Ikuti Blog ini

Wartawan berhimpun bantah keganasan


Sempena Hari Kebebasan Media Sedunia, sekumpulan wartawan hari ini berkumpul di Kuala Lumpur bagi membantah kekasaran terhadap mereka sewaktu menjalankan tugas, terutama dalam himpunan BERSIH Sabtu lalu.

NONEDalam perhimpunan kira-kira jam 12 tengah hari tadi di hadapan pejabat Malaysiakini di Bangsar, pelbagai wakil media pelbagai organisasi dan bahasa hadir memberikan sokongan.

Mereka hadir berpakaian hitam tanda gelapnya kebebasan media di Malaysia dan riben kuning mewakili kebebasan media di negara ini.

Jalan Kemuja yang biasanya hanya menyaksikan kereta dan motosikal lalu-lalang pada tengah hari tadi bertukar menjadi seolah-olah pesta apabila pengamal media bersorak mengutuk keganasan terhadap wartawan.

Mereka memegang kad dan kain pemidang yang antaranya bertulis 'Hands Off Journalist at Work' (jangan ganggu, wartawan sedang bertugas), 'Stop Violence Against Journalist' (hentikan keganasan terhadap polis) , 'You Have Guns, We Have Cameras' (kamu ada pistol, kami ada kamera) bagi menyuarakan bantahan.

NONEKetua Pengarang Kumpulan Malaysiakini, Steven Gan, menegaskan himpunan ringkas itu diadakan untuk memperingati keganasan yang dilakukan polis terhadap petugas media hujung minggu lalu.

"Di sesetengah negara wartawan dibunuh atau dipenjarakan. Kini kita lihat semakin banyak keganasan terhadap wartawan berlaku.

"Ini (pas media) juga adalah 'lencana kehormatan'. Kami harap mereka (polis) juga menghormati 'lencana' ini.

"Kita perlu mengambil pendirian tegas dan keganasan ini perlu dihentikan," tegasnya.

'Bukan beg penumbuk'
Ketua Pengarang Malaysiakini, Fathi Aris Omar pula mengingatkan orang ramai bahawa wartawan yang bertugas pada hujung minggu lalu bukan 'beg penumbuk' tempat melepaskan kemarahan.

"Wartawan melakukan perkara yang patut dilakukan. Kami bukan melakukan provokasi.

"(Kini) masih ada wartawan yang dirawat di hospital kerana kecederaan," katanya.

NONEBeliau turut menggesa agar polis mengembalikan bahan-bahan berita seperti kad memori berisi gambar dan keratan video kepada organisasi media tanpa sebarang ubah suai.

Beliau kemudian mengetuai peserta himpunan melaungkan "stop violence against journalist", "hidup media" dan "hidup wartawan' dan disambut meriah peserta himpunan.

Jurugambar Malay Mail, Arif Kartono yang pecah bibirnya antara mangsa keganasan yang turut kelihatan pada himpunan tadi.

Sementara itu, empat harian Cina utama hari ini turut tampil dengan penggunaan banyak warna hitam di muka depan, termasuk riben kuning sebagai membantah perkara sama. -M'kini
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .