Ikuti Blog ini

[VIDEO] Janji Bersih Berjaya, PR Ke Putrajaya Hampir Pasti Jadi Kenyataan (updated)



Peserta Non Muslim Janji Bersih Kibar Bendera PAS..








Puluhan ribu berhimpun dalam perhimpunan Janji Bersih dan ambang Kemerdekaan di perkarangan DBKL, Kuala Lumpur dan juga di Stadium Shah Alam , demikian lapor harakahdaily.

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, Datuk A Samad Said, Nurul Izzah Anwar, Tian Chua, Fuziah Salleh dan lain-lain pemimpin Pakatan berada di Dataran DBKL berhampiran Dataran Merdeka.

Di Stadium Shah Alam pula, para pemimpin Pakatan yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim berhimpun di sana.

"Semangat kemerdekaan tidak berhenti dengan perarakan sahaja tetapi harus mampu menimbulkan kecintaan kepada negara.

"Pengorbanan dan sumbangan tentera dan polis serta rakyat menentang komunis dan penjajahan perlu mendapat dokongan semua," kata Anwar dalam ucapannya.

Sementara itu malaysiakini melaporkan Pak Samad mengisytihar perhimpunan berjaya sampai sasaran tetapi tidak dapat mengagak jumlah sebenar peserta.

Katanya, kehadiran luar biasa yang kebanyakannya anak muda. Beliau menyeru mereka terus melakukan perubahan.

"Apabila saya sampai di Dataran, saya dapati jumlahnya (yang hadir) luar biasa. Dan saya senang, apabila ia daripada anak-anak muda. Dan ini penting.

"Ini menggambarkan mereka sudah menyedari era ini adalah era mereka, dan di tangan mereka sebuah regim boleh ditukar. Saya harap ini dapat dilakukan," katanya.

Themalaysianinsider pula melaporkan Pak Samad dilihat menangis selepas membaca puisi tersebut.

Sejurus selesai membacakan puisi berkenaan, peserta yang majoritinya berbaju T kuning turut melaungkan janji demokrasi.

Sementara menanti detik 12 malam sambutan ambang Kemerderkaan, peserta turut melaungkan “Merdeka”, “Bersih” dan juga turut menyanyikan lagu “Tanggal 31”.

Keadaan di sekitar kawasan Dataran Merdeka bagaimanapun keadaan masih lagi terkawal dengan pihak polis turut berada di lokasi sekitar kawasan Dataran Merdeka bagi mengawal keadaan.

Situasi bertukar sedikit tegang apabila sekumpulan Mat Rempit mula membuat bising di lokasi peserta perhimpunan berkenaan berkumpul akibat laluan yang tertutup.

Keadaan bagaimanapun terkawal beberapa minit kemudian selepas ada di antara peserta yang membuka laluan dan menjaga lalulintas untuk membolehkan kumpulan penunggang motosikal tersebut melepasi lokasi perhimpunan Gabungan Janji.

Terdapat juga segelintir peserta yang dilihat membakar mercun dan bunga api sebaik sahaja tepat jam 12 malam.

Perhimpunan tersebut juga tamat sejurus pemimpin-pemimpin mereka melaungkan “Merdeka”, dan mereka kemudiannya meninggalkan lokasi perhimpunan berkenaan.

Keadaan di sekitar kawasan Dataran Merdeka bagaimanapun masih lagi dalam keadaan terkawal dengan pihak polis dan penguasa DBKL turut berada di lokasi sekitar kawasan Dataran Merdeka bagi mengawal keadaan.

Perhimpunan ini bertujuan untuk menuntut kerajaan menunaikan lapan tuntutan Bersih seperti pembersihan daftar pemilih, penggunaan dakwat kekal, kempen pilihan raya sekurang-kurangnya 21 hari, akses media yang adil kepada semua, pihak kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

JANJI DEMOKRASI (AMBANG MERDEKA 2012)

Malam amatlah indah walaupun kalbu masih terdera,
kita terpaksa menyambut senyum demokrasi yang lara.
Dataran Merdeka tak lagi dipupuk gah sejarahnya
kerana tak digalak ia untuk lebih bersejarah.
Kini di mana-mana sajalah Dataran Suara kita!

Angin sejarah yang tulen kini makin berhembus kencang
mencanda panji negara yang berkibar girang dan garang;
dan seragam gelombang kuning -- diri kita yang sejati --
menghimpun azam dan tekad untuk tulus damai berbakti,
menjeritkan: Janji Demokrasi, ya, Janji Demokrasi!

Kita mulai dihindar untuk mengalir ke Dataran;
di mana sajalah kini kita rai kemerdekaan.
Kita enggan menjadi wira ciplakan di dalam mimpi.
Kita laungkan jerit senyaringnya: "Janji Demokrasi!"
sehinggalah janji itu turut menjeritnya sendiri!

Pak Samad
28 Ogos 2012









Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .