Menjamu selera selepas sembahyang aidilfitri
Antara petugas KTV yang sentiasa berada di sini.......
Anak-anak di beri duit Raya oleh YB,Dato' Takiyuddin (exco kerajaan negeri)
Menjamu selera selepas sembahyang aidilfitri
Antara petugas KTV yang sentiasa berada di sini.......
Anak-anak di beri duit Raya oleh YB,Dato' Takiyuddin (exco kerajaan negeri)
"Di sinilah pentingnya kejayaan Ramadan sebagai obor pembnimbing kita pada setiap ketika," katanya lagi.
Walaupun Ramadan berlalu pergi, beliau mengingatkan semua ahli di pelbagai peringkat supaya terus-menerus mempertingkatkan pengabdian diri kepada Allah, bermunajat untuk kekuatan jemaah, meningkatkan kerja dakwah bagi mengajak rakyat untuk bersama membela Islam menerusi wadah perjuangan PAS.
"Kepimpinan parti pula hendaklah bersedia untuk merangka program tarbiyah kepada ahli-ahli baru nanti selain memperkasakan fikrah ahli yang sedia ada," katanya.
Tuan Guru menyeru supaya ziarah-menziarahi pada Syawal ini dijadikan medium untuk meningkat hubungan baik dengan masyarakat.
"Pimpinlah masyarakat supaya sama-sama menghayati perjuangan Islam ini," katanya.
Beliau berharap kurniaan taqwa akan "mendorong kita untuk terus kekal berjuang meninggikan kalimah Allah sehingga terlaksana syariat-Nya.
"Islam perlu mendominasi seluruh suasana supaya manusia kelak dapat melihat kehebatan dan keagungan Islam sehingga rela berada di bawah naungannya," kata beliau.
Dalam perkembangan berkaitan, Hari Terbuka PAS sempena Eidulfitri 1429 akan diadakan pada 12 Syawal atau 12 Oktober ini dari pukul dua petang hingga pukul enam petang di Stadium Malawati, Shah Alam.
Mursyidul Am, Datuk Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden, Ahli Majlis Syura, Jawatankuasa PAS Pusat dan Pesuruhjaya PAS negeri-negeri dan Wilayah Persekutuan menjemput rakyat melapangkan masa menghadiri rumah terbuka itu.
Apakah “bala” Allah sudah datang. Gara-gara “sumpah laknat” kini satu lagi maklumat terbaru diterima perihal Saiful Bukhari Azlan. Berita yang lebih memeranjatkan serta menggemparkan !!. Khabarnya kini, Saiful benar-benar berhadapan dengan masalah “besar” gara-gara terperangkap dalam “fitnah liwat” yang dibuatnya terhadap Anwar Ibrahim. Sesungguhnya inilah agaknya bala yang dinantikan oleh beliau dulu. Dalam akuan “sumpah laknat” beliau sehari sebelum hari pencalonan Anwar, beliau ada mengatakan bahawa beliau sanggup seluruh keturunannya ditimpa bala sekiranya beliau berkata tidak benar perihal kes liwat itu. Namun kini, segalanya bagaikan “terjadi” kepada Si Saiful.
Jika benar maklumat terbaru ini, maka inilah dia bala yang menimpa Saiful akibat sikapnya yang terlalu berani melakukan “sumpah laknat” terhadap dirinya berhubung dengan perkara yang belum tentu hujung pangkalnya. Akibatnya beliau kini terpaksa merana dan sengsara dengan perbuatan yang beliau lakukan. Terdapat suara-suara yang sudah mula menyuruh agar Saiful memohon ampun dan maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Namun bukan Saiful yang tidak mahu, tetapi beliau kini dikawal ketat oleh pasukan keselamatan. Atas alasan dikhuatiri dirinya dianiaya oleh sesiapa. Namun, hakikatnya yang terjadi ialah kawalan ketat terhadap diri Saiful itu ada hubung kait dengan ketakutan “pihak-pihak berkenaan” sekiranya Saiful membuat akuan sumpah pula bahawa dirinya dianiaya dan beliau dipaksa membuat cerita karut itu. Inilah sebenarnya yang menjadi masalah buat dirinya. Maka akhirnya terpaksalah beliau menanggung derita berkenaan. Sudah puasa mereka membawa Saiful untuk berubat, namun segalanya hampa belaka.
Persoalannya disini, apakah Saiful sanggup untuk keluar dari persembunyian dan kemudiannya meminta ampun serta memohon maaf dari Anwar atas segala yang terjadi ini. Kita merasa amat simpati dengan nasib beliau kini. Sekiranya beliau tidak diselematkan segera dari penyakitnya, kita juga khuatir bala yang lebih besar akan menimpanya. Ini pasti akan lebih menggemparkan dan pasti menyebabkan “si pulan bin si pulan” semakin “kepanasan” kini. Inilah akibatnya bila merancang untuk melakukan agenda jahat, sudah pasti akan dibalas oleh Allah SWT dengan sekelip mata sahaja. Tambahan pula di bulan Ramadhan yang mulia ini. Buat Saiful, insaflah dan berusahalah untuk mencari jalan berjumpa dan memohon ampun kepada Anwar dengan segera. Jika tidak nyawa beliau juga akan turut terancam dengan bala yang menimpa dirinya itu.
[Pihak kami masih lagi menantikan laporan terkini dari ahli keluarga Saiful tentang perkembangan terkini perkara ini. Kita harus ingat dan sedar bahawa bukan semua ahli keluarga dan saudara mara Saiful yang bersetuju dengan kedurjanaan yang beliau lakukan ini. Tunggulah balasan yang lebih dasyat bakal menimpa keluarga dan keturunannya pula jika beliau tidak mahu memohon ampun dan maaf kepada Anwar atas segala yang terjadi. Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada hambaNya yang melakukan dosa. Amin]
Pihak kami masih menyiasat info ini. Namun segalanya ada kemungkinan. Jika segala berita ini sahih anggaplah ia sebagai tauladan, namun jika sebaliknya jadikanlah ia sebagai satu sempadan.


Satu syawal yang lalu, seluruh negara dikejutkan dengan berita "Anggota Polis Lepaskan 58 Das Tembakan". Sesungguhnya berita ini amat menggemparkan sekali, tambahan pula ia dilakukan oleh seorang anggota polis. Apakah yang berlaku sebenarnya?. Mengapakah anggota polis terbabit melepaskan tembakan membabi buta begitu?. Mengapakah seorang anggota polis yang diluar tugas boleh membawa begitu banyak peluru sedangkan beliau sepatutnya menyerahkan semua senjatanya ketika diluar tugas rasmi. Inilah yang menjadi persoalan ramai pihak. Kami juga tertanya-tanya dengan laporan yang disiarkan oleh media arus perdana tentang perkara ini. Sesungguhnya, insiden yang berlaku ini adalah "mirip" kepada kejadian yang membabitkan Prebet Adam suatu ketika dulu. Beliau juga dikatakan telah membuat tembakan rambang dan membahayakan orang awam. Tiada apa yang berlaku, namun disebalik kisah tersebut tersembunyi sebab musabab kenapa Prebet Adam melakukannya. Ini kerana tekanan perasaan dan jiwa akibat "adiknya" yang dikatakan meninggal dunia gara-gara penangan "orang ternama". Apakah kes terbaru ini juga sama seperti yang pernah berlaku itu. Segala persoalan masih bermain difikiran ramai orang terutamanya para penduduk dan orang awam yang berada di tempat kejadian tempohari.
Untuk makluman kes tersebut melibatkan seorang anggota polis
yang berumur 22 tahun dan bertugas di Balai Polis Simpang Durian, Jelebu Negeri Sembilan. Menurut maklumat beliau dikatakan dalam perjalanan ke satu tempat untuk melakukan "jihad", lantaran itulah beliau membawa begitu banyak senjata. Beliau menaiki sebuah kereta Iswara Aeroback dengan nombor pendaftaran BDC7918. Siasatan kami senjata dalam kes berkenaan bukan sahaja sepucuk pistol biasa malahan juga turut melibatkan dua pucuk senapang Raifel M15 (Sila lihat foto) serta terdapat begitu banyak peluru hidup termasuk 2 set peluru M15 yang masih belum digunakan. Disamping itu juga beliau turut membawa kayu belantan, beberapa buah kitab dan lain-lain barangan yang dipercayai untuk tujuan "jihad" berkenaan. Beliau dikatakan dalam perjalan ke sebuah lokasi berhampiran Padang Tengku-Merapoh yang dikenali sebagai "Bukit Tujuh". Laporan polis mengatakan suspek hanya membawa pistol adalah tidak benar sama sekali. Mana mungkin pistol boleh mengeluarkan sehingga 58 das peluru ditembak ke udara?.










KUALA LUMPUR - Blogger yang baru-baru ini ditangkap di bawah Akta Hasutan, Sheih, sekali lagi membuat dakwaan menggemparkan apabila meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menafikan bahawa beliau pernah menerima RM200 juta dari isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, sebahagian dari komisyen urus niaga kapal selam berjumlah RM500 juta yang didakwa diterima oleh Abdul Razak Baginda.
“Adalah satu langkah baik jika Abdullah menafikan beliau pernah menerima RM200 juta dari komisyen urus niaga kapal selam berjumlah setengah juta ringgit yang kita dakwa diterima oleh Razak Baginda.
“Sumber saya menyatakan Rosmah membayar Abdullah RM200 juta dari komisyen urus niaga kapal selam. Beliau (sumber itu) tidak menyatakan apa-apa mengenai Razak Baginda,” dakwa beliau dalam blognya, kickdefella.wordpress.com
Sheih juga mendakwa penyiasat persendirian yang menghilangkan diri, P. Balasubramaniam, menerima RM5 juta dari Rosmah untuk menutup mulutnya.
“Saya diberitahu bahawa isteri (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) menemui Bala di British Isle beberapa hari selepas penyiasat persendirian itu menghilangkan diri dan membayar Bala RM5 juta.
“Saya diberitahu bahawa Bala dan keluarganya sedang berusaha untuk mendapatkan kewarganegaraan India. Saya benar-benar berharap ini tidak benar dan Rosmah akan membuat kenyataan menafikannya,” dakwa blogger itu.
Blogger itu juga mendakwa bahawa Najib pernah menulis surat kepada beberapa kedutaan asing meminta mereka memberikan visa masuk ke negara mereka.
“Saya diberitahu bahawa sebelum lawatan Najib ke beberapa negara Eropah, beliau menulis kepada kedutaan Perancis, Itali dan Pesuruhjaya Tinggi British meminta mereka memberikan visa masuk ke negara mereka dari Kuala Lumpur kepada Altantunya Shaariibuu.
“Najib sendiri sebagai Menteri Pertahanan (ketika itu) menandatangani surat tersebut. Pesuruhjaya Tinggi British menolak permohonan itu tetapi beberapa negara menerimanya.
“Beberapa diplomat Malaysia yang ketika itu berkhidmat di kedutaan Malaysia di salah sebuah negara tersebut mengesahkan bahawa mereka pernah melihat Altantuya di dalam rombongan Najib,” dakwa Sheih lagi.
Pada 28 Jun 2007 lalu, Bernama melaporkan sepupu Altantuya, Burmaa Oyunchimeg memberitahu mahkamah tinggi Shah Alam bahawa beliau pernah melihat gambar Altantuya makan bersama Najib dan Razak Baginda.
Semasa disoal lanjut oleh peguam Karpal Singh, yang bertindak sebagai peguam pemerhati bagi keluarga Altantuya, Burmaa berkata, Altantuya telah menunjukkan kepadanya gambar Altantuya dan Abdul Razak dengan pegawai kerajaan Malaysia itu serta orang lain sedang menikmati jamuan pada satu meja bulat.
Beliau berkata, Altantuya menunjukkan gambar itu di Hong Kong selepas beliau (Altantuya) balik dari Perancis. (Burmaa bertemu dengan Altantuya di Hong Kong).
Karpal: “Boleh kamu terangkan gambar apa?”
Burmaa: “Ada satu gambar, saya fikir, Altantuya dengan Razak Baginda dan seorang pegawai kerajaan Malaysia dan orang lain sedang menikmati jamuan. Mereka duduk di meja bulat.”
Karpal: “Kamu tahu siapa pegawai kerajaan itu?
Burmaa: “Najib Razak. Saya ingat nama Najib Razak kerana nama Razak itu sama (dengan Abdul Razak Baginda).”
Bagaimanapun, Burmaa tidak menunjukkan gambar itu kepada mahkamah.
Lebih buruk lagi, dalam akuan bersumpahnya 1 Julai lalu di hadapan Pesuruhjaya Sumpah di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, Balasubramaniam pernah mendakwa Najib telah mengadakan hubungan seks dengan Altantuya dan beliau (Altantuya) sanggup mengadakan hubungan seks luar tabii.
Akuan bersumpah itu juga menyatakakan Najib mengarahkan Razak Baginda untuk menjaga Altantuya kerana beliau tidak mahu dia (Altantuya) menganggunya kerana beliau ialah Timbalan Perdana Menteri.
Sama dengan keterangan Burmaa di mahkamah, akuan bersumpah Balasubramaniam itu juga menyatakan Razak Baginda dan atau Altantuya ada memberitahu penyiasat persendirian itu bahawa Najib bersama-sama dengan Razak Baginda dan Altantuya telah berjumpa dan bersama-sama makan malam di Paris.
Bagaimanapun, Balasubramaniam menafikan apa sahaja akuan bersumpahnya yang berkaitan dengan Najib dan menghilangkan diri selepas penafian itu.

Marang - Penasihat Parti Tindakan Demokratik (DAP) Lim Kit Siang mengunjungi Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sempena Aidil Fitri, di rumahnya di Kampung Rhusila dekat sini semalam.
Kedua-dua pimpinan parti Pakatan Rakyat itu telah berbincang dan beramah mesra sambil menikmati hidangan juadah dan kuih raya.
Antara pokok perbincangan mereka adalah berkisar sekitar isu-isu politik negara dan hal ehwal semasa termasuk perkembangan Pakatan Rakyat dan pelan peralihan kuasa.
Turut bersama dalam pertemuan itu adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato’ Mustafa Ali dan Pengerusi Penaja DAP Kuala Terengganu Ng Chai Hing.
Buletinonline difahamkan Kit Siang akan disertai oleh beberapa pimpinan DAP lain dalam rangka percutian sempena Aidil Fitri.
Dalam perkembangan lain, Setiausaha DAP Lim Guan Eng berharap Islam akan menjadi teras kepada usaha merapatkan silaturahim antara kaum di negara ini. “Seperti mana yang saya faham, Islam sebagai agama yang syumul atau universal adalah Ad-Din atau cara hidup menyeluruh yang mencakupi semua aspek kehidupan manusia sama ada ekonomi, politik mahupun social,
“ia tidak bersifat perkauman kerana Ad-Din adalah berteraskan sistem keadilan tanpa mengira kaum dan agama,
“sememangnya, saya amat menghormatinya dan berharap ia akan menjadi teras kepada usaha merapatkan silaturahim antara kaum di negara ini,” kata Guan Eng dalam perutusan Eidulfitrinya yang dipetik Harakahdaily.
Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang percaya bahawa semua agama di dunia ini turut mengajak para umatnya melakukan kebaikan termasuk agama Islam itu sendiri.
Katanya al-Quran menyebut mengenai Amar Ma
’aruf Nahi Mungkar, iaitu menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah melakukan kejahatan dan yakin umat Islam yang beriman dan bertakwa pastinya menerima prinsip keadilan tulen untuk semua.Menurutnya bagi pihak DAP, beliau percaya kepelbagaian kaum, agama, adat, budaya dan bahasa, tidak pernah menjadi penghalang atau membatasi kemajuan Malaysia.
Beliau turut mengajak rakyat Malaysia menolak politik jahat tersebut yang hanya mementingkan golongan kecil yang amalkan kemungkaran.
Sebaliknya, kata beliau, semua mestilah besatu di bawah panji nilai-nilai teras universal yang diterima semua iaitu, kebebasan, keadilan, kebenaran, keluhuran undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan dan ketakwaan kepada Tuhan.
“Barulah kita boleh dirikan sebuah kerajaan bercorak demokrasi, ketuanan rakyat dan kepimpinan beretika mencontohi pemimpin agung Islam Khalifah Umar Abdul Aziz,” katanya.
Rakyat Malaysia, kata beliau, tidak patut benci-membenci semata-mata kerana warna kulit atau fahaman agama yang berbeza.
IPOH: Lebih 30,000 rakyat pelbagai lapisan menghadiri rumah terbuka Menteri Besar Dato Seri Ir Haji Mohamamad Nizar Jamaluddin di kediaman rasminya sempena Hari Raya Aidil Fitri. Satu angka besar yang di luar jangkaan.
Nizar dan isteri Datin Seri Fatimah Taat telah meluangkan masa selama lebih tiga jam untuk beramah mesra dan bersalaman dengan para tetamu yang bermula jam 2 petang hingga 5 petang. Tetamu bagaimanapun telah mula berbondong-bondong datang mulai jam 1 petang lagi.
Pelbagai juadah disajikan termasuk satey, kuetiaw dan cendol. Nizar yang kelihatan berbaju Melayu warna jingga bersungguh-sungguh tanpa jemu dan keletihan melayani tetamu, manakala Datin Seri kelihatan turut melayani kanak-kanak yang menghulur tangan bersalaman dan tersenyum menerima angpau.
Kesesakan lalulintas jelas kelihatan ekoran kunjungan sebegitu ramai bukan sahaja di luar kediaman, malahan di dalam kawasan kediaman. Keadaan bagaimanapun terkawal.
Antara tetamu kenamaan yang kelihatan ialah barisan pimpinan DAP Encik Lim Kit Siang, exco Sdr Jamaludin Radzi, Adun Titi Serong Drs Idham Lim dan Speaker, Encik Sivakumar.
|
| |
| Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi di Pusat Dagangan Dunia Putra pada Rabu lalu (1 Syawal) tidak biadap kerana mereka tidak menimbulkan apa-apa kekacauan.
”Saya rasa tidak biadap, itu biasa dalam amalan demokrasi, itu satu perubahan zaman Perdana Menteri ini. ”Dia (polis) boleh halang, tak benarkan masuk, mengapa dia orang buka (benarkan), ada polis yang jaga daripada awal,” katanya ketika diminta mengulas perkara tersebut yang dianggap biadap oleh penyokong UMNO kerana kehadiran para penyokong HINDRAF ke majlis Rumah Terbuka Perdana Menteri dengan membawa ‘banner’ umpama demonstrasi.
“Cumanya cara majlis hari raya, dia orang tak boleh jumpa Perdana Menteri (masa lain), itu masa yang dia boleh jumpa, bawa ‘banner’ itu semangat dia (HINDRAF) mungkin dia orang terasa kerana keluarga dia, sahabat dia yang kena tahan, itu satu perubahan dalam amalan demokrasi dan sepatutnya dipandang secara positif,
Dalam perkembangan lain, beliau berharap semua pimpinan politik bersama-sama memikul tanggungjawab menghadapi ‘bencana’ politik ekonomi dunia yang berlaku hari ini. “Kita tidak boleh memandang ringan terhadap krisis kewangan yang berlaku di Amerika, “sudah tentu ada kesan kerana kebanyakkan negara dunia ditakluk oleh penjajahan ekonomi Amerika (melalui) penguasaan dollar, “sudah tiba masanya |
