Ikuti Blog ini

Daripada Sibuk Serang Pembangkang Elok Hishamuddin Jawab Dakwaan Bekas KPN


Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengejutkan banyak pihak dan kali ini dalam kenyataan terbarunya beliau mendakwa bahawa pasukan polis semasa di bawah pimpinannya berdepan dengan campurtangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Dakwaan beliau sememangnya amat berat dan kerajaan wajar mengambil tindakan lanjut menyiasat dakwaan tersebut dengan serius.

Isunya, campurtangan oleh Datuk Seri Hishamuddin sebagai Menteri Dalam Negeri terhadap pegawai polis di bawah Ketua Polis Negara. Dalam keadaan KPN masih lagi berkhidmat, Menteri pula terus memberi arahan kepada pegawai di bawahnya tanpa melalui KPN sendiri. Sememangnya tindakan seseorang menteri mencampuri urusan jabatan kerajaan mengganggu kerja-kerja jabatan kerajaan tersebut.


Campurtangan menteri akan menyebabkan pegawai kerajaan merasa terikat oleh pemimpin politik yang bukan pemimpin atasan mereka manakala pegawai tertinggi kerajaan yang bertanggungjawab terhadap jabatan tersebut pula merasa terkongkong kerana ada menteri yang sibuk menggangu jabatan mereka. Lebih dari itu, ia mungkin akan menimbulkan suatu keraguan apakah berlaku penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa dalam sesuatu urusan tertentu oleh menteri terhadap agensi di bawahnya.

Dalam hal ini, Menteri Dalam Negeri sepatutnya tahu bidang tugas dan tanggungjawab masing-masing. Beliau patut menghormati Ketua Polis Negara yang masih berkhidmat dan mempunyai kuasa tertentu. Campurtangan tangan beliau di bawah bidang tugas KPN merupakan suatu pencabulan kuasa terhadap PDRM.

Jika bekas Ketua Polis Negara (KPN) yang berkhidmat di bawah Menteri Dalam Negeri sendiri terpaksa tampil memberikan kenyataannya ini menandakan ada sesuatu yang tidak kena telah berlaku di era pentadbiran bekas KPN tersebut. Mungkin beliau terpaksa mengambil masa yang lama untuk berfikir dan meluahkan perasaan beliau setelah tamat perkhidmatannya. Apa yang diharapkan adalah beliau berterus terang dengan maklumat yang diperolehinya menjelaskan apakah bentuk campurtangan yang dibuat oleh Datuk Seri Hishamuddin dan di atas urusan apa campurtangan itu berlaku. Ini mungkin akan menjelaskan lagi apakah isu itu sebenarnya dan mungkinkah ada sesuatu yang dirahsiakan dari pengetahuan umum telah berlaku.

Datuk Seri Hishamuddin perlu tampil menjawab tuduhan tersebut secara jujur dan menjelaskan mengapa ada proses campurtangan seperti yang didakwa oleh KPN. Isu ini adalah isu beliau dan nama beliau dikaitkan dengan dakwaan tersebut, dan untuk membersihkan nama baik beliau, beliau perlu memberikan penjelasan. Ini lebih baik dari beliau sibuk menghentam pembangkang dalam Perhimpunan Agung UMNO 2012.

RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .