Semalam riuh rendah Blogger Pro UMNO menyiarkan
gambar-gambar perhimpunan sebuah pertubuhan haram di Stadium Nasional Bukit
Jalil.
Kenapa aku kata himpunan pertubuhan haram sila baca di (
SINI )
Ada yang melaporkan jumlah yang menghadiri himpunan
pertubuhan haram itu 80,000 ada yang melaporkan 90,000 dan ada juga yang
melaporkan jumlahnya ialah lebih 100,000.
Walau berapa sekalipun yang dilaporkan itu ikut suka
merekalah.. tapi perlu kita ketahui jumlah kerusi yang memenuhi Stadium
tersebut hanyalah 87,411 buah sahaja.
Jumlah tersebut merupakan jumlah keseluruhan kerusi yang ada
di semua ‘level’ stadium..cuba perhatikan gambar kat atas tu, tengok belakang Najib tu.. berapa banyak yang kosong?
Gambar kat bawah ni pun sama.. banyak kerusi yang kosong juga tetapi
memandangkan warna kerusi adalah sama dengan warna dengan warna pakaian
perwakilan.. kerusi kosongpun nampak macam ada perwakilan..
Kerusi dan perwakilan |
Ada pencacai UMNO suruh kira berapa yang hadir.. |
Belakang stage itupun sudah berapa 'level' yang kosong? |
Tertipu dengan warna merah yang dilihatnya memenuhi Stadium itu.. berkatalah si Najib.. "Rasa-rasa
esok saya hendak menghadap Yang di-Pertuan Agong (untuk mendapatkan
perkenan)... adakah kita sudah bersedia, sudah bersedia, sudah bersedia?"
Kata-kata
itu disusuli dengan Najib bertanya, "boleh (kita) menang, boleh menang,
boleh menang."
"Tahun
ini, tahun depan, bulan Jun? (Atau) bila-bila boleh, tahun depan?"
Najib
juga menyifatkan perhimpunan ulang tahun Umno yang telah diharamkan itu sebagai "satu
perhimpunan raksasa, satu perhimpunan yang luar biasa, yang dianggap sebagai
perlambangan kekuatan Umno.""... perlambangan roh dan semangat,
perjuangan gigih Umno.
Penyokong tegar Sharizat.. |
Sebab itulah perhimpunan menunjukkan semangat Umno, sokongan tidak menurun,
hampir 100,000 yang berhimpun," kata Najib lagi.
Kalau 100,000 yang hadir itu ikhlas kerana nak mempertahankan pemimpin-pemimpin UMNO Baru baguslah..
Tapi
kalau yang hadir tu terpaksa disediakan pengangkutan, makanan kemudian
elaun pula..(tengok print screen sms di bawah) tak ada maknanya..
Budak sekolah manalah ni?? |
Golongan Mahasiswa yang reply sms Permatani Farahin dibawah ini lebih beruntung kerana dijanjikan RM300 seorang..
Sumbernya dari SINI |
Nak bangga apanya Najib??