KUALA LUMPUR (14.7.12): Demonstrasi aman Himpunan Oren Selamatkan
Felda telah diadakan hari ini dengan bermulanya solat berjemaah Zohor
dan Hajat di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Selesai solat, orang ramai berarak ke Istana Negara dengan dipimpin oleh
Timbalan Presiden PAS, Tuan Haji Mohamad Sabu serta pimpinan-pimpinan
yang lain. Beberapa NGO telah turut serta di dalam perhimpunan aman
anjuran ANAK (Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan) ini.
Memorandum yang berisi 8 tuntutan akan diserahkan kepada DYMM Seri
Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung diakhir perhimpunan nanti.
8 tuntutan tersebut adalah 1) Pecat Isa Samad sebagai Pengerusi Felda,
2) Batalkan pinjaman bank peneroka, 3) Batalkan cagaran tanah Felda
Plantation, 4) Selesaikan tuntutan-tuntutan peneroka, 5) Hapuskan
hutang-hutang peneroka, 6) Lindungi tanah-tanah peneroka, 7) Jamin
kepentingan masa depan generasi ke 2 & 3, 8) Batalkan Felda
Plantation dan buka Felda baru untuk generasi baru Felda.
Saya telah berkesempatan untuk bersama-sama di dalam perhimpunan aman
hari ini. Berikut adalah gambar-gambar yang saya rakamkan di hari yang
bersejarah ini. -sumber
Masjid Wilayah Jalan Duta
Selesai solat
Bergambar bersama Sdr Mazlan Aliman, Pengerusi ANAK dan Dr Rosli Yaakop
Perarakan bermula
Dato' Seri Nizar Jamaludin dan keluarga menjadi tumpuan orang ramai
Ramai yang minta bergambar bersama DS Nizar
Barisan pimpinan
Ucapan ringkas berupa taklimat kepada orang ramai disampaikan oleh Sdr Mazlan Aliman
Berarak menuju ke Istana Negara
Haji Mat Razalli serta anak bergambar dengan Ustaz Idris Ahmad
Pemimpin dibarisan hadapan
Ceria biarpun dibawah terik mentari
Pihak berkuasa polis membuat sekatan jalan menuju ke Istana Negara
Semua pimpinan menaiki belakang lori untuk memberikan ucapan kepada orang ramai
Tamrin Tun Ghafar Baba juga ada bersama
CheguBard juga tidak mahu ketinggalan
Orang ramai menunggu arahan seterusnya daripada pimpinan dan juga pihak penganjur Himpunan Oren
Apa yang dibisikkan Sohaimi Mior Hassan kepada DS Nizar tu?