Ikuti Blog ini

ROYALTI : NAJIB SEKALI LAGI PERBODOHKAN RAKYAT



Sekali lagi Najib cuba memperbodoh-bodohkan rakyat negara ini khasnya rakyat Kelantan. Tanpa segan silu  Najib Tun Razak berkata kerajaan pusat tidak pernah menafikan hak rakyat Kelantan dalam apa jua perkara termasuk dalam isu tuntutan bayaran tunai daripada hasil petroleum. 

Perdana Menteri berkata kerajaan BN sentiasa berlaku adil dan telus kepada semua rakyat Malaysia termasuk rakyat Kelantan.

Jadi apakah dengan menafikan royalti kepada Kelantan itu dikira adil dan tidak zalim. Kita yakin royalti diberi sudah tentu rakyat Kelantan tidak bising dan tidak buat demonstrasi.

"Sebagai kerajaan pimpinan BN, kita mesti ikut perintah Allah. Antaranya kita mesti berlaku adil bila kita memerintah, kerajaan BN memang berlaku adil kepada rakyat Malaysia," katanya semasa berucap pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Rakyat dan Penyampaian Bantuan Kebajikan Masyarakat di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Perdana di Bachok, malam ini.  

Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Pengerusi Barisan Nasional Negeri Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Timbalan Menteri Kewangan yang juga Ketua Umno Bachok Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin. 

Berucap di hadapan lebih 20,000 orang penduduk Bachok, Najib menegaskan kerajaan pusat sememangnya berlaku adil dan telus dengan tidak memilih "bulu" dan membezakan fahaman politik, dalam memenuhi kepentingan rakyat.

"Kita berlaku adil kepada rakyat Malaysia. Kita takut kepada Allah, kita tidak takut kepada yang lain. Kita tidak tipu sebab itu bila timbul isu royalti minyak, isu petroleum...isu ini tidak dapat kita selesaikan sehingga ini. 

"Datuk Pa (Mustapa) jadi sasaran, Awang Adek jadi sasaran, saya juga jadi sasaran, kononnya kami ini tipu rakyat Kelantan. Di bumi Kelantan ini, bulan Ramadan, kami tidak menafikan hak rakyat Kelantan. 

"Kita nak berlaku adil, telus, nak buka buku baru kepada rakyat Kelantan bahawa kerajaan pusat tidak menafikan hak walau satu tong minyak pun," katanya.

Perdana Menteri berkata bagi menyelesaikan isu tuntutan bayaran tunai itu, kerajaan Pusat menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas bagi mengkaji secara adil dan telus berhubung isu itu kepada Kelantan, Terengganu dan Pahang. 

"Bertindak mesti berdasarkan Perlembagaan Negara, mengambil kira telaga minyak di mana, Petronas akan beri penjelasan, telaga minyak ada di lautan luas milik kerajaan pusat. Tapi kita memutuskan lima peratus dibayar sebagai bayaran tunai supaya rakyat Kelantan, Terengganu dan Pahang dapat," katanya. 

Najib berkata beliau sudah mengutus surat kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk memilih seorang wakil bagi menganggotai jawatankuasa itu.  

Beliau mahukan wakil itu seorang yang tidak berpihak kepada mana-mana parti sebaliknya mempunyai semangat dan jiwa rakyat Kelantan. 

Perdana Menteri gembira dengan kehadiran begitu ramai rakyat Kelantan dalam majlis yang dihadirinya sebelum ini dan juga hari ini, yang menunjukkan sokongan mereka kepada BN. 

Beliau berkata rakyat Kelantan mahukan perubahan dan BN sudah bersedia untuk melakukan tranformasi termasuk menyelesaikan masalah bekalan air bersih.  

Pada majlis itu, Perdana Menteri mengumumkan pembinaan Hospital Bachok yang akan dimulakan pada tahun depan


Jelas sekali Najib cuba mengelirukan rakyat yang cerdik dan akses kepada maklumat. Semua rakyat tahu selama ini Kelantan dinafikan hak mereka mendapatkan royalti. -Mutaligat
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .