Ikuti Blog ini

Saksi lihat anggota polis acu senjata api

Seorang saksi berkata beliau melihat seorang pegawai trafik mengacukan senjata api ke arah peserta perhimpunan BERSIH 3.0, Sabtu lalu.



Menurut Lai KL, anggota polis berkenaan bertindak demikian selepas satu kejadian kereta polis melanggar beberapa peserta perhimpunan yang berlaku di lokasi berhampiran.

NONELai berkata beliau melihat seorang peserta perhimpunan mengangkat tangan ketika anggota polis itu membelakanginya dalam kejadian di persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman-Jalan Esfahan, di tepi bangunan pusat membeli belah Sogo.

"Apabila (anggota polis) itu berpusing ke kana, saya nampak (senjata api) di tangannya. Peserta perhimpunan itu kemudian berundur dan menyertai orang ramai.

“Saya tidak pergi dekat... Insiden itu hanya berlaku beberapa minit," katanya.

Dalam kejadian pada anggaran jam 4.30 petang itu, Lai berkata beliau tidak melihat apa-apa provokasi dilakukan ke atas anggota polis berkenaan.
Namun beliau mendengar banyak jeritan pada waktu itu, katanya lagi kepada Malaysiakini.

“Polis sedang menahan dan memukul orang ramai pada waktu itu dan yang lain cuba masuk campur. Saya tidak melihat orang membaling apa-apa ke arah polis," katanya.

Lai berkata anggota polis lain dengan berpakaian seragam biru turut berada di kawasan tersebut dan tidak menyekat anggota polis trafik tersebut.

Satu video oleh individu tidak dikenali yang merakam kejadian itu menunjukkan seorang anggota polis trafik mengacukan senjata api ke atas peserta perhimpunan yang sedang berundur.

Video berkenaan disiarkan laman Free Malaysia Today.

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .