Apabila
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom
berkata bahawa kemasukan Irshad Manji ke Malaysia adalah kerana dia
didalangi oleh individu tertentu maka saya melihat beliau seolah-oleh
cuba mengocak-ngocakkan air yang tenang dan jernih agar menjadi keruh
dan kemudiannya senang bagi beliau untuk menangguk.
Terlalu mudah plot cerita yang cuba dia reka itu, seperti cerita
Hindustan cerita sama yang diulang-ulang. Cuma watak dan tempat sahaja
yang berbeza. Balik-balik kisah cinta terhalang, kisah wira penyelamat
yang kekuatannya sekali tumbuk lima, enam orang musuh melayang. Itupun
orang yang bodoh masih percaya dan menangis-nangis bila menontonnya.
Saya
mungkin tidak terlalu arif tentang bagaimana proses kemasukkan orang
asing ke negara ini yang kalau seperti dilaporkan oleh Malaysiakini,
Jamil sepertinya menggambarkan kemasukan seseorang ke negara ini amat
sukar disekat sepertinya negara kita ini tiada sistem bagi mengenal
pasti siapa pelancong itu. Adakah sedangkal itu sistem yang dimiliki
oleh imigresen Malaysia?
Kalaulah benar begitu sukarnya pihak
berkuasa menyekat kemasukan orang-orang yang tidak diingini ke negara
ini maka, bagaimana mungkin seorang peguam William Bourdon yang ingin
menyiasat tentang kes rasuah pembelian kapal selam scorpene sedikit masa
dahulu disuruh pulang kembali ke negaranya? Adakah pihak imigresen atau
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menghalau peguam itu secara rambang?
Atau kebetulan bertemu di pasar malam?
Dan bukankah kedatangan
Irshad Manji telah menjadi isu yang besar di kebanyakkan akhbar kerana
bantahan rakyat? Dan jelas beliau telah ditolak di Indonesia. Maka
kenapa apabila kita sudah tahu berkenaan kedatangannya itu, kita masih
gagal melakukan tindakan pro-aktif bagi menghalangnya? Perlu diingat
Irshad Manji bukan pendatang tanpa izin yang masuk melalui hutan di
sempadan. Dia masuk secara sah dan berdaftar atau dengan kata lain dia
masuk melalui pintu depan rumah kita !
Kes yang sama pernah
berlaku sedikit masa dahulu apabila seorang lelaki rakyat Arab Saudi
Hamza Kashgari yang dikaitkan dengan tuduhan menghina rasulullah di
laman Facebooknya ditangkap dan beliau telah dihantar kembali oleh
kerajaan Malaysia ke negara asalnya. Kenapa dengan kes yang sangat
menyerupai antara satu sama lain, tetapi hasil keputusannya sangat
berbeza? Begitu mudah dia ditahan dan dihantar pulang, jadi apakah
kerumitan yang dihadapi oleh kerajaan dalam kes Irshad?
Bagi
pandangan saya isu Irshad Manji ini sebenarnya akan membawa sedikit
political mileage kepada Umno sekiranya isu berkaitan dengan lesbian,
gay, biseksual dan transeksual (LGBT) berjaya diperbesarkan, maka ia
secara tidak langsung akan dipalit kepada pembangkang. Sengaja dibiarkan
kemasukkan Irshad Manji agar terkait dengan pembangkang yang dituduh
menyokong LGBT. Namun Alhamdulillah kelihatannya strategi ini tidak
Berjaya
Berkaitan dengan dalang yang dikatakan oleh Jamil pula,
dia hendaklah mengemukakan bukti supaya terang siapakah dalang disebalik
segala ini dan diambil tindakan sewajarnya, dan saya percaya Pakatan
Rakyat terutamanya PAS akan menyokongnya. Tetapi Jamil jangan hanya
melepaskan peluru secara rambang, bahaya ! Kerana peluru itu mungkin
terkena kepada orang yang tidak bersalah.
Atau adakah dalang itu
berselindung di belakang beliau dan partinya. Mengapa saya berani
menanyakan begitu? Lihat sahajalah tempat pelancaran buku Irshad Manji
ialah di Wisma MCA !!!
MCA seperti yang diketahui umum adalah
teman sebantal Umno. Tiadalah parti tersayang dan yang terbesar selepas
Umno di dalam BN kecuali MCA yang mengaku sebagai kafir zimmi (oleh
wakil MCA sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Bandar -Terengganu iaitu
Yang Berhormat Toh Chin Yaw dalam sidang dewan suatu masa dahulu). Jadi
adakah anda hairan jika sekiranya tiada tindakan dikenakan oleh kerajaan
atas penganjur yang melancarkan buku tulisan Irshad ini?
(Gambar
kiri - Penerbit ZI Publications Ezra Zaid-kiri bersama Erykah Badu,
artis kontroversi yang membuat tatu nama Allah di badannya)
Kerajaan
juga sepatutnya menjalankan siasatan kepada penganjur program ini ZI
Publications kerana cuba menghuru-harakan kefahaman orang awam terhadap
Islam. Dengan tindakan keras oleh kerajaan saya percaya dan yakin
pihak-pihak lain tidak akan mengambil mudah lagi dalam isu berkaitan
sensiviti Islam. Hendak seribu daya tak nak seribu dalih. Dan jangan
dilakukan kerana keuntungan politik semata-mata. Sama jugalah dengan isu
kumpulan K-Pop dalam majlis sambutan Belia Kebangsaan di Putrajaya dan
isu tatu di badan Erykah Badu masih tak selesai. Dimana Majlis Fatwa
Kebangsaan? Kenapa diam? Benarlah kata Tuan Guru Nik Aziz, ulamak
terompah kayu, hanya dipakai dan bising untuk ke jamban.
Inilah
yang saya katakan pada permulaan catatan ini iaitu cerita Hindustan sama
yang sedang dimainkan oleh Umno iaitu untuk mengaitkan Pakatan Rakyat
(PR) dengan amalan yang tidak bermoral. Alahamdulillah rakyat Malaysia
sangat bijak membaca apa niat tersirat oleh orang yang berniat serong.
Teringat
saya kepada cerita teman saya apabila mula-mula Jamil Khir dilantik
menjadi menteri. Hampir saja Jamil ingin meletakkan jawatannya kata
teman saya kerana tidak tahan melihat Islam bagaikan dipermainkan oleh
kerajaan. Namun beliau dipujuk oleh sekumpulan cerdik pandai dalam
kerajaan agar bertahan dan mereka akan membantu Jamil dari belakang.
Dengan
cerita yang semakin banyak berkenaan Jamil Khir (baca cerita negatif)
tentang wang zakat yang dibayar kepada peguam, cerita dalang kepada
Irshad Manji ini dan terbaru kisah kerajaan Arab Saudi yang kononnya
ingin mengurangkan kuota jemaah haji Malaysia kerana himpunan Bersih 3.0
yang diadakan di Mekah dan Madinah, dibangkang keras oleh Ketua Dewan
Ulamak PAS Pahang Ustaz Mokhtar Senik yang mengatakan kerajaan Saudi
tidak pernah mengeluarkan kenyataan pengurangan kuota itu, saya hanya
tersenyum mengingatkan kembali cerita teman saya itu. Wallahua’lam -
dunbpayong.blogspot.com