Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menolak dakwaan kononnya UMNO mempunyai hubungan dengan pihak komunis.
Beliau berkata UMNO dalam sejarahnya tidak pernah menjalinkan hubungan dengan golongan fahaman komunis.
Nampaknya kenyataan Zahid Hamidi itu telah menyerlahkan kebenaran dari apa yang Tun Mahathir kata “ Hanya orang-orang bodoh bersama UMNO kini..”
Mungkin Zahid yakin bahawa semua rakyat Malaysia adalah sebodoh pencacai-pencacai UMNO yang dengan mudah boleh diperbodohkannya..
Atau mungkin juga Zahid Hamidi sendiri yang bodoh hinggakan sebagai juga Menteri Pertahanan Malaysia beliau gagal menyedari bahawa UMNO sendiri telah menandatangani Mou dengan Parti Komunis China (CPC).
Menurut Setiausaha Agong UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, memorandum Persefahaman antara UMNO dan Parti Komunis China (CPC) sepatutnya ditandatangani lebih awal lagi tetapi bencana alam yang melanda China telah melewatkannya.
Tujuan Memorandum ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan diantara kedua-dua buah parti iaitu CPC dan UMNO.
Menurut Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor beliau difahamkan bukan semua parti dalam dunia ini ada menandatangani memorandum seperti yang telah dilakukan oleh UMNO dan CPC.
Ini kerana Communist Party China memilih parti-parti yang mereka hendak adakan memorandum persefahaman.
SAKSIKAN!!