Ikuti Blog ini

Tahanan ISA mulakan mogok lapar kedua



Penat menunggu pembebasan mereka, dua daripada 45 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) memulakan pusingan kedua mogok lapar mereka pada Khamis lepas.

Jurucakap kumpulan peguam Lawyers for Liberty Fadiah Nadwa Fikri berkata, dua rakyat Malaysia itu tidak mahu lagi menunggu sehingga Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) memastikan pembebasan mereka.

"Mereka berdua tidakNONE mahu menunggu lagi sehingga akhir bulan ini," katanya kepada Malaysiakini merujuk kepada Fadzullah Abdul Razak dan lelaki dikenali sebagai "Razali".

Fadiah berkata, tahanan lain juga bersetuju sebulat suara untuk menyertai mogok lapar itu selepas 30 Jun - tarikh akhir ditetapkan supaya Suhakam kembali dengan keputusan positif.

Pesuruhjaya Suhakam James Nagayam awal bulan ini berkata, mereka memerlukan sekurang-kurangnya sebulan untuk meyakinkan Kementerian Dalam Negeri bagi membebaskan atau mendakwa tahanan itu.

Seramai 20 rakyat Malaysia dan 25 warga asing masih ditahan di Kamunting atas dakwaan terlibat dalam gerakan Darul Islam dan penyeludupan manusia.

Sebahagiannya dijangka terus ditahan sehingga 2014, walaupun akta itu sudah dimansuhkan di Dewan Rakyat pada April lalu dan digantikan dengan undang-undang baru.

Bagaimanapun, undang-undang baru tidak menjamin pembebasan tahanan sedia ada.

Seksyen 30 dalam akta baru itu menyebut sebarang arahan dikeluarkan bawah ISA tidak terjejas dengan pemansuhannya, kecuali ditarik balik oleh menteri dalam negeri.

Bulan lalu, seramai 12 daripada 45 tahanan sudah mengadakan mogok lapar menuntut pembebasan mereka. Mogok itu berakhir selepas lawatan oleh pesuruhjaya Suhakam. -M'kini
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .