Hari ini lagenda rock tersohor, Amy Search menyerta Umno. Tahniah kepada Umno kerana mendapat satu lagi undi dan takziah kerana Umno pilihan Amy.
Amy berkata dia yakin perpaduan orang Melayu mampu dikekalkan kerana Umno.
“Hanya Umno sahaja yang mampu membuat
rakyat kembali bersatu. Saya lihat Umno merupakan sebuah parti yang
mampu menjamin masa depan negara dan rakyat melalui segala usaha yang
dilakukan pemimpin-pemimpinnya,” kata Amy, 54, atau Suhaimi Abd Rahman
kepada pemberita.
Dengan menyertai Umno kerana agama tak begitu dipentingkan sangat oeh Amy.
“Bagi saya, jika nak perjuangkan agama
tidak semestinya menyertai PAS. Umno juga memperjuangkan agama, dan
dalam pentadbiran, Umno juga tidak mengetepikan golongan ulama. Jika nak
perjuangkan agama, bagi saya tidak semestinya sokong parti yang ahlinya
berjubah sahaja,” katanya.
Turut sama menyertai parti itu Mus (May) atau Mustaffa Din dan Ibnor Riza Ibrahim.
Umno menjadi pilihan Amy. Patutlah,
sebab Amy menyertai Umno kerana Amy masih lagi ingin menyanyi dan ingin
rock lagi walaupun memasuki usia pencen. Dia sayang meninggalkan
dunianya.
Masuk Umno tiada membawa apa-apa
perubahan kepada artis seperti sebelum ini. Umno tak mampu
mentarbiyahkan mereka.
Lihat artis yang menyertai Pas, ketara
perubahannya kerana Pas berjaya mentarbiyahkan mereka.
Sekurang-kurangnya Bob Lokman boleh bercakap tentang agama.
Sekurang-kurangnya Syarifah Aini sempurna sunnah pemakaiannya. Mereka
mampu meninggalkan dunia ‘lagho’ mereka sebelum ini.
Jadi kepada Amy Search, selamat berjuang bersama Umno dan semoga ‘rock’ lagi…
Pssst :Mus (May) masuk Umno kerana ingin menjaga rambutnya!! Kalau masuk Pas tak tergamak pula dia ingin berambut begitu!!