Ikuti Blog ini

Apa hal pulak Tim. Menteri Pengajian Tinggi kena baca teks ucapan Rosmah ni?

Beberapa hari yang lalu.. kalau korang baca di ( SINI ) Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam telah membaca teks ucapan Rosmah dalam majlis MUBARAK..

Lepas tu dia lancarkan pula Kapal Latihan milik Tentera Laut di RAJA Malaysia.. (lihat di SINI ) sambil disaksikan oleh Zahid Hamidi dan Tun Mahathir.

Hari ini Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah pula dilaporkan membaca teks ucapan Rosmah di Bengkel Pembinaan Kapasiti Kepimpinan Antarabangsa bagi Tokoh-tokoh Akademik Wanita 2012..

Bukan aku nak menghina Rosmah Mansor tu.. hakikatnya lebih ramai rakyat Malaysia termasuk pemimpin-pemimpin UMNO yang menyampah dengan dia ni dari menyukainya..

Tapi kebelakangan ni dia kelihatan menonjol-nonjolkan dirinya lebih dari biasa.. yang betulnya dia menonjol atau ditonjolkan??

Ditonjolkan oleh kem yang mahu menggulingkan Najib maksud aku...

Ini laporan berkaitan..

Universiti perlu lebih proaktif dalam menghapus sikap memihak jantina yang menghalang wanita di bidang akademik memegang peranan peneraju kanan, kata isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau menarik perhatian sekalipun 60 peratus daripada enrolmen di universiti awam adalah wanita, hanya tiga naib-canselor di 20 universiti awam di negara ini adalah wanita.

Rosmah berkata harus wujud penyertaan seimbang antara lelaki dan wanita dalam pengurusan kanan universiti.

"Universiti tidak lagi harus dilihat didominasi secara total oleh lelaki dan kelab lelaki," kata beliau dalam ucaptamanya di Bengkel Pembinaan Kapasiti Kepimpinan Antarabangsa bagi Tokoh-tokoh Akademik Wanita 2012 dihadiri kira-kira 200 peserta tempatan dan antarabangsa di ibu negara hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.

Bengkel tiga hari itu dianjurkan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dengan kerjasama Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.

Rosmah berkata ketidakseimbangan penyertaan jantina di peringkat pengurusan kanan berpotensi menjadi topik hangat pada masa depan, oleh itu isu seumpama itu perlu ditangani di peringkat awal.

"Satu daripada dapatan mengenai kurangnya penyertaan wanita dalam jawatan akademik kanan ialah sesetengah wanita lebih menyukai mentor wanita untuk penggal kepimpinan mereka.

"Dengan kurangnya wanita pada kedudukan sedemikian, jelas sekali akses mereka terhad," kata beliau.

Rosmah berkata, malahan sektor korporat mendapati bahawa imbangan jantina pada jawatan utama boleh membawa kepada pencapaian bisnes yang lebih baik.

"Jika kita tidak melaksanakan penyertaan seimbang jantina dalam pendidikan tinggi, bagaimana mungkin kita melaksanakan ini pada bahagian-bahagian lain masyarakat," ujar beliau  ~ Bernama

Semakin ditonjolkan Rosmah Mansor ni.. semakin ramai rakyat yang menyampah.. malangnya Najib akan merasa tempias itu..sumber
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .