Ikuti Blog ini

Syabas Jabatan Amal Malaysia!!


Oleh Mohd Abdul Hadi

PAHANG : Segulung ucapan syabas dan tahniah ditujukan kepada Jabatan Amal Malaysia kerana telah berjaya menjalankan program Jambori Amal Kebangsaan Ke-16 yang diadakan di Balok, Kuantan, Pahang pada 5 hingga 7 oktober 2012 lepas.

Majlis yang dirasmikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi didalam ucapannya memberikan semangat taujihat kepada semua ahli untuk terus memberikan khidmat kebajikan sukarela kepada masyarakat.

“Tahniah dan syabas . Dewan Pemuda PAS Malaysia berharap dengan kematangan yang dimiliki oleh Jabatan Amal Malaysia ianya dapat membantu pergerakan Jabatan Amal Malaysia untuk bergerak dengan lebih teratur, licin dan sistematik”, katanya lagi.

Di dalam ucapannya juga tidak tinggal untuk mengingatkan kepada sukarelawan dan ahli-ahli Unit Amal tentang amal dan khidmat yang dilakukan oleh mereka ini juga adalah suatu kebajikan.

 
Dasar penubuhan Jabatan Amal Malaysia ini memfokuskan perkhidmatan secara sukarela untuk membangunkan semula budaya generasi muda Malaysia melalui pendekatan kebajikan dan kemasyarakatan berteraskan Islam. Bahkan mereka juga di latih untuk melahirkan ahli-ahli pergerakan sukarela yang serba boleh.

Sejarah penubuhan Jabatan Amal Malaysia ini bermula pada tahun 1991 .Majlis Pelancaran Unit Amal yang pertama telah diadakan pada 14 hingga 16 Februari 1991 bertempat di pantai Peranginan Tok Jembal, Kuala Terengganu. Keahlian yang dianggotai oleh unit ini pada mulanya adalah seramai 12 orang yang mempunyai pelbagai pengalaman pasukan sukarelawan beruniform. Jabatan Amal Malaysia terlibat dalam banyak khidmat-khidmat masyarakat seperti membantu mangsa banjir yang berlaku di Johor.

Ketika rakyat Johor ditimpa musibah banjir, “tentera merah” ini lah yang pertama turun membantu dan menjalankan tugas- tugas penyelamat. Bencana yang melibatkan ramai penduduk terputus bekalan makanan, hilang tempat tinggal dan juga tiada keperluan asas untuk hidup. Bantuan yang disalurkan oleh badan-badan NGO, melalui bantuan Unit Amal ini melibatkan pengagihan makanan, minuman dan juga pakaian kepada penduduk setempat.

Selain itu, Unit Amal juga terlibat membantu penduduk di Selat Klang yang mengalami bencana ribut dengan membantu penduduk membaiki rumah-rumah mangsa akibat dilanda hujan yang lebat berserta angin yang kuat. Kerja-kerja khidmat masyarakat lain seperti gotong royong bersama masyarakat setempat juga antara objektif awal penubuhan Unit Amal.

Program yang berlangsung selama 3 hari ini, melibatkan aktiviti perkemahan, riadah, kuliah ilmu, gotong royong amal bersama masyarakat, derma darah, memancing, pemeriksaan kesihatan dan rawatan perubatan Islam.

Bertemakan “Beramal Kerana Alah” , perasmian penutup telah disempurnakan oleh Presiden Pas, Tuan Guru Haji Hadi dan berakhir kira-kira pukul 4.30 petang.

-- Jazakallahu Khaira al-Jaza'
PAS for ALL
Membangun Bersama Islam
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .