Ikuti Blog ini

Tiada arahan jangan debat, kata Saifuddin



Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata, Umno tidak mengeluarkan sebarang arahan tutup mulut kepada anggota parti daripada berdebat dengan ahli politik pembangkang.

NONE"Saya fikir ita pandangan perdana menteri, tetapi tiada teguran (kepada ahli), tiada arahan tutup mulut. Jadi saya tidak fikir debat saya dengan Timbalan Presiden PAS Salahuddin Ayub akan jadi yang terakhir," katanya.

Saifuddin berkata demikian ketika menjawab soalan peserta dalam program bicara santai UndiMalaysia di Kuala Lumpur hari ini yang dihadiri kira-kira 30 anak muda.

Beliau ditanya sama ada debatnya dengan Salahuddin pada 19 Mei lalu yang terakhir ekoran kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam bahawa debat bukan budaya politik secara menyeluruh dalam sistem kita.

Saiffuddin yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno pada 19 Mei lalu berdebat dengan Salahuddin sama ada demonstrasi mengukuhkan amalan demokrasi dalam wacana anjuran Sinar Harian di Shah Alam.

Pada hari yang sama dua pemimpin BN - Naib Presiden MCA Gan Ping Sieu dan wakil rakyat Umno Abdul Rahman Dahlan - turut berdebat dengan wakil PKR dan PAS dalam program anjuran Malayiakini di Kuala Lumpur berhubung kedudukan demokrasi di Malaysia.

Fenomena itu dilihat memberikan tekanan kepada Najib yang sering didesak pembangkang supaya berdebat dengan ketua mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu-isu semasa yang melibatkan kepentingan umum. -M'kini
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .