Ikuti Blog ini

BN Sabah Semakin Goyah.. Berita Ini Sebagai Bukti


Setelah 68 penduduk Kampung Togop dalam DUN Kiulu di kawasan parlimen Tuaran beramai-ramai menyertai KEADILAN tiga hari lalu, kelmarin 36 lagi penduduk Kampung Guakon Baru di DUN Tamparuli, juga dalam parlimen yang sama menyertai komponen Pakatan Rakyat itu.
Kesemua borang permohonan itu diterima Ketua Cabang KEADILAN Tuaran, Ansari Abdullah semasa satu majlis penerangan dan penyerahan borang yang disampaikan wakil penduduk kepada Ansari sendiri.
Walaupun majis tersebut hanya bermula jam 4 petang tetapi penduduk kampung yang hadir sudah pun berada di kawasan tanah lapang perkarangan sebuah rumah di kampung itu sejak jam 1 tengah hari lagi, petanda penduduk kampung itu dahagakan perubahan terhadap nasib mereka yang diabaikan Umno dan Barisan Nasional (BN) lebih 40 tahun lalu.
Serentak dengan majlis itu, sebuah ranting KEADILAN kampung itu ditubuhkan di bawah pengawasan cabang Tuaran bagi memudahkan penyaluran bantuan serta maklumat berterusan diberikan kepada mereka.



Menurut Ansari dalam mesej di Facebook miliknya, pada pilihanraya umum lalu, kampung ini langsung tidak dapat ditembusi Pakatan Rakyat terutama KEADILAN sehinggalah pada awal tahun ini atas inisiatif jawatankuasa cabang Tuaran bersetuju untuk memberi perkhidmatan doktor dan pergigian percuma kepada penduduk kampung sehingga ke hari ini.

Dengan penerangan dan bantuan berterusan itulah maka penduduk kampung sendiri meminta Ansari memberikan borang keahlian menyertai KEADILAN hingga sanggup datang ke rumah beliau meminta supaya Ansari sendiri menunaikan hajat mereka.

Mereka juga meminta Ansari sendiri merasmikan penubuhan ranting KEADILAN baru di kampung mereka yang berjaya direalisasikan kelmarin sambil mendapat tepukan gemuruh penduduk kampung yang sudah percaya dengan perjuangan parti itu.

Buktinya, berikut catatan Ansari dari akaun Facebooknya di bawah:
Ansari Abdullah Semasa PRU 2008, kami tidak dapat masuk Kg Guakon. Awal tahun ini ada perkhidmatan untuk Khidmat Doktor Percuma dan Kami tunaikan. Selepas itu mereka datang kerumah saya meminta borang keahlian & mohon agar saya resmikan ranting mereka. Lebih 36 borang telah diserahkan pada 9.12.12. Jangan hina mereka sebagai golongan yang hanya datang untuk makan dan minum. Mustahil PBS biarkan penyokong mereka 'pook makan ' dengan pembangkang.

Difahamkan seorang bekas ahli Umno yang sudah tidak mendapat kepercayaan penduduk kampung juga turut menyertai KEADILAN kerana sudah tidak lagi diperlukan dalam parti reput itu yang kini saling berebut siapa yang akan bertanding dalam pilihanraya umum akan datang.

Perkembangan terbaru ini pastinya tambah meresahkan ketua menteri, Musa Aman kerana tugas untuk merampas semula parlimen Tuaran dan tiga DUN yang berada di dalamnya dijangka berdepan laluan sukar kerana Pakatan Rakyat semakin mendapat suntikan baru hasil daripada penyertaan beramai-ramai bekas ahli Umno, PBS, UPKO dan komponen BN yang memilih KEADILAN.

Ditambah lagi dengan keluarnya bekas timbalan presiden UPKO yang juga ahli parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing awal Julai lalu tambah memeningkan kepala Musa selaku bos BN negeri.

Tahniah penduduk Kampung Guakon Baru, selamat datang ke dalam Pakatan Rakyat.
~jalanpulang
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .