 Sekarang
 Umno kuat melancarkan serangan keatas DAP dan KeADILan. Mungkin ini 
berlaku kerana Umno sudah berasa gerun disebabkan oleh ramai orang 
ternama sedang menyertai PAS. Oleh itu strategi yang mudah untuk Umno 
ialah untuk menyerang DAP dan KeADILan untuk melemahkan PAS.
Sekarang
 Umno kuat melancarkan serangan keatas DAP dan KeADILan. Mungkin ini 
berlaku kerana Umno sudah berasa gerun disebabkan oleh ramai orang 
ternama sedang menyertai PAS. Oleh itu strategi yang mudah untuk Umno 
ialah untuk menyerang DAP dan KeADILan untuk melemahkan PAS.
Serangan
 ke atas DAP berbentuk memburuk-burukkan DAP dengan mengeluarkan 
kenyataan melalui media dibawah kawalan mereka bahawa adalah haram untuk
 menyokong DAP.
Tetapi
 bagaimana pula dengan MCA yang sering memperlekehkan Islam? Presiden 
MCA iaitu Chua Soi Lek pernah mengeluarkan kenyataan bahawa 
negara-negara Islam adalah mundur.
Selain dari itu, MCA juga telah mengugut akan keluar dari BN jika Umno melaksanakan Hukum Hudud.
Malah
 semasa berdebat dengan Setiausaha-Agung DAP iaitu Lim Guan Eng pada 
bulan Februari yang lalu, Presiden MCA itu telah dengan terang-terangan 
sebut bahawa MCA berani menentang Umno dalam bab Hudud manakala DAP 
telah tunduk kepada PAS dengan mendiamkan diri.
Ini
 jelas menunjukkan bahawa MCA seribu kali lebih teruk lagi dari DAP yang
 hanya menolak perlaksanaan Hudud dengan hujahan berdasarkan 
Perlembagaan Persekutuan sahaja. DAP juga sentiasa menghormati ugama 
Islam sepertimana yang telah tertera dalam Perlembagaan Persekutuan.
Agenda
 Umno disini ialah tidak lain dan tidak bukan satu cubaan melaga-lagakan
 PAS dengan DAP dengan tujuan untuk menumbangkan Pakatan Rakyat sebab 
jika Pakatan tumbang maka PAS akan gagal ke Putrajaya.
Serangan
 keatas KEADILAN pula dilancarkan keatas Kerajaan Pakatan Rakyat di 
Selangor yang diterajui oleh Menteri Besar Khalid Ibrahim dari parti 
KeADILan. BN telah cuba menakut-nakutkan rakyat negeri Selangor bahawa 
bekalan letrik mungkin terjejas disebabkan oleh kepimpinan Khalid yang 
tidak efisyen. Ini selepas cubaan menakut-nakutkan rakyat negeri 
Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bahawa bekalan air mungkin akan 
terjejas juga dengan menggunakan alasan yang sama.
Nampaknya
 BN gemar main dengan api dan air demi meraih sokongan rakyat sebelum 
Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) yang bakal menjelang ini.
Namun
 demikian jika PRU13 diadakan pada bulan Oktober hingga Disember selepas
 Belanjawan dibentangkan oleh BN pada 28hb September, Belanjawan yang 
baru akan dibentangkan oleh Pakatan selepas PRU13 jika Pakatan menang 
dan Pakatan Rakyat akan dapat melancarkan serangan yang lebih kuat 
terhadap BN dengan membentangkan idea-idea Pakatan yang lebih mesra 
rakyat pada masa kempen pilihanraya nanti.
"Walaupun
 Belanjawan BN penuh dengan gula-gula untuk mengumpan rakyat, berbagai 
alasan boleh diberikan untuk menidakkan gula-gula tersebut selepas BN 
menang. Justeru itu, semoga rakyat janganlah mudah diperdayakan," kata 
Dr. Dzulkefly Ahmad, Anggota Parlimen Kuala Selangor dari PAS.
Jika PRU13 diadakan sebelum Belanjawan, contohnya pada 16hb September, BN tidak dapat mengumpan rakyat.
Ini
 bermakna BN kini sudah mengalami kesukaran untuk mengadakan pilihanraya
 - sebelum Belanjawan pun sukar dan selepas Belanjawan pun sukar sebab 
masa sudah suntuk - dari pertengahan bulan September hingga hujung bulan
 Oktober ialah musim Haji, lepas itu dalam bulan November pula ialah 
masa peperiksaan SPM dan STPM dimana dewan sekolah digunakan dan pada 
bulan Disember pula, ibubapa sibuk membuat persiapan untuk anak-anak 
mereka balik ke sekolah dan banyak lagi urusan peribadi perlu 
diselaraskan sebelum tahun baru bermula.
"Jelaslah BN sudah terlambat dan berada dalam keadaan yang amat terdesak sekarang," sambung Dr. Dzulkefly.


 


 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
