Lihat dengan mata kepala sendiri
dengan gambar-gambar sebagai saksi dan bukannya berbicara pakai air liur
basi. Bukan nak mengata atau mencaci tetapi ini adalah realiti.
Gambar-gambar dirakam ketika penceramah utamanya Lokman Noor Adam, Exco Pemuda UMNO Malaysia sedang menyampai pidatonya.
Ceramah Pemuda UMNO di Simpang
Durian, Negeri Sembilan malam ini 16hb Oktober 2012, cukup-cukup hambar,
sunyi sepi dan lenggang. Banyak kerusi kosong tanpa penghuni
seolah-olah yang hadir mendengar ialah makhluk-makhluk halus dan bunian.
Butir-butir ceramah seperti biasa... mengguna pakai apa yang diberikan oleh JASA.
Kisah DAP nak jadikan Kristian
sebagai agama rasmi, Soros membiayai dana PR dan maukan DSAI jadi
Perdana Menteri boneka selain memfitnah DSAI kaki liwat dan zina.
Simpang Durian ini difahamkan
terletak dalam daerah Jelebu @ Kuala Klawang dimana ahli parlimennya
Rais Yatim. JASA salah satu Jabatan yang terletak dibawah Kementeriannya
dan Lokman Noor Adam adalah seorang yang dilantik bergaji sebagai Ahli
Pemikir JASA.
Sebab itu jangan kita rasa
hairan dan pelik mengapa Najib Razak sampai sekarang tak berani nak
bubarkan parlimen walaupun gula-gula PRU dalam Bajet 2013 di umumkan.
Petanda rakyat sudah bertekad
maukan Umno BN di ubah dari parti pemerintah ke aprti pembangkang
selepas PRU13 nanti.. itu sudah muktamad!!
Umno tumbang.. Islam dan Melayu
gemilang.. Umno rebah, Islam dan melayu berdiri gagah dan megah.. Umno
tersungkur lebur.. rakyat bersyukur..sumber