“Dahi
mak koyak, ususnya pecah dipijak sekumpulan polis berpakaian preman,”
kata Khalid Ismeth, anak kepada Faridah Abdul yang parah akibat
dizalimi pihak berkuasa itu pada perhimpunan Bersih 3.0.Bercakap kepada
KeadilanDaily, pemimpin Kumpulan Aktivis Mahasiswa
Independen(Kami) itu hairan mengapa ibunya menjadi sasaran kerananya
ibunya sudah berusia 50 tahun.
Beliau yang mengetahui hal ini selepas
diceritakan kakaknya, Nurul Hanilah yang menyaksikan kezaliman itu,
berkata, ia berlaku selepas ibunya jatuh di depan pejabat Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
“Ibu
mahu lihat kebangkitan anak muda. Sebab itu beliau hanya lihat situasi
dari perkarangan pejabat DBKL, malah ibu bukan berbaju kuning,”
katanya.
Ibu Khalid
kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan menerima tujuh jahitan
di dahi manakala ususnya mungkin dibedah selepas dipijak dan
diterajang sekumpulan polis yang memakaki kasut but keras.
“Ibu hanya
boleh minum air, sukar bercakap dan terpaksa dimasuklan air ke badan
24 jam tanpa henti kerana tubuhnya sangat lemah tapi masih bersemangat
berkempen menolak Umno BN kepada staf perubatan.
“Doktor beritahu ibu mungkin dibedah kerana ususnya cedera serius,” katanya yang menemani ibunya sepanjang hari ini.
Keputusan mengenai pembedahan itu, katanya diketahui Khamis ini kerana doktor mahu melihat sejauh mana kerosakan usus.
Sumber: KeadilanDaily.com