Katanya debat tidak semestinya dilihat sebagai satu budaya tetapi mesti dilihat mengikut kepada keadaan.
“Debat bukan budaya kita. Yang penting sekali rakyat ada maklumat secukupnya dalam membuat pilihan.
"Dan kita beri peluang parti-parti politik untuk menyiarkan manisfesto masing-masing bila sampai pada masanya," sepenuhnya sila baca di ( SINI )
Bagaimanapun semalam Najib membuktikan bahawa alasan yang diberikannya untuk mengelak dari berdebat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hanyalah satu alasan untuk menutup sifat bacul yang ada dalam dirinya.
Ini terbukti bilamana Najib dilaporkan telah hadir menyaksikan dan menyampaikan hadiah kepada juara Pertandingan Debat Piala Perdana Menteri 2012 peringkat akhir yang berlangsung di Universiti Malaya (UM) semalam.
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, suara golongan mahasiswa adalah penting yang perlu didengari oleh semua tetapi ia perlu berdasarkan kebenaran dan realiti.
Beliau berkata, pandangan mahasiswa dalam usaha menggalakkan keterbukaan berfikir perlu berdasarkan fakta dan kebenaran dan bukan retorik yang tidak berpijak di bumi nyata.
"Kita inginkan mahasiswa kita dahagakan pada ilmu dan mencari kebenaran serta melontarkan kebenaran meskipun ia adalah berbeza dari kerajaan," katanya selepas menyaksikan pertandingan akhir Debat Piala Perdana Menteri 2012 kategori Bahasa Malaysia di Universiti Malaya, di sini, hari ini.
Najib juga berkata, era kerajaan mengetahui segala-galanya telah berakhir dan pindaan pada Akta Universiti dan Kolej Universiti awal tahun ini juga dibuat bagi mengalak keterbukaan mahasiswa berfikir secara kreatif dan kritis.
Katanya, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, beliau juga mahu melihat generasi baru dibangunkan melalui cara yang tersusun dan terancang manakala perubahan yang dibuat harus mengutamakan keberhasilan yang positif.
"Kita semua berkehendakkan perubahan, tetapi apa yang penting ialah keberhasilannya itu, bukan perubahan itu dijadikan retorik ataupun slogan sahaja," katanya.
Pertandingan akhir itu menyaksikan perdebatan antara Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Universiti Kebangasaan Malaysia (UKM) mengenai usul yang bertajuk 'Dewan ini percaya tukul dan perisai kekerasan perlu untuk melindungi kesederhanaan'.
Pertandingan debat kali kedua itu dianjurkan oleh Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global dan MyHarapan.
UIA muncul juara dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM25,000 manakala UKM, selaku nain johan, menerima hadiah wang tunai RM15,000. - Bernama
Kata dia kononnya "Kita inginkan mahasiswa kita dahagakan pada ilmu dan mencari kebenaran serta melontarkan kebenaran meskipun ia adalah berbeza dari kerajaan,"
Hakikatnya kalau berbeza pandangan pasti tak akan dibenarkan contohnya korang lihat di video #TanyaNajib di YouTube yang dimuat naik melalui akaun beliau sendiri tidak dibenarkan untuk pengunjung memberikan ulasan (ditapis). Malah sistem rating pun sudah dibuang.. -sumber