Ikuti Blog ini

Lagi laporan polis terhadap Najib

Sekumpulan pemimpin pembangkang dan aktivis membuat aduan polis lagi terhadap Datuk Seri Najib Razak berhubung perolehan helikopter Eurocopter dan isu pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

anak muda malaysia ngo police report on najib eurocopter 211008 03Kira-kira 10 orang yang menggelarkan diri Sekretariat Anak Muda Malaysia (SAMM), bersama ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Badrul Hisham Shaharin dan setiausaha Dewan Muslimat PAS Aiman Athirah Al-Jundi, membuat laporan itu di ibu pejabat polis Dang Wangi, Kuala Lumpur tengah hari semalam.

Turut hadir bersama membuat laporan polis tersebut, penulis blog dan aktivis pemantauan pilihanraya bebas Amin Iskandar.

Mereka bergerak dari Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Kuala Lumpur ke balai polis itu dengan membawa kain rentang bertulis "Najib penuh skandal! Ketika menjadi menteri pertahanan."

Foto-foto Najib, isterinya Rosmah Mansor, Altantuya dan kapal selam turut dipaparkan di kain rentang tersebut.

Sepanjang perjalanan itu dalam jarak beberapa ratus meter, kumpulan ini diawasi oleh beberapa puluh anggota polis, termasuk yang berpakaian biasa.

anak muda malaysia ngo police report on najib eurocopter 211008 04Sehari sebelumnya, timbalan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Fariz Musa membuat aduan polis berhubung kontrak Eurocopter Cougar EC-725 yang didakwa "lebih mahal" berbanding yang diperolehi oleh Brazil.

Bersandarkan surat syarikat Mentari Services Sdn Bhd kepada Najib awal bulan ini, yang telah diterbitkan di Internet termasuk Malaysiakini, SAMM mendesak polis menyiasat secara menyeluruh pembelian pesawat ini yang dibuka tendernya ketika timbalan perdana menteri masih lagi menjawat menteri pertahanan.

Najib kini menteri kewangan.

Mereka juga mendesak polis membuka semula siasatan terhadap pembunuhan wanita Mongolia yang didakwa berkaitan Najib.

anak muda malaysia ngo police report on najib eurocopter 211008 05"Kita telah mengemukakan 21 helai dokumen dan sokongan yang cukup untuk polis memulakan siasatan dan tindakan selanjutnya," kata Badrul Hisham selepas membuat laporan polis.

Menurutnya, dokumen lain yang dilampirkan termasuk transkrip khidmat pesanan ringkas (SMS) antara timbalan perdana menteri dengan peguam kanan Datuk Shafee Abdullah berhubung perbicaraan penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda, seorang kenalan Najib.

Selain menafikan beberapa kali pembabitan dengan Altantuya, Najib juga menolak dakwaan wujud salah guna kuasa seperti teks mesej SMS yang disebarkan itu.

Dalam suratnya 7 Oktober lalu, pengerusi Mentari Services Sdn Bhd Kapt (B) Datuk Zahar Hashim mendakwa keputusan Kementerian Pertahanan mengeluarkan surat hasrat (LOI) kepada Eurocopter "agak luar biasa dan bertentangan dengan prosedur yang telah diamalkan selama ini."

Kementerian bagaimanapun menafikan perolehan helikopter itu melalui proses yang meragukan dan luar kebiasaan seperti dakwaan.

Dalam kenyataannya Jumaat lepas, ketua setiausaha kementerian itu Datuk Abu Bakar Abdullah menyatakan perolehan itu mengikut peraturan seperti ditetapkan, tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

Kelmarin, kabinet dilaporkan bersetuju Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) memperhalusi isu pembelian itu bagi menggantikan helikopter Nuri.

Badrul Hisham menambah, SAMM juga bercadang membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung perkara tersebut.

"Kita akan membuat laporan (kepada BPR) secepat yang mungkin, sama ada hari ini atau selewat-lewatnya esok," katanya.


Islam Hadhari Lahir Dari Pemimpin Jahil

http://buletinonline.net/images/berita13/islamhadhari.jpg

Kuala Terengganu 21 Okt. - Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato’ Ustaz Muhamed Daud Iraqi berkata tindakan mengubah Islam sebagaimana yang dinyatakan dalam al-Quran kepada Islam Hadhari adalah tindakan yang lahir dari pemimpin yang jahil.

”Serupa (sebagaimana) umat Islam hari ini pimpinan kebanyakkan tidak terdiri dari bukan ulama’, hatta Islam sendiri itu dia ubah (kepada) Islam Hadhari,
”sedangkan Islam itu Allah bawa turun dalam al-Quran, Allah kata “Aku Redha Islam sebagai ugama”,

“tiba-tiba dia ubah (menjadi) Islam Hadhari, kerana apa? Kerana dia jahil,”kata beliau yang ditemui selepas Konvensyen Kebajikan PAS Negeri Terengganu, di Markaz Tarbiyyah PAS Kuala Ibai kelmarin.

http://buletinonline.net/images/berita13/daudiraqi.jpgMenurutnya pemerintahan kerajaan Islam dahulu menjadi maju kerana umat Islam ketika itu dipimpin oleh ulama’, namun kini umat Islam menjadi lemah kerana dipimpin oleh orang jahil, umat Islam menjadi lemah.


Beliau berkata demikian ketika mengulas pendapat sesetengah pihak yang mengatakan bahawa kepimpinan ulama’ sudah tidak relevan lagi buat zaman ini.


Beliau mengambil contoh Negara Iran yang menjadi sebuah Negara Islam yang maju sekarang ini kerana dipimpin oleh ulama’.

”Iran sekarang ini boleh naik (maju) kerana kepimpinan dia ulama’ ataupun sekurang-kurangnya dia pimpinan dibawah arahan ulama’,

“ulama’ yang mentaujihkan, ulama’ yang mengarahkan, ulama’ yang menentukan dasar,”katanya yang merujuk Presiden Ahmadinejad sebagai pentabir negara, dibimbing dibawah majlis ulama’.


Justeru menurutnya, Malaysia perlu mengambil contoh tersebut dan mengambil kepimpinan ulama’ sebagai pimpinan yang paling atas, dengan sokongan golongan profesional lain.

“Profesional kita tak boleh tolak, nak buat bangunan kena profesional, nak buat (bangunkan) ekonomi kena profesional,”
”katalah nak buat bank, orang profesional nak buat bank (Islam) dia tak tahu, yang mana (satu) riba, yang mana tak riba, ulama’ yang akan menentukan,”jelasnya



Tuan Guru Nik Aziz sedang dirawat, tidak dapat hadir majlis perasmian sidang DUN

 KOTA BHARU 21 Okt. — Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian tidak dapat menghadiri majlis perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri kali ketiga bagi penggal pertama tahun ini yang berlangsung selama seminggu mulai semalam.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata Nik Aziz telah dinasihatkan oleh pakar perubatan HUSM agar berehat beberapa hari lagi.

“Doktor telah menasihatkan Menteri Besar supaya berehat di hospital untuk sehari dua lagi dan Insya-Allah bila benar-benar sihat, beliau akan kembali menghadiri persidangan Dewan,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian persidangan oleh Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra.

Ahmad berkata Nik Aziz dimasukkan ke HUSM sejak Ahad dan keadaannya dilapor tidak membimbangkan.

Beliau merasa tidak sihat selepas turut mengadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-215 di Kuala Terengganu, selama dua hari yang berakhir Khamis lepas.

Ahmad berkata jika keadaan kesihatan Nik Aziz bertambah baik, Menteri Besar itu dijangka dapat membentangkan Bajet Negeri 2009 di persidangan Dewan nanti.

Nik Aziz, 77, yang juga Mursyidul Am PAS pernah dirawat di Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur pada 2004 berikutan masalah jantung dan juga pernah dirawat kerana masalah gastrik dan tekanan darah tinggi.

Bersama Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak di TV9

The Moment of Truth








Tok Ayah - Gambar memberikan banyak makna, sejauh mana anda boleh membuat pentafsiran bergantung kepada empunya isi hati.

PM gagal tunai janji buat perubahan badan kehakiman - Salahuddin

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi gagal menunaikan janjinya untuk membuat perubahan badan kehakiman bila menasihatkan Majlis Raja-Raja Melayu supaya melantik Tan Sri Zaki Azmi sebagai Ketua Hakim Negara.

Salahuddin Ayub, Ahli Parlimen Kubang Kerian .... Pak Lah gagal tunai janji buat perubahan badan kehakiman

Salahuddin Ayub, Ahli Parlimen Kubang Kerian .... Pak Lah gagal tunai janji buat perubahan badan kehakiman

“Pak Lah tidak serius untuk menunaikan janjinya melakukan reformasi dan amat mengecewakan rakyat yang mahu melihat perubahan dalam sistem kehakiman,” katanya.

Zaki ialah persenaliti yang dipertikaikan kerana terlibat secara langsung dengan Umno, kata salahuddin yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS.

Zaki dilantik ke Mahkamah Persekutuan september lalu dan dua bulan kemudian dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan.

Zaki kini berusia 63 tahun dan akan memegang jawatan tersebut sekurang-kurangnya selama tiga tahun kecuali perkhidmatannya dilanjutkan oleh kerajaan.

Salahuddin juga telah membuat usul tergempar untuk dibincangkan di Dewan Rakyat Selasa ini (esok) bagi memboleh isu perlantikan Zaki dirundingkan di Parlimen kerana ianya bukan isu remeh-temeh.

Teks penuh usul adalah sepeti berikut:
USUL DIBAWAH PERATURAN MESYUARAT 18 (1) (2)
Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) dan (2), dengan ini diberikan notis bahawa saya Salahuddin Ayub, Ahli Dewan Rakyat bagi kawasan Kubang Kerian akan mengusulkan supaya mesyuarat ini ditangguhkan untuk membincangkan usul yang melibatkan perkara tertentu, berkepentingan
ramai dan perlu disegerakan.

“Bahawa Dewan yang mulia ini hendaklah ditangguhkan bagi membolehkan perbahasan merundingkan isu jawatan Ketua Hakim Negara yang bakal dikosongkan berikutan persaraan wajib Ketua Hakin Negara sekarang ini YA Tun Abdul Hamid Mohamad.

YB Tan Sri Yang Dipertua,
Adalah menjadi harsat rakyat keseluruhannya dalam Negara ini ingin melihat kembalinya satu era kecemerlangan dan kegemilangan system kehakiman Negara yang pernah di menjadi kebanggaan kita semua. Kita semua merindui nama-nama besar yang mengharumkan instituisi kehakiman Negara seperti YAA Raja Azlan Syah, YA Tun Suffian Hashim, Tun Sallah Abbas, Dato Goergh Seah dan lain-lain.

Sehubungan dengan itu kita sedia maklum bahawa jawatan ketua hakim Negara akan bakal dikosongkan pada 17hb Oktober, 2008 oleh peyandangnya sekarang YA Tun Abd Hamid Mohamad. Ini bermakna jawatan atau kerusi ketua hakim Negara perlu diisi pada 18hb Oktober, 2008.

Izinkan saya untuk merakam ucapan penghargaan setingginya dan tahniah dan seterusnya mengucapkan selamat bersara kepada YA Tun Abd Hamid Mohamad .

Tan Sri Yang DiPertua
Apa yang menjadi kebimbangan kami dan rakyat yang mencintai intergriti kehakiman yang sedang kelihatan punya harapan untuk bersinar kembali akan kembali dipertikaikan sekiranya Presiden Mahkamah Rayuan sekarang YA Tan Sri Zaki Tun Azmi yang mengikut rangking atau hairaki
perjawatan berkemungkinan dilantik sebagai ketua hakim Negara yang baru.

Parlimen yang mulia ini perlu diingatkan kembali bahawa perlantikan Tan Sri Zaki Tun Azmi ke jawatan Presiden Mahkamah Rayuan setahun yang lalu telah menadi satu pertikaian dan perbahasan yang melahirkan kontroversi yang memperlihatkan isu peribadi beliau, pegelibatan yang jelas dalam kepentingan parti Umno dan melanggari prosedur kenaikan pangkat yang tidak munasabah yabg begitu mencemarkan integriti badan yang sangat penting ini.

Adalah wajar bagi parlimen yang mulia ini diizinkan untuk membahaskan isu yang sangat penting ini demi memelihara martabat dan kewibawaan serta intergriti badan kehakiman Negara dan yang lebih penting lagi ianya adalah untuk kepentingan rakyat dan Negara ini sendiri.

Sekian, saya mohon mencadangkan
SALAHUDDIN HAJi AYUB




PAK LAH JANGAN MARAH, NANTI KENA JUAL!


Nampaknya Pak Lah marah betoi dengan Tun M dan Muhyiddin. Pak Lah jangan la marah marah nanti kena jual pula. Pada penghujung pemerentahan biarlah senyum seperti biasa. Pak Lah kan selalu senyum. Orang sepak kepala Melayu pun Pak Lah senyum sebelum ini. Senyumlah Pak Lah sampai bersara.

Apa yang hendak dimarahkan kepada Tun M walaupun dia di luar UMNO sekarang. Mengapa
Pak Lah mendakwa, Muhyiddin cuba hendak menyekat pembaharuan yang akan di bawa oleh beliau. Apa pembaharuan yang telah Pak Lah bawa selama ini. Apa pembaharuan yang dikehendaki oleh rakyat?. Pada saya rakyat memerlukan pembaharuan seperti berikut:

1. Kepimpinan negara yang tegas, berkemampuan, cekap. Apakalah Pak Lah ada kualiti ini?.

2. Rakyat mahukan ekonomi negara lebih teguh, negara lebih maju dan rakyat mempunyai pendapatan yang tinggi.

3. Rakyat mahukan negara yang aman, taraf kesihatan yang baik, pendidikan yang sempurna pada semua peringkat.

4. Rakyat mahukan negara bersih dari rasuah. Mahukah Pak Lah memnita BPR siasat ahli keluarga beliau.

5. Rakyat mahukan perpaduan Negara lebih kukuh.

Ini sebahagian kecil dari perubahan yang dikehendaki oleh rakyat Malaysia. Saya dengar Pak Lah sebutkan, antara perubahan yang beliau hendak bawa ialah, menubuhkan Suruhanjaya Kehakimam, iaitu badan yang akan diberi tanggung jawab untuk melantik hakim-hakim. Apakah peraturan sekarang tidak betul, jangan hanya ikut pandangan Zaid Ibrahim saorang sahaja. Sekurang-kurang dibincangkan dalam MT UMNO.

Zaman Pak Lah, Menteri yang dilantik pun tidak ada kemampuan, umpamanya Zaid Ibrahim, Amirsham dan Zulhasnan. Zaid semua orang sudah tahu. Amirsham (belum tentu jadi ahli UMNO semasa dilantik)nak jawab soalan di Parlimen pun tidak tahu. Sebagai Menteri di JPM beliau harus tahu banyak perkara. Malu la kalau ahli Dewan Rakyat tanya, menteri jawab kata “tak tahu”.

Zulhasnan pula, bila dia sokong Pak Lah mengenai pandangan Muhyiddin kerana masa yang panjang untuk berkempen MT, kata Zulhsanan, “ itu persepsi seseorang, panjang atau pendek”. Menteri pun tak faham apa tu persepsi. Persepsi ialah, menilai perkara subjektif. Ini perkara masa, berkaitan dengan perkara yang tepat, satu bulan, dua bulan, tiga bulan. Ini bukan persepsi. Jangkasa masa kempin MT UMNO selama lima bulan, satu jangka masa yang sangat panjang. Bukan persepsi. Menteri kena masuk sekolah semula.


Bajet negeri Selangor menjamin kemewahan rakyat

SHAH ALAM: Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor bercadang akan mempertimbangkan cuti sebulan kepada wanita yang kematian suami dan bayaran elaun gantian gaji penuh sebulan bagi kakitangan wanita yang berstatus tetap atau kontrak.

Image

Demikian antara cadangan yang diumumkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika membentangkan bajet sulung tahun 2009 kerajaan Negeri di sidang Dewan Undangan Negeri (Dun).

Menurut beliau, bagi menjamin prinsip kebajikan rakyat kerajaan negeri turut mempertimbangkan cuti bersalin selama 90 hari kepada kaum wanita yang bekerja.

Katanya, program itu berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2007 (kemudahan cuti menjaga anak), yang menyatakan seseorang kakitangan awam boleh mengambil cuti tambahan tanpa gaji sebanyak 1,825 lima tahun sepanjang tempoh perkhidmatan.

Beliau menjelaskan, tempoh cuti bersalin yang diguna pakai pada masa sekarang selama 60 hari dan kerajaan negeri sedang mengkaji untuk memberi tambahan cuti sebanyak 30 hari sebagai cuti tanpa gaji dengan membayar elaun gantian gaji penuh sebulan.

Kerajaan negeri tambah beliau, akan mempertimbangkan cuti selama 14 hari kepada para suami yang isterinya bersalin dan diberi pilihan untuk membuat tambahan cuti sebanyak tujuh hari.

Dalam pembentangan bajet tersebut, beliau bersyukur kerana Selangor dianugerahi peningkatan hasil negeri yang memberangsangkan dan pertumbuhan hasil baru yang menjana ekonomi negeri. Image

"Kita memikul kepercayaan dan amanah daripada rakyat untuk mengagihkan setiap sumber hasil yang diterima oleh kerajaan secara telus, adil dan saksama kerana hasil negeri merupakan hak rakyat yang perlu dikongsi bersama.

Apalah hendak dibanggakan sangat, jika negeri maju sedangkan ramai rakyat masih berada dalam garis kemiskinan. Kerajaan mahu berusaha �memajukan negeri dan memewahkan rakyat Selangor� dengan pelbagai program," katanya.

Beliau menegaskan, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor perlu menguruskan sebuah negeri maju yang berteraskan kesedaran kerohanian, menangani ketidaksamaan sosio ekonomi yang berterusan, memacu pembangunan modal insan, menyediakan panduan strategik mengenai arah dan corak perbandaran serta penggunaan tanah, menambah baik tadbir urus, menguruskan alam sekitar yang mapan dan menjana sumber pertumbuhan baharu.

Katanya, hala tuju pembangunan negeri Selangor mempunyai visi menjadikan Selangor negeri Idaman, maju dan sejahtera.

Bajet yang dibentangkan itu turut menyatakan wujudnya sentimen buruk pasaran saham dunia dan krisis kewangan global dan implikasinya menimpa Indeks Komposit Kuala Lumpur apabila ia jatuh ke paras bawah 900 mata, iaitu yang terburuk dalam tempoh dua tahun. Image

Bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan menyatakan ia tetap berusaha keras bagi memastikan pembangunan terus berkembang melalui kemasukan pelabur-pelabur asing.

Beliau kesal kerana Kerajaan Persekutuan �dengan bongkaknya� menolak cadangan Pakatan Rakyat dalam sidang Parlimen pada 14 Oktober lalu supaya dilakukan segera �semakan� terhadap andaian-andaian Bajet 2009 yang dibentang pada Ogos lalu.

Menurut beliau, kepimpinan Pakatan Rakyat mendapati beberapa angka, fakta dan unjuran dalam Bajet 2009 Kerajaan Persekutuan �sudah jumud� berdasarkan situasi kemelesetan ekonomi global sekarang.

"Dalam hal ini, kerajaan negeri akan melipatgandakan usaha menarik pelabur-pelabur asing yang semakin yakin datang melabur sejak perubahan kerajaan pemerintah dengan pertambahan pelabur luar yang mendadak.

Contohnya, pelabur Jerman, QCell, yang melabur RM5.0 bilion dalam teknologi solar di Taman Perindustrian Bukit Baja, Sepang tahun ini," tegasnya. Image

Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, bajet Kerajaan Persekutuan tahun 2009 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri pada 29 Ogos lalu, secara tidak langsung turut mengiktiraf manifesto Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-12.

Dalam pembentangan bajet itu, Perdana Menteri mengumumkan pemberian bekalan elektrik percuma bagi penggunaan elektrik berjumlah kurang RM20 sebulan, di samping memberi tumpuan pada strategi menjamin kesejahteraan rakyat dengan memfokus pada golongan berpendapatan rendah.

Padahal, pada hakikatnya, kerajaan Pakatan Rakyat di lima negeri di Semenanjung sedang dan berusaha terus bagi menerapkan konsep kerajaan berkebajikan kepada seluruh rakyat.

Kerajaan Negeri amat prihatin terhadap masalah kemiskinan bandar dan usaha yang dilakukan dengan menaikkan paras Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) kepada RM1500 sebulan.

Berpandukan PGK yang diolah semula ini, kadar kemiskinan rakyat negeri Selangor kini berada pada paras 30 peratus dan ia bererti kerajaan negeri yang lalu tidak perlu melaungkan lagi usaha mereka membasmi kemiskinan ke tahap satu peratus


Sultan tegur kerajaan pusat lambatkan projek pembangunan di Kelantan

KOTA BHARU, 20 Okt - Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra melahirkan rasa tidak puas hati terhadap beberapa projek kerajaan Persekutuan yang belum dilaksanakan di Kelantan.

Antaranya pembinaan Jambatan Sultan Yahya Petra Kedua yang mana sehingga hanya mencapai kemajuan 10 peratus, biar pun perletakan batu asas sudah lebih setahun berlalu.

Oleh itu baginda mahu kerajaan pusat mempergiatkan semua projek pembangunan dalam rancangan Malaysia Ke-9 memandangkan pelaksanaannya begitu perlahan.

"Bahkan ada di antaranya masih belum dimulakan pembinaannya," titah baginda ketika merasmikan majlis Pembukaan Rasmi Persidangan Kali Yang Ketiga (Belanjawan) Bagi Tempoh Penggal Yang Pertama Dewan Undangan Negeri Kelantan yang Ke-12 di sini, hari ini.Image

Turut berangkat pada majlis perasmian itu Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

Sebelum ini ketibaan baginda disambut Speaker Dewan Undangan Negeri, Ustaz Nasurudin Daud, Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakub, anggota-anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri.

Baginda juga memeriksakan perbarisan anggota pasukan Gerak Am dari Batalion ke-8, Pengkalan Chepa.

Titah baginda projek-projek lain yang dalam pelaksanaan seperti pembinaan kampus utama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Bachok dan Jeli juga perlu diambil perhatian.

"Oleh yang demikian beta menyeru agensi yang terlibat memantau pelaksanaan projek yang dirancang supaya berjalan mengikut jadual.

"Beta juga mendapat maklum Kelantan adalah di antara negeri yang disenaraikan dengan projek hub halal dalam RMK-9 yang melibatkan peruntukan sebanyak RM17 juta, bagaimanapun ia juga belum dilaksanakan," titah baginda.

Sehubungan itu baginda menyarankan kerajaan negeri memberi penekanan ke atas pelaksanaan hub halal bagi mewujudkan pusat pengumpulan, pengeluaran dan pemasaran makanan halal di negeri ini.

ImageBaginda turut menyarankan kerajaan Persekutuan supaya mempercepatkan pembinaan fasa ketiga Lebuh Raya Pantai Timur dari Terengganu ke Tumpat, laluan kedua Kota Bharu Kuala Krai dan pelebaran jalan Gua Musang Kuala Lipis.

Menurutnya pembangunan tersebut begitu penting bagi memastikan segala program yang dirancang di bawah Wilayah Pembangunan Ekonomi Pantai Tumur (ECER) berjalan lancar dan mencapai matlamatnya.

Tambahnya dalam pelan induk ECER, kerajaan pusat telah merancang untuk melaksanakan sebanyak 53 projek utama di Kelantan.

Bagaimanapun baginda mempertikaikan mengapa pelabuhan tidak disenaraikan sebagai salah satu projek infrustruktur di bawah ECER walaupun kerajaan negeri telah meluluskan tiga projek pelabuhan.

"Beta berharap kerajaan pusat boleh memberi kerjasama dan bantuan sepenuhnya bagi menjayakan projek ini kerana ia boleh memberi impak yang besar kepada pembangunan ekonomi Kelantan pada masa akan datang," titah baginda.


Selamat Hari Lahir Buat Tuan Guru Presiden PAS

" Tanggal 20 Oktober 1947, lahirlah seorang pejuang Islam yang bernama Abdul Hadi bin Awang.... Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang akan berumur 61 tahun, Selamat Hari Lahir, buat Tuan Guru..

Semoga Hari ini lebih baik daripada hari semalam..... Semoga Tuan Guru dikurniakan nikmat panjang umur dan bagi meneruskan perjuangan ini.....

Semoga perjuangan Tuan Guru terus berterusan dengan semangat yang membara dengan obor-obor perjuangan Islam yang berpandukan Al-Qur'an dan Al-Sunnah.



Biodata Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang dengan lebih lanjut di [SINI]. "

Semoga Y.B. Dato’ Seri Tuan Guru Presiden
dikurniakan kesihatan dan kekuatan
untuk terus memimpin
Parti Islam Semalaysia (PAS),
dan diberikan kekuatan menghadapi musuh
yang berusaha mengelirukan dan menghalang Islam dan umatnya
berada di puncak.

Kami akan bersama dan berdiri teguh
bersama Y.B. Dato’ Seri Tuan Guru Presiden
dengan kekuatan dan keizinan dari sisiNya...insyaAllah.

ALLAHU AKBAR...!!! ALLAHU AKBAR...!!! ALLAHU AKBAR...!!!



Helikopter - Tu dia..KANTOI lagi..

Eurocopter: BraziL Beli RM83j, Malaysia Beli RM193j

Dalam sidang parlimen 13 Oktober yang lalu, Ketua Oposisi, Dato Seri Anwar Ibrahim mendedahkan kecurigaan besar berkenaan skandal pembelian 12 unit Eurocopter Cougar EC725 yang melibatkan kewangan negara berjumlah RM2.317b. Skandal ini dilapor melibatkan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Najib Tun Razak yang sebelum ini dikaitkan dengan skandal komisen Scorpene dan Sukhoi.

Pendedahan melalui surat yang ditulis oleh Kapten (B) Dato Zahar Hashim selaku Pengerusi Mentari Services turut melaporkan bahawa proses LOI (Letter Of Intent) tidak mengikut prosedur dan keputusan pembelian dibuat tanpa menemui wakil jualan atau mendapat penerbangan ujian terlebih dahulu.

Saya terbaca pula laman Defense Industry Daily yang melaporkan keputusan kerajaan Brazil membeli helikopter tempur jenis sama dengan harga lebih USD1b.

Brazil and France sign an agreement in principle for Eurocopter to build helicopters in the South American country via its subsidiary Helibras. Brazil’s Defense Minister Nelson Jobim reportedly said that the country intended to buy 50 “Super Cougar” models, the first of which would be delivered in 2010. The deal’s value is reportedly around $1.2 billion.

Perkara sama turut dilaporkan oleh The Economics Times

Menurut laporan laman ini, pembelian 50 unit helikopter Multi-Mission ini akan melibatkan jumlah kewangan sebanyak RM 4.14b (USD 1.2b) atau RM82.8 juta bagi setiap unit. Sila bandingkan dengan Malaysia yang membeli 12 helikopter jenis ini dengan harga RM2.317b atau RM 193.08 juta bagi setiap unit.

Perbezaan harga yang diperolehi adalah RM 110.28 juta bagi setiap unit.

Selain itu turut dilaporkan dalam pakej pembelian itu adalah:

Under the agreement in principle, France would transfer technology and help Brazil expand the export capacity of its aviation industry by aiding the assembly of helicopter components such as engines and electrical systems, the statement said. (Sources: India Times)

Sudahlah mendapat harga yang lebih murah, dapat juga bantuan teknikal, pemindahan teknologi dan bantuan dalam pemasangan komponen helikopter.

Memang benar, spesifikasi setiap negara berbeza apabila melibatkan pembelian unit helikopter yang sama. Namun, kalau perbezaan harganya mencecah 233% bagi setiap unit, itu apa namanya?
Semua yang perlu anda tahu mengenai...

* KA = Kamaludin Scomi Abdullah


MBKT Promosi Seks Bebas?

Kuala Terengganu – Sekali imbas pandangan, mungkin tiada apa-apa kerana tidak perasan, namun sekiranya di amati betul-betul, ternyata ia adalah gambar seorang lelaki sedang memeluk dua orang perempuan seksi.
Apa pun tujuan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) memaparkan iklan kecil itu


berbanding papan tanda raksaksa promosi komersial dan propaganda politik, mungkin tidak sampai kepada matlamatnya.

Malahan, sekiranya usaha itu adalah untuk mencegah ‘amalan seks bebas’, sebaliknya akan menjadi penyumbang kepada aktiviti menyeleweng, oleh kerana gambar tersebut tidak membawa apa-apa ‘kegerunan’ langsung.http://buletinonline.net/images/berita12/iklan-2.jpg

Usaha MBKT tersebut adalah umpama ‘melepaskan batuk ditangga’, supaya jangan dikata tidak ada, walaupun hanya diletakkan sekecil itu dan ditempat yang agak tersorok.

Pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) sepatutnya lebih bertanggungjawab dalam soal membanteras mungkar aktiviti seks diluar perkahwinan, samada yang bebas atau yang tidak bebas.

Peningkatan aktiviti tersebut kebelakangan ini amat mengejutkan dimana yang terakhir seorang remaja telah menjadi pembunuh psiko, sanggup merendam bayi yang baru dilahirkannya akibat hubungan luar nikah.

Justeru adalah wajar sekiranya kempen besar-besaran diadakan bagi membendung kegiatan haram tersebut kerana kebanyakkannya melibatkan orang melayu yang berugama Islam.

Ditambah dengan perkembangan terbaru dimana lebih dari lima video klip aksi panas pelajar sekolah yang didedahkan oleh akhbar media perdana, sedang beredar dipasaran.

Menurut rekod, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendaftarkan 70,430 anak luar nikah bagi tempoh lima tahun iaitu daripada 1999 hingga 2003.

Statistik pendaftaran kelahiran anak luar nikah mengikut negeri bagi tahun 1999 hingga 2003 mencatatkan bilangan besar 70,430 orang dengan Selangor seramai 12,836 orang, diikuti Perak (9,788), Kuala Lumpur (9,439), Johor (8,920), Sabah (8,435), Negeri Sembilan (4,108), Pahang (3,677), Kedah (3,496), Pulau Pinang (3,412), Melaka (2,707), Kelantan (1,730), Perlis (691), Sarawak (617) dan Terengganu 574 orang.http://buletinonline.net/images/berita12/amalanseksbebas.jpg


Walaupun bilangan bagi tempoh tersebut adalah kecil untuk negeri Terengganu, namun ia adalah agak membimbangkan kerana seramai berdasarkan jumlah tersebut seramai 115 orang anak luar nikah yang dilahirkan setiap tahun.

Secara perinciannya dalam tempoh tersebut, seramai sekurang-kurangnya 10 pasangan telah melakukan zina/ rogol/ hubungan luar nikah pada setiap bulan.

Kes rogol pula semakin meningkat. Seramai 84 orang yang terlibat dengan jenayah rogol pada 2005, meningkat 47.6% kepada 124 orang pada 2006.




Menitis Air Mata Ku Kerana Bangga Membaca Ucapan TG Hj Abd Hadi Awang di Parlimen

Maha Suci Allah...
Inilah Jalan kita.... Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang telah menunjukkan Jalan Lurus (Sira thalmustaqim) kepada kita semua pemuda dan pemudi ku.


Ucapan selama satu jam yang disampaikan oleh beliau di Parlimen baru-baru ini.
Transkrip penuh Ucapan Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang

Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang [Marang]: Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat, seluruh pegawai kerajaan dan para pemerhati, hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.

Dato' Seri Abdul Hadi Awang, Ahli Parlimen PAS Marang

Dato' Seri Abdul Hadi Awang, Ahli Parlimen PAS Marang

Pertamanya, saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk sama-sama ikut serta dalam perbahasan Belanjawan Bajet Tahun 2009, satu perkara yang penting dan menjadi perhatian di seluruh negara. Insya-Allah saya akan tumpukan kepada perkara prinsip dan konsep serta akan menyebut contoh-contoh yang perlu diberikan perhatian oleh kerajaan dan penekanan supaya pihak kerajaan dapat menunaikan tanggungjawab dengan tepat dan berjaya dan kita sama-sama bertanggungjawab di dalam menunaikan amanah memimpin negara.

Bukan sahaja kerajaan termasuk pembangkang kerana sebarang kesan daripada kegagalan akan menimpa semua. Faedah kejayaan akan dapat kepada semua. Kita tidak dapat menafikan bahawa ketika belanjawan dibentangkan, kita menghadapi situasi krisis ekonomi dunia yang gawat dan menjadi ancaman besar kepada negara walaupun ada pemimpin-pemimpin kerajaan membuat kenyataan seolah-olah kita tidak ada apa-apa kesan kerana ekonomi kita kukuh dan kuat.

Namun demikian, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapannya menyatakan bahawa supaya kita berjaga-jaga kerana akan menerima kesan dan tempiasnya. Ini kerana kita Malaysia berada di dalam dunia, bukan di angkasa lepas. Apa yang berlaku di dalam dunia, kita akan menerima kesan-kesannya kecuali kita sebuah negeri yang duduknya di angkasa lepas.

Negara akan menghadapi cabaran besar apabila bajet dibentangkan dalam suasana krisis ekonomi. Bermula daripada sebab krisis harga minyak dan diikuti dengan krisis kewangan
Keadaan ini sudah tentu mewajibkan kerajaan supaya lebih berhati-hati sama ada dalam mengkaji semula dasar yang lemah dan polisi yang masih dibebani oleh unsur-unsur negatif yang boleh menggagalkan perancangan yang diatur dengan sebegitu rupa.

Kita tidak dapat menafikan walaupun kerajaan tidak bersedia untuk membaiki atau membentang semula bajet ini. Walau apa pun, kerajaan hendaklah bersedia dan menangani masalah-masalah yang akan berlaku. Sudah tentu kita akan membincangkan semula peruntukan-peruntukan tambahan yang akan menjadi bebanan yang besar kepada negara.

Sebenarnya apa yang berlaku ketika menghadapi kesan keruntuhan sistem liberal kapitalisme barat setelah di abad yang lalu kita menyaksikan keruntuhan komunisme yang menghancur leburkan negara besar Soviet Union. Sehingga negara-negara komunis terpaksa melakukan reformasi yang mengubah dasar dan polisi daripada ajaran komunisme yang sebenarnya walaupun selama ini mereka memaksa negara-negara lain supaya mengikut mereka.

Berlakunya peperangan dan pemberontakan yang mengorbankan berjuta-juta manusia termasuk di Negara kita ini pun kerana mahu menegakkan teori komunisme, tiba-tiba ternyata agak meleset.

Hari ini kita melihat tanda-tanda jelas dan besar, kegagalan liberal kapitalisme ditunjukkan oleh sendiri oleh Amerika yang menjadi ‘Ah Long’ kepada dunia yang rakus dan memaksa negara-negara dunia supaya mengikut cara-cara, amalan-amalan dan polisi mereka dan menyerang negara-negara yang tertentu untuk kepentingan ekonomi mereka walaupun mengorbankan ratusan ribu dan berjuta rakyat.

Pada hari ini, kita melihat ‘Ah Long’ gergasi itu sedang menunjukkan tanda-tanda untuk tersungkur. Walau apa pun, kita wajib mengambil iktibar dan pelajaran daripada peristiwa lama
dan baru. Kepada umat Islam yang membaca Al-Quran, Al-Quran memaparkan sejarah kuasakuasa besar dunia yang terdahulu. Punca kejatuhannya ialah kerana kezaliman, kejahatan dan penyelewengan walau bagaimana kaya dan kuat sekalipun kuasa-kuasa besar itu. Kaum Aad, kaum Samud, kaum Luth, kaum Firaun dan kaum-kaum yang lain.

[Membaca sepotong ayat Al-Quran]. “Adakah kamu tidak lihat, tidak faham, tidak mengerti apa yang telah berlaku kepada kaum Aad, kaum Samud, kaum Firaun? Begitulah kaum-kaum yang lain yang hebat tamadunnya. Bangunan-bangunan yang hebat, tinggi mencakar langit, tiang-tiang yang besar menggunakan tiang-tiang balak batu, bukan balak kayu. Semuanya musnah bila berlakunya penyelewengan kejahatan sama ada aqidah, politik, ekonomi, akhlak dan lain-lain”.

Semuanya itu sepatutnya menjadi iktibar kepada kita semua, termasuk kerajaan yang memerintah, kita hendaklah mengambil iktibar daripada apa yang berlaku. Keruntuhan liberal kapitalisme menunjukkan kebebasan yang mencetuskan perlumbaan dan persaingan yang diuaruarkan boleh memajukan ekonomi tetapi mengikut hawa nafsu tanpa batas.

Berlakunya penindasan dan membawa keruntuhan kepada diri sendiri. Di antara aspek penting yang menjadi amalan mereka ialah riba yang menjadi dosa besar di dalam ajaran Islam. Riba ada dua aspek yang menjadi kebanggaan ekonomi barat dan itulah yang meruntuhkan ekonomi itu sebenarnya.

Allah Taala telah menyatakan, “[Membaca sepotong ayat al-Quran]”. “Sesungguhnya orang-orang yang melakukan riba itu, tidaklah mereka bangun daripada kubur mereka bila mereka dibangkitkan, mereka bangun laksana orang gila yang dirasuk oleh syaitan.” Mereka berlagak macam syaitan dalam kehidupan dunia ini, dengan kerakusan untuk mengejar kemajuan ekonomi tanpa mengira orang lain. Mereka berkata riba macam jual beli juga, padahal Allah mengharamkan riba dan menghalalkan jual beli.

Pernah berlaku Bank Bumiputra yang tinggal nama, barang kali generasi yang akan datang akan lupa nama Bank Bumiputera ini. Hilangnya nama Bank Bumiputera dan terpaksa bertongkat dengan bank lain digabung, dihilangkan namanya tidak lain da tidak bukan kerana pinjaman-pinjaman yang berasaskan riba yang dianggap boleh membawa keuntungan, akhirnya terlalu ramai tidak bayar.

Yang pinjam ialah pemimpin-pemimpin, orang-orang kenamaan. Inilah yang berlaku dalam ekonomi Amerika. Didedahkan sejak tahun 60-an lagi. Belanjawan Amerika mengalami defisit yang begitu parah. Pada zaman Johnson 1964 hingga 1968 ialah USD44.8 bilion; zaman Nixon1969 hingga 1974 ialah USD70 bilion; zaman Ford USD1.79 bilion; zaman Carter USD226.9 bilion; zaman Regan USD1.3 trilion; zaman Bush, USD 1.4 trilion; dan selepasnya 3.7
trilion; dan trilion, trilion lagi.

Kerajaan boleh menyediakan wang dengan banyak trilion, kalau tak cukup pinjam dengan bank. Bukan sahaja kerajaan pinjam, tokoh-tokoh kerajaan pun pinjam, kroni-kroni dia pinjam, akhirnya kewangan menjadi merudum. Ini yang berlaku, yang kita perlu mengambil iktibar.

Oleh kerana itu, saya mengalu-alukan pihak kerajaan yang meneruskan usaha perbankan Islam dan muamalah Islam tetapi ianya hendaklah dilakukan dengan cara yang bersungguhsungguh, menggalakkan mudarabah, qirat, Al- QardhulHasan pinjaman yang ada faedahnya tetapi bertimbang rasa antara peminjam dan yang memberi pinjam.

Keuntungan sama-sama adil, kerugian sama-sama ditanggung. Biar ada tanggungjawab dan semangat tanggungjawab ini melahirkan hasil kerja yang bertanggungjawab dan tidak melepas tangan yang boleh memajukan perjalanan kewangan dan memajukan muamalah itu sendiri. Ini hikmah daripada amalan Islam. Saya berbalik kepada belanjawan yang dikemukakan dalam merealisasikan Bajet 2009 kerajaan jangan lupa teras Rancangan Malaysia Kesembilan.

Walaupun terdapat konsep penekanan yang sama dalam bajet 2009 ini dengan 2008 pembasmian kemiskinan, peningkatan taraf hidup rakyat, kesaksamaan sosioekonomi dan modal insan.

Menunjukkan bahawa semua konsep ini masih belum berjaya yang perlu diteruskan dalam pembasmian kemiskinan jangan hanya mengemukakan peruntukan-peruntukan jangka pendek dan saya lihat seolah-olah pembentangannya adalah secara jangka pendek sahaja, tidak melihat jangka panjang. Saya minta…pepatah yang ‘mengatakan lebih baik bagi pancing daripada bagi ikan’ kalau bagi ikan lepas habis ikan dia minta ikan lagi, bagi pancing dia boleh cari ikan sendiri lepas itu.

Dalam menangani masalah kemiskinan kerajaan jangan hanya menyediakan data jumlah kemiskinan yang diminta dalam Dewan di akhir tahun. Sediakan wang dahulu lepas itu baru cari kemiskinan. Kadang-kadang sumbangan yang diberi tersasar, tidak sampai ke matlamat orang-orang miskin itu sendiri. Kerajaan mesti membuat kajian yang terperinci berapa jumlah orang miskin yang dapat dipulihkan, berapa jumlah orang miskin yang tidak ada harapan untuk dipulihkan, Orang kurang upaya, orang cacat ada harapan untuk dipulihkan berapa jumlah.

Jangan semuanya tak dapat dipulihkan, sepanjang masa boleh subsidi, seolah-olah kita mahu orang ini wujud supaya senang dapat undi dalam masa pilihan raya, ini tidak bertanggungjawab…

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [Padang Terap]: [Bangun]
Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang [Marang]: Kita mesti menunaikan tanggungjawab, mesti ada angka berapa ramai yang boleh dipulihkan…

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [Padang Terap]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Marang. Adakah Yang Berhormat Marang bersetuju kalau disebut tentang mentaliti subsidi sejak daripada 50 tahun BN memerintah menyebabkan kemiskinan bertambah teruk terutamanya. Bukan sahaja berlaku di Sabah dan Sarawak tetapi di peringkat negeri Kedah di Padang Terap, Sik, Baling ini semua apa yang kita lihat mentaliti yang mahukan subsidi menyebabkan mereka terus miskin. Adakah Yang Berhormat Marang bersetuju?

Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang [Marang]: Saya bersetuju dengan huraian-huraian. Ada mereka yang mesti diberi subsidi sepanjang masa, yang tidak ada harapan untuk dipulihkan, Orang kurang upaya, ibu tunggal, yang tidak ada tempat bergantungan, yang sudah tua, dan lain-lain. Dalam keadaan-keadaan darurat ketika menghadapi inflasi, mereka yang tinggal di kawasan-kawasan bandar, setinggan, yang miskin ada insentif daripada kerajaan sementara waktu bukan selama-lama dan ada yang selama-lama dan mestilah diperincikan.

Dalam masa yang sama kita mesti ada angka berapa orang miskin yang sudah dibebaskan, tidak perlu lagi bantuan. Kadang-kadang yang sudah dibebaskan juga ada buat bantuan, dan bantuan ini menjadi masalah. Kalau bagi duit hari raya, datang dengan kereta letak jauh-jauh. Ini berlaku di kawasan saya, di negeri Terengganu, di negeri lain pun ada berlaku macam ini. Oleh kerana itu, mesti terperinci jumlah ini baru diperuntukkan dulu baru cari.

Mereka yang menjadi sasaran ini ialah petani, nelayan, buruh, penganggur dan berlakunya ketirisan dalam menyampaikan bantuan-bantuan ini. Seperti yang saya sebut tadi bantuan yang diberi kepada yang tidak berhak, penyalahgunaan bantuan, contohnya subsidi diesel, petrol yang diberi baru-baru ini bukan dapat kepada nelayan tetapi lintah-lintah darat, tauke-tauke, jual di laut, nelayan menjadi pekerja untuk menjual diesel yang dijual di laut, ini berlaku. Walaupun ada tindakan-tindakan tetapi amalan ini berterusan, dalam masa yang sama kerajaan mesti mendidik masyarakat untuk membantu.

Bukan sahaja menjadi tanggungjawab kerajaan, kalangan-kalangan swasta mesti dilibatkan dalam membantu menangani masalah kemiskinan. Cuba menjadi tanggungjawab bersama, tanggungjawab sosial, tanggungjawab masyarakat.

Kerajaan jangan hanya memberi kontrak, memberi projek, memberi itu sahaja tetapi galakan-galakan kepada mereka yang melakukan kerja-kerja kebajikan, yang berjaya dalam projeknya, yang berjaya dalam khidmat kepada masyarakat.

Yang kedua, penekanan dalam peningkatan taraf hidup rakyat dan kuasa beli. Kita dilanda oleh keadaan inflasi yang begitu rupa. Kita melihat negara lain, negara Barat, Singapura yang dekat dengan kita walaupun berlaku inflasi tetapi kadar gaji yang sekurang-kurangnya boleh menghadapi masalah kehidupan. Apa yang berlaku di negara kita ini, kadang-kadang pendapatan tidak mencukupi. Ini melahirkan gejala-gejala sosial.

Kerajaan mesti bersungguh dalam menangani masalah ini dan mesti melihat supaya gaji kakitangan rendah, buruh dan sebagainya supaya pendapatan di kalangan orang miskin dipastikan mampu sara hidup. Saya faham mungkin ada perbezaan di antara kawasan Bandar seperti Kuala Lumpur dengan bandar yang jauh.

Kerajaan boleh memberi insentif, memberi sumbangan untuk mereka yang dihimpit oleh kawasan-kawasan yang tertentu dan kerajaan mesti membuat kajian dalam sistem gaji dengan cara yang tepat bukan dengan cara yang tidak tepat supaya hilangnya masalah taraf hidup yang tidak seimbang dengan inflasi.

Masalah pengangguran, walaupun di sana ada program modal insan untuk melahirkan tenaga mahir di kalangan terpelajar tetapi berlakunya pengangguran. Pengangguran ini berlaku sama ada tidak ada peluang pekerjaan ataupun tidak ada semangat, semangat tidak ada. Keduadua aspek ini hendaklah diberi perhatian, yang tidak ada peluang pekerjaan mesti diberi peluang pekerjaan, mewujudkan suasana yang memberi peluang pekerjaan, yang tidak ada semangat dipulihkan semangatnya termasuklah penjenayah, penagih dadah.

Saya mencadangkan supaya mereka bukan sahaja dihukum dengan hukuman sebegitu rupa sahaja. Penagih dadah, penjenayah ini dihukum dan dididik dengan pekerjaan-pekerjaan ataupun dalam masa mereka dihukum memberi hasil dan sumbangan kepada negara.

Masalah pekerja asing hendaklah dengan cara yang sistematik jangan dengan cara yang tidak teratur. Kerana cara yang tidak teratur, kedatangan pekerja asing yang tidak perlu yang menyebabkan hilangnya pekerjaan kepada rakyat. Kadang-kadang kerana adanya kalangan yang melihat upah yang murah, kerana mahu upah yang murah keuntungan yang besar ambil pekerja asing tanpa mengambil kira penduduk tempatan sendiri.

Jangan kita jadi seperti kera di hutan disusukan, anak diriba dilemparkan. Kerajaan mesti mengambil perhatian juga, begitu juga pekerja asing yang membawa gejala social hendaklah ditapis dengan sebaik-baiknya dan yang ketiga dalam konteks belanjawan ini ialah kesaksamaan sosioekonomi.

Kita jangan terus-menerus dengan sistem yang diamalkan di zaman penjajahan dahulu. Negeri-negeri di Pantai Timur sebagai contoh diabaikan. Negeri-negeri di Malaysia Timur diabaikan. Banyak industri, pembangunan-pembangunan yang memberi pulangan yang lumayan, yang mengukuhkan ekonomi di negeri Pantai Barat, kemudahan-kemudahan pelabuhan dan lainlain Pantai Timur dan Malaysia Timur ditinggalkan.

Kita melihat sendiri bagaimana amalan projek-projek hanya digalakkan dalam masa pilihan raya. Apabila ada pilihan raya kecil berebut-rebut hendak buat jalan. Kadang-kadang rakyat bercita-cita supaya wakil rakyat itu mati cepat apabila dapat projek. Ini malang, dia tidak bertanggungjawab.

Di Malaysia Timur, di Sabah, di Sarawak saya melawat beberapa kali. Walaupun kita telah mencapai kemerdekaan 50 tahun, Malaysia Timur hampir 50 tahun, masih banyak kawasan yang tidak ada infrastruktur. Melalui sungai tidak ada jalan raya, tunjuk muka apabila ada pilihanraya, selepas pilihan raya dilupakan. Apa yang berlaku adalah aktif di dalam menebang balakbalak sahaja, mengambil hasil bumi sahaja tetapi rakyat dibiarkan.

Penduduk-penduduk asli, jangan jadikan penduduk asli ini barang warisan untuk dipelihara selama-lamanya. Seolah-olah kita bangga menjadi barang warisan. Orang Iban, orang Kadazan, orang yang asal duduk di kawasan ini, biar pelancong datang tengok. Kita mesti ada tanggungjawab, memasyarakatkan mereka, majukan mereka, jangan dibiarkan begitu.

Dalam menangani masalah pengagihan pendapatan ini kita tidak menafikan kaum bumiputera adalah majoriti kalangan miskin, oleh kerana itu mereka diutamakan di peringkat ini. Kaum bumiputera dengan jumlah yang besar tetapi dalam masa yang sama kita tidak boleh mengabaikan kaum yang lain, yang juga menjadi sebahagian daripada kita, rakyat negeri ini.

Kaum Cina yang tinggal di kampung-kampung baru, kaum India di estet, mereka adalah rakyat kita, jangan duduk berbalah siapa yang asal duduk di sini dahulu, hilangkan perbalahan itu. Kita hendaklah menerima hakikat, ini semua adalah rakyat negara kita… [Tepuk] Jangan duduk bertengkar. Kita terima hakikat ini. Ini cara kesaksamaan sosioekonomi yang perlu dilaksanakan.

Mengeratkan perhubungan kaum, mewujudkan perpaduan rakyat, hendak menyatukan manusia bukan macam hendak menyatukan batu bata, bangunan rumah. Manusia bukan batu, manusia bukan kayu. Manusia ada perasaan, ada hati nurani. Hendak menyatukan mereka bukan diambil kira isi perut termasuklah isi hati dan perasaan, bukan perlu dilayan perut dan kemahuan perut sahaja. Perasaan hati juga dengan keadilan yang sebenarnya, ini yang menyatukan rakyat… [Tepuk]

Modal insan, insan adalah manusia. Manusia mempunyai naluri dan fitrah yang tersendiri. Untuk membangun manusia mestilah membangun fitrahnya, membangun sifat-sifat semula jadinya. Manusia ada roh, manusia ada jasad, manusia ada perasaan individualistik, manusia hidup bermasyarakat. Islam memberi perhatian kepada semua aspek ini. Islam berbeza dengan ajaran yang lain, yang memberi penekanan kepuasan jasad sahaja.

Ada yang memberi penekanan kepuasan roh sahaja tanpa mengira jasad, hendak menjadikan manusia macam malaikat. Ada yang memelihara kepentingan masyarakat sehingga menghapuskan hak-hak individu macam komunisme. Ada yang memelihara kepentingan individu tanpa masyarakat. Aspek-aspek kemanusiaan ini perlu diambil kira dalam semuanya dalam membangun modal insan.

Bukan sahaja dibangunkan kesihatannya, mesti dibangunkan akalnya dengan ilmu, ilmu pengetahuan mematangkan akal dan ilmu pengetahuan yang memahirkan kehidupan diri. Dalam masa yang sama, ilmu yang membuahkan akhlak yang mulia, ilmu yang melahirkan semangat patriotik. Ini perlu diambil kira atau kita hanya memberi penekanan dalam ilmu-ilmu pengetahuan akal sahaja, tanpa akhlak dan tanpa semangat patriotik, manakan mendatangkan hasil yang sebenarnya.

Walaupun ramai mereka yang lulus universiti, tapi ramai yang menunggu kerja kerajaan sahaja, tak sanggup nak bekerja sendiri. Yang bekerja, menyeleweng pula, jadi penipu. Cerdik tak boleh tumpang, bodoh tak boleh harap. Ini berlaku dalam masyarakat, mendidik akhlaknya tahu dosa dan pahala, kena dan sabar, adil dan zalim, jangan kita didik rakyat menjadi rakyat, menjadi rakyat mengukur benda yang salah, yang diukur siapa bagi duit?

Sehingga minda kita nak berpolitik pun dipengaruhi politik wang, bukan politik memilih siapa yang layak. Dalam pilihan raya pun sama, memilih pemimpin yang dapat bagi wang, bagi benda, bukan pemimpin yang bertanggung jawab. Ini kerana kita tidak mendidik manusia membangun manusia dengan akhlak. Dengan ilmu saja tidak boleh, mesti dengan akhlaknya. Dengan semangat patriotik, sangat malang, kita mengajar anak-anak kita seolah-olah wira kita hanya tahun 1946.

Padahal kita menentang penjajah sejak kedatangan Portugis dan Belanda. Di mana pejuang-pejuang kemerdekaan yang menentang penjajah sejak zaman itu hilang, seolah-olah keperkasaan kita, hanya tahun 1946 selepas mencapai kemerdekaan dihilangkan.

Sejarah-sejarah silam yang sepatutnya membangkitkan semangat, dalam menangani modal insan ini, melahirkan semangat patriotisme. Kita belum belajar dari Jepun yang ranap dalam perang dunia yang kedua. Jerman yang roboh dalam perang dunia kedua bangkit menjadi kuasa besar ekonomi dan politik.

Taiwan, China bangkit dengan cara mereka sendiri, di samping mereka mendidik rakyat dengan ilmu dan semangat, untuk menimba ilmu dari mana sahaja datangnya. Ini kerana di nyatakan oleh Nabi s.a.w… [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Kebijaksanaan adalah barang tercicir kepunyaan orang yang beriman” di mana saja dia jumpa, dia mesti ambil. Tamadun Islam, belajar dulu Tamadun Cina, Tamadun India, Tamadun Rom, Tamadun Parsi, Tamadun Mesir, diambil semua yang menjadi manfaat, diterjemahkan dalam bahasa Arab. Untuk mempelajari tamadun lain dengan bahasa masing-masing, untuk membanyakkan tenaga mahir yang melahirkan tamadun bangsa itu mestilah bangsa ibunda sendiri.

Jepun meramaikan manusia-manusia yang di bangun yang dibina dengan bahasa Jepun. Taiwan dengan bahasa Cina, kita belajar Taiwan dengan kemajuan dia, bukan dengan bertumbuk dalam Parlimen. China bangkit dengan bahasa Cina, dia nak pergi luar, dia belajar dengan bahasa Inggeris, bahasa Perancis. Begitu juga negara kita, mestilah kita memperkasakan bahasa kebangsaan supaya menjadi bahasa ilmu, bahasa ibunda. Jangan dihalang belajar bahasa ibunda masing-masing. Ini kerana masing-masing bangsa ada bahasa dia sendiri, dia selesa dengan bahasa dia,dan kita telah berjaya menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa perantaraan.

Akhir-akhir ini saya melihat bahasa kebangsaan tidak diperkasakan, dilekehkan. Kita lihat bagaimana pemimpin Jepun buat perjanjian dengan bahasa Jepun terjemah dengan bahasa lain, kalau silap, mesti balik dengan bahasa asal dia. Dia boleh kelentong ikut bahasa dia. Inggeris dengan bahasa Inggeris, Perancis dengan bahasa Perancis. Kita dengan bahasa orang, orang kelentong kita, ini yang berlaku. Tidak menjadi salah kita banyak belajar bahasa asing, tapi dalam masa yang sama nak memperkasakan bangsa kita sendiri mestilah dengan bahasa kita sendiri.

Dalam memantapkan ekonomi rakyat dan negara, pembangunan sektor sokongan dan pembangunan industri logistik amat penting. Kita melihat sebagai contoh, saya orang kampung, melihat sendiri bagaimana petani nak bertanam, menghadapi masalah harga baja yang mahal. Penternak nak pelihara binatang, harga makanan binatang ternakan mahal.

Orang yang tinggal di Pantai Timur sebagai contoh, terpaksa beli dari Johor, dari Pantai Barat. Mengapa tidak dibina di Pantai Timur, di Malaysia timur, dibanyakkan? Begitulah juga kemudahan dalam bangunan kilang besi, kilang simen, teknologi macam PERWAJA yang dah
diambil tindakan, dah meninggal dunia, tak tahulah apa jadi. Kita mahu kilang besi, kilang simen yang benar-benar memberi kemudahan kepada industri-industri yang lain untuk memantapkan
ekonomi kita.

Industri Kecil Sederhana atau IKS perlunya ada sokongan dan hiliran. Kerajaan perlu mempelajari lebih kesilapan-kesilapan yang lalu. Sebagi contoh, rakyat digalakkan menceburi industri pertanian di pasarannya tidak mencukupi menyebabkan berhenti di tengah jalan. Di Pantai Timur, sebagai contoh pertanian industri rozel ditanam begitu banyak, oleh sebab pasarannya tidak ada, akhirnya petani menjadi mangsa, pengusaha kecil menjadi mangsa.

Saya harap yang kena ini juga jangan jadi begitu, saya dah beri peringatan dalam ucapan saya yang lalu. Mestilah projek hilirannya, pasarannya disusun dengan baik, dengan bertanggung jawab dengan berjaya, dan kerajaan wajib memanfaatkan semua hasil bumi. Kurnia Allah SWT, Allah SWT bagi kita sumber hasil bumi yang banyak, sumber petroleum, sebagai contoh, dengan Petronas hendaklah ditingkatkan dan dilaksanakan dengan betul. Sumber hasil galian ini dipelihara dengan sebaik-baiknya dengan cara yang ekonomik, jangan rakus dengan mengeluarkan dengan sebanyak-banyak, mesti ada simpanan kita dengan sebaiknya.

Dalam masa yang sama, hasil daripada itu hendaklah diagih kepada program-program yang lain yang akan membantu negara bila sumber ini tidak ada lagi.

Saya menghargai Petronas melaksanakan projek-projek sehingga peringkat antarabangsa hingga di luar negara. Akan tetapi mestilah berhati-hati, saya dapat satu berita ada projek di Mauritania. Satu kompeni dibeli oleh Petronas, saya tak tahu betul ke salah, biar kerajaan jawab. Dikatakan kompeni ini sakit, tenat, kita beli yang tenat ini, orang lain tidak mahu beli. Walaupun penasihat-penasihat yang pakar dalam Petronas menasihatkan jangan beli, tapi yang lebih atas, suruh beli juga. Mungkin ada lagi tempat-tempat lain, kita tak mahu hal-hal seperti ini berlaku. Komoditi, pertanian, penternakan hendaklah ditingkatkan dengan cara sebaikbaik.

Kita mempunyai tanah yang luas terutama dalam menghadapi krisis makanan, hendaklah diselaraskan dengan Dasar Jaminan Makanan Negara dengan bergantung import. Kita melihat negara-negara mahu dalam dunia, negara industri besar, mereka memberi perhatian kepada makanan yang cukup. Di Amerika, di England, Jerman, di Perancis, kalau kita melawat di sana, kita melihat sendiri mereka mempunyai sumber-sumber pertanian yang cukup untuk sara hidup negeri mereka sendiri sekiranya berlaku apa-apa hal, berlaku apa-apa perkara darurat.

Saya pernah menyebut perkara ini dalam Dewan ini dalam tahun 90-an tetapi Menteri Pertanian di masa itu mengatakan tidak ekonomik. Lebih baik kita beli daripada luar, import. Lebih baik kita buat program pertanian di luar, bawa balik ke negara kita. Dipandang lekeh begitu saja.

Hari ini baru tahu bila kita menghadapi krisis makanan. Tak apalah, kita boleh perbetul balik dalam perkara ini. Jepun sebagai contoh, memberi subsidi 99% kepada petani. Kerajaan sanggup menghabiskan wang untuk menyediakan jaminan makanan negara. Ini sebagai satu contoh. Tanah di negara kita luas, tanah terbiar masih banyak. Dalam masa yang sama untuk menghadapi krisis ekonomi, diharap kerajaan supaya mengalih pergantungan kepada dunia Barat.

Alihkan pergantungan kita kepada tolong-menolong di kalangan sesama sendiri, di kalangan negara Islam dan negara serantau. Sudah tiba masanya kita menamatkan pergantungan dalam tukaran antarabangsa kita dengan dolar. Patutnya negara yang sedang membangun, negara serantau dan negara Islam ada asas sendiri. Mata wang sendiri menjadi pergantungan kepada mereka supaya kita tidak terikut-ikut dengan gejala ekonomi yang berlaku pada kuasa-kuasa yang lain.

Seterusnya saya ingin menarik perhatian, semua perkara-perkara ini dapat dilaksanakan dengan jaya sekiranya kita dapat membangun insan dalam erti kata yang sebenar. Dengan caracara yang saya sebut yang kita mengubati penyakit-penyakit yang sedang berlaku dalam diri kita.

Di antaranya ialah krisis keyakinan, kita sedang menghadapi krisis keyakinan dalam diri kita sendiri. Tak percaya pada diri kita sendiri, tak percaya pada kekuatan dan sumber yang ada pada kita sendiri. Krisis keyakinan perlu diselesaikan.

Maka pendidikan, pelajaran, penerangan perlu memainkan peranan dalam mengubati krisis keyakinan ini. Di antara yang menimbulkan krisis keyakinan ialah tidak percaya kepada pentadbiran kerana banyaknya rasuah, tidak percaya kepada badan kehakiman kerana berlakunya kelakuan-kelakuan tidak senonoh, tak percaya kepada BPR kerana tindakan-tindakan yang tidak berkesan yang tidak boleh mengatasi masalah rasuah. Sepatutnya kadar rasuah makin kurang tapi makin bertambah. Ini semua menghilangkan keyakinan.

SUHAKAM dalam Laporan SUHAKAM supaya kerajaan melakukan reformasi terhadap kehakiman, BPR, media, SPR, undang-undang yang dianggap tidak sesuai seperti ISA, undang-undang pada zaman penjajah kita masih amal lagi. Ini perlu diubah, dipinda pada undang-undang yang adil, yang baik.

Undang-undang hukum gantung sampai mati. Baru-baru ini di peringkat antarabangsa golongan hak asasi manusia menimbulkan hukuman gantung sampai mati, ini hukuman zaman kuno. Masih diamalkan. Undang-undang yang seperti ini hendaklah dihapuskan, ditukar pada yang lain. Bukan tak ada undang-undang langsung. Bukan bermakna kita minta hapuskan ISA bermakna tak ada undang-undang, ada undang-undang.

Buat undang-undang yang lain, yang baik, yang adil, yang sesuai dengan perkembangan masa, yang sesuai dengan kita sudah merdeka. Undang-undang yang menimbulkan rasa tanggungjawab yang tidak menghilangkan kasih sayang antara kerajaan dan rakyat, antara satu sama lain… [Tepuk]

Saya yakin dan percaya sekiranya kita sedia untuk membuat perubahan-perubahan ini, kita berada di negara yang selamat. Kalau kita masih lagi berkeras, tak mahu mengakui kesilapan, kesalahan, tak sanggup nak kembali ke pangkal jalan, maka kita akan menerima akibat malang di samping saya menerima hakikat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri nak mengundurkan diri. Saya berharap Perdana Menteri akan dapat melaksanakan ikrar sebelum berundur. Nak memulihkan kehakiman, nak memulihkan BPR, nak memulihkan banyak perkara lagi.

Mudah-mudahan beliau meninggalkan peninggalan yang baik sebelum mengundurkan diri dan kita sokong sekiranya Perdana Menteri ingin buat perubahan yang sungguh-sungguh… [Tepuk] untuk menyelamatkan negara. Saya rasa itulah ucapan saya. Sekian, terima kasih.




ROBOH RUMAH, 200 AHLI UMNO SERTAI PAS DI MASAI


JOHOR BAHRU, 19 Okt -Tidak puas hati dengan layanan dan sikap diskriminasi Umno yang berkuasa lebih 50 tahun, pagi tadi beratus ahli Umno telah istihar keluar daripada parti itu dan sertai PAS

Kira-kira 200 daripada 500 ahli Umno termasuk lapan ahli jawatankuasa cawangan Umno Kampung Baru Plentong Tengah, Masai telah mengisytiharkan keluar daripada parti itu dan menyertai PAS pagi tadi.

Mantan Ketua Pemuda Cawangan Umno kampung tersebut, Mohd Daud Mohd Isa telah menyerahkan borang keahlian kepada Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada satu pertemuan yang diadakan di kampung tersebut pagi tadi.

Tindakan tersebut tercetus, ekoran insiden perobohan rumah penduduk pada 16 Oktober lalu yang tidak mendapat simpati daripada Umno.

Sementara itu, Ketua Cawangan Umno yang sama, Sahari Mohd Sham telah serah memorandum kepada Presiden PAS untuk membawa isu perobohan rumah tersebut ke parlimen.


Apakah Pak Lah Bakal Sertai Pakatan Rakyat

Mungkin atas desakan, Pak Lah akan melakukan apa sahaja. Melihat kedudukannya itu dan juga pengaruh Khairy yang sudah semakin terpinggir dikalangan pemuda , sudah pasti Pak Lah akan bertindak. Jika tidak beliau sudah pasti akan ditertawakan oleh Mahathir suatu hari nanti. Jika 5 tahun Mahathir terhina dan dipinggirkan, mungkin Pak Lah akan lebih lama dari itu. Tambahan pula Mukhriz, anak Mahathir dijangkan lebih berpeluang menjadi nombor satu selepas ini daripada Khairy. Jika ini berlaku, Pak Lah pasti akan lebih lelah dibuatnya. Maka mahu tidak mahu, jalan terbaik ialah Pak Lah berkompromi dengan Pakatan Rakyat bagi menggagalkan usaha "Team Mahathir" itu.

Mungkinkah Pak Lah bersedia untuk bersama Anwar membentuk kerajaan perpaduan seperti yang diperkatakan oleh Ku Li baru-baru ini. Jika ini berlaku, pasti Ku Li juga akan bersama Pak Lah sertai Pakatan Rakyat membentuk kerajaan Perpaduan. Maka Mahathir-Najib pula yang akan "kempunan". Apapun, sama-samalah kita berdoa agar mereka ini akan dibukakan hati dan diberikan petunjuk oleh Allah SWT agar kembali ke pangkal jalan. Sejarah tercipta bahawa Pak Lah sebenarnya adalah anak salah seorang ulamak terkenal di negara kita bahkan dirantau ini. Justeru itu rakyat tidak hairan jika Pak Lah tiba-tiba memakai serban dan menyertai perjuangan PAS dalam usaha menegakkan syiar Islam yang diperjuangankan oleh nenek moyangnya dulu. Status sebagai "Cucu Ulamak" tersohor bakal memungkinkan ke arah itu.

Siapa tidak kenal Syeikh Abdulllah Fahim seorang ulamak yang begitu pakar dalam ilmu Falak. Di antara anak Syeikh Abdullah Fahim ialah Datuk Haji Ahmad Badawi. Beliau adalah seorang alim yang bertanggungjawab menangani sekolah agama yang didirikan oleh ayahnya. Di antara anak Datuk Haji Ahmad Badawi pula ialah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi iaitu Pak Lah yang secara rasmi dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia pada hari Jumaat, 31 Oktober 2003 Masihi bersamaan 5 Ramadan 1424 Hijrah. (Baca tentang Syeikh Abdullah Fahim disini). Berlinangan airmata tatkala membaca sejarah keturunan Pak Lah ini. Maka itu semoga beliau diberikan taufik dan hidayah untuk melihat kebenaran dan tidak dibutakan hati lagi dengan hanya untuk melihat kekuasan sebagai matlamat perjuangannya.



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .