Tidak cukup dengan larangan polis, Dataran Merdeka malam ini ditutup untuk sebarang aktiviti, sekali gus menyukarkan rancangan sekumpulan aktivis menjayakan himpunan "Janji Demokrasi" mereka.
Bagaimanapun, tidak jauh daripada itu, di Jalan Sultan, sekumpulan
aktivis dan penduduk yang menentang pembinaan MRT di kawasan mereka
sudah mula berkumpul.
Di Shah Alam pula, kerajaan Selangor dan Pakatan Rakyat juga berkumpul
untuk sambutan ulang tahun kemerdekaan negara dengan cara mereka
tersendiri dengan tema alternatif "Sebangsa, Senegara, Sejiwa".
DATARAN Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata, tiada kejadian tidak diingini berlaku dalam perhimpunan di malam ini.
Jumlah kekuatan anggota yang bertugas malam ini adalah seramai 205 orang dari Dang Wangi dan Bukit Aman, katanya.
Pak Samad isytihar perhimpunan berjaya sampai sasaran tetapi tidak dapat mengagak jumlah sebenar peserta.
Katanya, kehadiran luar biasa yang kebanyakannya anak muda. Beliau menyeru mereka terus melakukan perubahan.
DATARAN Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata, tiada kejadian tidak diingini berlaku dalam perhimpunan di malam ini.
"Tiada kejadian yang tidak diingini malam ini. Itu kita akan siasat kemudian (jika langgar undang-undang)," katanya mengulas bacaan puisi Pak Samad sekitar jam 11.45 malam berdekatan bangunan DBKL.Katanya, tiada tangkapan dibuat, kecuali terhadap dua remaja yang didapati membakar mercun.
Jumlah kekuatan anggota yang bertugas malam ini adalah seramai 205 orang dari Dang Wangi dan Bukit Aman, katanya.
Pak Samad isytihar perhimpunan berjaya sampai sasaran tetapi tidak dapat mengagak jumlah sebenar peserta.
Katanya, kehadiran luar biasa yang kebanyakannya anak muda. Beliau menyeru mereka terus melakukan perubahan.
"Apabila saya sampai di Dataran, saya dapati jumlahnya (yang hadir) luar biasa. Dan saya senang, apabila ia daripada anak-anak muda. Dan ini penting.
"Ini menggambarkan mereka sudah menyedari era ini adalah era mereka, dan di tangan mereka sebuah regim boleh ditukar. Saya harap ini dapat dilakukan," katanya.Malaysiakini menganggarkan sebanyak 10,000 orang hadir.- M'kini