Penceramah bebas,
Ustaz Azhar Idrus yang terkenal dengan koleksi ceramah agama di
Youtube yang kini sebagai sandaran Pas memeriahkan ceramah politik
parti itu telah menolak menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13
yang dijangka berlangsung tahun 2012 ini. Kenapa?
Ustaz Azhar Idrus : Enggan Berpolitik Secara Serius!! Pesuruhjaya Pas negeri, Abdul Wahid Endut berkata, beliau difahamkan Ustaz Azhar Idrus enggan terlibat secara langsung dalam politik kerana mahu terus berdakwah dengan cara sendiri.
“Ustaz Azhar
Idrus sekarang ini merupakan ikon khususnya di kalangan generasi muda,
jika Ustaz Azhar Idrus berada di platform kita, ia sesuatu yang baik,
tetapi awal-awal lagi Ustaz Azhar Idrus sudah menolak.
“Difahamkan,
Ustaz Azhar Idrus menolak sebelum kami sempat membuat penelitian,
lagi pun nama Ustaz Azhar Idrus tidak dikemukakan secara rasmi, cuma
disebut-sebut di kalangan ahli parti,” katanya. -Hrkh