Puak-puak haprak UMNO/BN sekarang ini meroyan gila bila dapat tahu bakal Perdana Menteri ke-7 Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat menaiki jet khas baru-baru ini.
Walhal bukan sekali ini DSAI diberi sanjungan dan penghormatan sedemikian rupa, bahkan sewaktu beliau baru menjalani pembedahan tulang belakang di Germany dulu pun beliau dapat menaiki pesawat khas dari kerajaan Arab Saudi.
Adakah ini bermakna kerajaan Arab Saudi mahu sesuatu dari DSAI?
Kita kena yakin bahawa rezeki dari Allah SWT. Orang yang sentiasa
berbuat
baik, pasti ramai yang suka dan bersedia untuk membantu. Tidak sama
dengan orang yang zalim. Orang yang zalim jika mahu sesuatu mereka akan
curi, rampas, samun atau paksa orang lain untuk dirinya. Tidak pelik
jika Najib Razak dan Rosmah Mansor guna jet khas untuk ke luar negara
guna duit rakyat hanya untuk
bercuti, shopping dan uruskan majlis pertunangan anaknya di sebuah
negara komunis.
Masih segar bugar dalam ingatan , TGNA Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan, mereka sanggup
tuduh lakukan rasuah apabila ada yang berbesar hati menaja beliau ke
Mekah. Jika TGNA pun puak-puak haprak boleh
fitnah, pelik apanya DSAI diftnah sama?
Agak-agaknya puak-puak haprak ini pening kepala mahu memikirkan bagaimana
caranya mereka boleh menyimbah cat merah kepada jet khas itu nanti.
Itu saja masalah mereka, bukan pasal mereka ada bukti bahawa DSAI guna duit rakyat, rasuah, atau jet khas itu kepunyaan atau ditaja Geroge Soros Yahudi.
Itulah sebenarnya wajah puak haprak berjiwa bangkai yang sentiasa dengki dan iri hati.
Waktu DSAI naik pancuan empat roda meredah hutan dan bukit bukau dan sampan mengharungi sungai berkempen waktu Pilihanraya Negeri di Sarawak dulu, sedangkan Najib dan TSMY guna pesawat kerajaan untuk berkempen, tidak pula menjadi isu dan bising bangau bingit!!!.
Waktu DSAI terpaksa naik motosikal untuk ke lokasi ceramah di Pekan, Pahang akibat sekatan jalanraya, tidak juga jadikan isu.
Mengapa tidak dipersoalkan siapa yang taja membawa DSAI menaiki motosikal?