang
Ampang, tutup surau Jubli Perak Bangi, tutup surau al-Rahmah Seksyen 8
Shah Alam, Tutup Surau Puchong Perdana? Bukankah ini angkara Umno?.
Kalau tempat suci umat Islam pun Umno tidak boleh diharap. Bagaiaman
hendak harap Umno menjaga Islam yang lebih besar. Apakah Umno mendakwa
mereka menghormati Raja-Raja Melayu?. Siapa yang tabal Tengku Ibrahim di
Padang Sekolah Ketereh? Siapa yang kata Sultan Terengganu binatang?
Siapa yang maki Raja-Raja Melayu ketika krisis Perlembangaan 1983 dan
1993? Zahid Hamidi sendiri pernah pertikai kedudukan Sultan Ismail
Petra Kelantan kononnya tidak layak menjadi Sultan. Tan Sri Rahim Tambi
Chik suruh rakyat berbahasa dengan Raja ialah “saya” untuk ganti
perkataan “patik”. Umno jangan hipokrit kononnya pembela Raja-Raja
Melayu.
Keempat; Najib kena malu sikit kononnya bijak urus
ekonomi. Seantario dunia tahu bahawa negara dan negeri BN perintah
semuanya masalah. Hutang negara meningkat daripada RM146 bilion pada
tahun 2002 kepada RM456.1 bilion pada tahun 2011. Adakah Najib punya
otak mengatakan kerajaan yang hutang banyak, maka kerajaan itu cerdik
mentadbir negara. Pemerintahan Umno BN Kedah meninggal hutang hampir
RM2.3 bilion kepada Pakatan Rakyat.
Kelima; parti Umno yang
bermain isu-isu rasis di negeri Pakatan Rakyat. Siapakah yang anjur demo
kepala lembu di Selangor? Siapa pula yang demo kebumikan YAB Lim Guan
Eng di Pulau Pinang pada 10 Mei 2012? Apakah ini yang dimaksudkan dengan
keharmonian kaum? Kalau trend ini berlaku berterusan maka ia amat
merbahaya kepada negara.
Keenam; transformasi apa yang Najib
bawa? Tidak lebih daripada retorik. Apakah Undang-Undang ISA kononnya
dimansuhkan? Sedangkan yang baru lebih teruk. Rang Undang-Undang
Pilihanraya diluluskan dengan secara tergesa-gesa oleh Dewan Rakyat.
Setelah mendapat kecaman maka Dewan Negara menarik balik. Polis yang
“merusuh” pada 28 April 2012 di himpunan Bersih adakah ini transformasi
Najib. Ini bukan transformasi tetapi transformer.
Ketujuh; BN
gagal meningkat pendapatan rakyat di negara ini. Buktinya 5.2 juta
rakyat berpendapatan RM3000 kebawah. Kenapa gagal? Bukankah Malaysia
negara kaya? Kenapa rakyat miskin, bagaimana Najib boleh mengaku beliau
berjaya meningkat pendapatan rakyat. Walau pun negara sudah merdeka 55
tahun tahap kemiskinan rakyat semakin parah. Malahan kemiskinan
sebenarnya dirancang supaya ia menjadi umpan kepada Umno untuk mendapat
undi dalam setiap kali pilihanraya.
*** Tulisan Ustaz Idris Ahmad Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, merangkap Pengerusi Lujnah Tarbiah