BN tidak lagi mempunyai kelebihan yang menyumbang besar kepada
kemenangannya dalam pilihan raya sebelum ini, kata pengarah Pusat Kajian
Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), Mohamad Redzuan
Othman.
Menurutnya,
ini kerana BN kini tidak lagi mampu melakukan persempadanan semula
pilihan raya selepas hilang majoriti dua pertiga di Palimen selepas
pilihan raya umum (PRU) 2008.
Satu lagi kelebihan lain iaitu
keupayaan untuk mengadakan pilihan raya secara mengejut juga telah
lenyap kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menangguhkan PRU
ke-13 terlalu lama.
"Contohnya pembangkang tidak bersedia sewaktu
PRU diadakan pada 29 November 1999. KEADILAN (sekarang PKR) hanya
berusia enam bulan (ketika itu)," katanya pada satu forum di Universiti
Malaya, Kuala Lumpur, hari ini.
"Ia juga merupakan musim tengkujuh
pada masa itu, dan Suruhanjaya Pilihan Raya tidak berjaya mewartakan
banyak nama pemilih baru (kerana pilihan raya mengejut).
"Namun kali ini, ia bukan lagi isu kerana pembangkang sudah bersedia," katanya. -M'kini