Ikuti Blog ini

ABU tarik NGO sertai konvoi tuntutan royalti K'tan


Asalkan Bukan Umno (ABU) hari ini menyatakan, badan itu akan berusaha menarik penyertaan NGO lain ke konvoi mega pada 2 dan 3 Oktober depan bagi menyatakan sokongan kepada tuntutan bayaran royalti minyak Kelantan.

Salah seorang penggerak gabungan NGO tersebut, Badrul Hisham Shaharin berkata tuntutan itu perlu disokong memandangkan tuntutan bayaran royalti daripada hasil minyak Kelantan adalah isu nasional dan bukan hanya tuntutan daripada warga negeri tersebut.
Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, seramai kira-kira 30 NGO telah menyatakan persetujuan untuk menyertai konvoi berkenaan setakat ini.

Menurutnya, konvoi pertama pada 2 Oktober akan berakhir di Dataran Kemerdekaan Shah Alam yang akan turut disertakan dengan program ceramah oleh pemimpin Pakatan Rakyat.

Konvoi pada hari berikutnya pula akan berakhir di Putrajaya, bagi menyatakan sokongan kepada kerajaan Kelantan dalam satu kes saman ke atas Petronas di Mahkamah Persekutuan berhubung tuntutan bayaran royalti tersebut, kata Badrul Hisham.
Perbicaraan tersebut berlangsung pada 2, 3 dan 4 Oktober.
Konvoi berkenaan merupakan anjuran Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (R) yang dinaungi kerajaan negeri. -M'kini
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .