KUALA LIPIS:
PAS Pahang akan mengadakan himpunan 'countdown' pembubaran Dewan
Undangan Negeri (Dun) Pahang pada 7 April di Taman Indera Sempurna,
Kuantan.
Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika berucap pada siri jelajah Negara Berkebajikan di Padang Tengku petang tadi memberitahu himpunan tersebut akan diadakan secara besar-besaran.
Menurut beliau lagi, sebagaimana Negeri Sembilan yang terbubar secara sendiri, rakyat di Pahang juga akan menantikan berlakunya pembubaran Dun sedemikian jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mahu memgumumkan pembubaran parlimen dalam masa terdekat.
"Kita akan mengadakan himpunan besar-besaran untuk menanti terbubarnya Dun Pahang pada 7 April nanti di Kuantan.
"Kita harap seluruh rakyat Pahang yang menyokong perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat untuk hadir menanti detik terbubarnya Dun Pahang secara sendiri dan juga detik bersejarah yang memalukan dalam pentadbiran Najib," ucapnya di hadapan kira-kira 500 penduduk.
Tambah beliau lagi, seluruh rakyat di negara ini sudah tidak bersabar menanti pembubaran parlimen, mereka cukup bersedia untuk melakukan perubahan lanskap politik negara ini.
"PAS bersedia kepada perubahan, Pakatan Rakyat juga bersedia kepada perubahan, rakyat juga bersedia membuat perubahan sebab itulah mereka sudah tidak sabar untuk memilih PAS, PKR dan DAP pada pilihanraya nanti.
"Rakyat Pahang perlu yakin untuk membuat perubahan, kita kalahkan Najib di Pekan maka seluruh Pahang akan kita menangi," sambung beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat.
Tuan Ibrahim menyatakan kerajaan yang dipilih rakyat adalah untuk menjaga hak dan kebajikan rakyat, tetapi apa yang berlaku pada kerajaan sekarang ini mereka abai dan gagal menjaga rakyat termasuk soal kebajikan.
Menurutnya lagi kerajaan BN sekarang begitu terdesak dan akan mengumumkan pelbagai perkara dengan tujuan untuk tunjuk mereka prihatin tetapi rakyat akan dibebani apabila mereka kekal memerintah.
Pada program tersebut, Tuan Ibrahim juga turut menyerahkan bendera dan baju kepada Unit Peti Undi dalam Parlimen Kuala Lipis sebagai simbolik persediaan menghadapi PRU13. (Gambar). -Hrkh