Pagi ini kecoh 1Malaysia bilamana Bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke
enam Datuk Seri Najib Tun Razak telah tersalah menyebut tahun bagi
pembubaran Parlimen.
Apa yang disebut oleh Najib ialah “Pada pagi ini, saya telah pun
menghadap Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan menyembah warkah
kepada baginda memohon perkenaan supaya parlimen ke-12 dibubarkan pada
hari ini Rabu, 3 April 2012”.
Beliau menyebut tahun ini sebagai 2012 bukannya 2013 dan ada pihak yang
mendakwa skrip yang dibaca oleh Najib itu telah disediakan sejak dari
April 2012 lagi..
Tetapi oleh kerana terlalu banyak isu melibatkan pentadbiran beliau dan
beliau sendiri yang didedahkan oleh pihak Pakatan Rakyat terutamanya
PKR.. Najib terpaksa menangguhkan pembubaran hingga kesaat-saat akhir.
Pengumuman pembubaran oleh Najib itu telah disiarkan oleh boleh
dikatakan seluruh media elektronik, ianya telah ditonton dan didengar
oleh jutaan rakyat Malaysia dan ramai individu telah merakam dan memuat
naik kedalam laman YouTube..
Namun begitu ramai juga yang tidak menyedari akan kesilapan tahun yang
disebut oleh Najib itu dan ramai yang mula menyedarinya bilamana perkara
ini dimainkan oleh kebanyakkan Blog Pro Pakatan Rakyat.
Bagaimanapun pihak TV3 yang menyiarkan rakaman tersebut masih cuba untuk
menyelamatkan Najib dan dalam masa yang sama cuba memperbodohkan rakyat
yang sumber maklumatnya hanyalah Utusan dan TV3 sahaja..
Untuk tujuan itu TV3 telah memotong tahun yang disebut oleh Najib ketika mengumumkan tarikh pembubaran Parlimen.. ~anak sungai derhaka