
MARANG: Selepas membuat kunjungan hormat ke pusat kegiatan Jamaah Tabligh di Sri Petaling Kuala Lumpur, Presiden PAS berkunjung pula ke pusat pendidikan yang dimiliki jamaah itu dekat sini.

(Berdoa untuk guru-guru yang telah meninggal. - gambar Facebook Yahaya Ali)
Ketibaan beliau bersama Yang Dipertua PAS Marang Haji Yahaya Ali disambut oleh mudir madrasah itu, Haji Ramli.
Rombongan juga disambut oleh para pelajar sekolah itu yang menumpukan pengajian mereka untuk menghafaz Al Quran.
Sepanjang kunjungan hormat ini, Presiden PAS yang juga anggota Parlimen Marang itu bertukar-tukar fikiran dengan Haji Ramli dan guru-guru lain di madrasah itu.
Tuan Guru sempat berdoa di kubur para pengajar dan pimpinan jamaah Tabligh yang ada di situ.
