Ikuti Blog ini

Eksklusif: Zahid Hamidi Selar Raja Petra Pertikai Prosedur Tahanan ISA Tidak Dibenarkan Solat !!



PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zahid Hamidi hari ini menyelar tindakan bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Raja Petra yang mempertikaikan prosedur ISA yang tidak membenarkan tahanan mengerjakan solat Jumaat. "Solat Jumaat memang tidak diizinkan pada tahanan ISA. Jangan bagi alasan untuk mempertikaikannya. "Saya bukan nak tuduh tapi saya nak tanya, berapa kali dia (Raja Petra) sembahyang Jumaat selama ini," katanya pada sidang media ketika melawat ke Institut Penyelidikan Produk Halal di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, hari ini. Zahid yang enggan mengulas lanjut berhubung hal itu bagaimanapun berkata, Raja Petra tidak sepatutnya mencabar aspek agama Islam yang telah ditetapkan itu. "Setakat mana pegangan agama Islam dia? Sedangkan dalam blognya, dia ada juga menghentam tentang Islam," kata Zahid.

Ditanya mengenai dakwaan Raja Petra mengenai ceramah seorang ustaz dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang dikatakan menghentam agama lain dan kitab-kitab suci mereka, Zahid hanya berkata: "Saya tidak tengok. Itu dia (Raja Petra) yang kata. "Saya tak pernah duduk dalam ISA dan saya tak tahu," katanya. Semalam, Raja Petra yang pernah ditahan di bawah ISA selama 52 hari sebelum ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul terhadap pusat tahanan ISA di Kamunting kerana tidak membenarkan beliau menunaikan solat Jumaat. Beliau juga membuat laporan terhadap Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana dikatakan menghina agama-agama lain. Beliau membuat laporan tersebut setelah menolak untuk memberi kenyataan lain berhubung dakwaan Jakim yang mengatakan beliau menghina orang Melayu, agama dan orang Islam.

[Nampaknya kini puak-puak UMNO dan kerajaan terkena pula dengan permainan Raja Petra. Apa tidaknya, jika dulu beliau dituduh menghina Islam dan Nabi Muhammad, kini beliau pula membuat laporan polis tentang perkara solat tersebut. Memang jahat dan zalim ISA, kerana mengharamkan tahanan bersolat!! Ini bermakna Zahid Hamidi juga turut bersubahat, hingga sanggup mepertahankan akta zalim itu dengan mengatakan ianya adalah prosedur. Itu bukan prosedur namanya!! Itu menghina agama. Justeru itu Zahid Hamidi harus didakwa menghina agama pula kali ini. Inilah namanya "buku bertemu dengan ruas". Zahid tidak perlu pertikaikan keislaman Raja Petra, apatah lagi berapa kali beliau mengerjakan solat Jumaat. Jika begitu Raja Petra juga boleh mempertikaikan berapa kalai Zahid Hamidi solat Jumaat. Tambahan pula Zahid dikatakan pernah membelasah seorang ahli kelab motosikalnya, hanya kerana gara-gara anak muda itu dikata bercinta dengan anak gadis menteri itu. Apakah begini sikap seorang Menteri yang dikatakan menjaga hal ehwal agama Islam dalam negara Malaysia Hadhari ini?].


BAWA KES KE MAHKAMAH, KENA PECAT?



Ahli jawatankuasa Umno bahagian Tanah Merah, Abdul Rahman Ibrahim telah dipecat daripada Umno ekoran tindakannya mengemukakan saman pemula dan mendapat perintah Mahkamah Tinggi Kota Bharu bagi menghalang 32 ahli termasuk bekas Ketua Pemuda, Ikmal Hisham Abdul Aziz menghadiri mesyuarat bahagian tersebut.

Beliau mendapatkan perintah itu pada 4 November lalu yang berkuatkuasa sehingga esok.

Menurut surat dari ibupejabat Umno yang bertarikh 18 November, pemecatan Abdul Rahman berkuatkuasa pada 4 November lalu.

Surat tersebut ditandatangani oleh Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Ia antara lain menyebut, mesyuarat jawatankuasa pengurusa Majlis Tertinggi Umno yang bersidang kelmarin memutuskan keahlian Abdul Rahman gugur berkuatkuasa 4 November mengikut Fasal 20.7 Perlembagaan Umno kerana membawa perkara parti ke mahkamah.

Ketika dihubungi petang ini, Abdul Rahman mengesahkan beliau menerima surat tersebut semalam.

Menurut beliau, Mahkamah Tinggi Kota Bharu akan mendengar kes tersebut esok.

Sebelum ini, beliau juga telah menerima surat tunjuk sebab bertarikh 12 November dari ibupejabat Umno berhubung tindakannya mendapatkan perintah mahkamah tersebut.

Surat tersebut, yang ditandatangani oleh Setiausaha Kerja Umno, Datuk Husainay Hashim, meminta Abdul Rahman memberi sebab-sebab mengapa tindakan tidak boleh diambil terhadapnya ekoran tindakannya itu.

Beliau diberi tempoh seminggu untuk memberi jawapan.



AHLI PARLIMEN BN BELANJA RM1 JUTA UNTUK ACARA PERAYAAN

KUALA LUMPUR: Sepuluh anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) menggunakan hampir RM1 juta bagi membiayai penganjuran pelbagai acara perayaan termasuk rumah terbuka di kawasan mereka sepanjang tahun lepas.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Johari Baharum berkata mereka adalah antara 196 anggota Parlimen BN yang menggunakan peruntukan khas bagi membiayai penganjuran acara sambutan perayaan seperti bulan Ramadan, Hari Raya Aidilfitri/Aidiladha, Tahun Baru Cina, Deepavali, Gawai, Pesta Keamatan, Krismas, Wesak, Hari Kebangsaan dan sebagainya.

“Perbelanjaan itu meliputi kos penyediaan makan minum, sewaan khemah dan peralatan, pemberian sumbangan kepada golongan fakir miskin, bantuan kepada anak yatim serta golongan kurang upaya dan pembekalan perkhidmatan yang berkaitan dengannya,” katanya dalam jawapan bertulis pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Tan Kok Wai (DAP-Cheras)mengenai bilangan dan jumlah perbelanjaan program keraian yang dianjur anggota Parlimen BN yang disalur menerusi peruntukan khas bagi 2007 dan 10 kawasan Parlimen yang tertinggi berbelanja.

Mohd Johari berkata daripada 10 kawasan itu, tiga kawasan Parlimen di Terengganu paling banyak menganjurkan acara perayaan didahului Kuala Terengganu yang menganjurkan 304 acara dan membelanjakan sejumlah RM917,588.00.

Kawasan Parlimen Kuala Nerus pula menganjurkan 248 acara dengan kos RM946,115.30 manakala Marang menganjurkan 186 program dengan kos RM914,250.00, katanya.

Kawasan lain yang turut menggunakan peruntukan itu ialah Tenom (58 program, RM988,475), Dungun (87 program, RM977,000.00), Putatan (86 program, RM971,000), Tawau (66 program, RM948,575), Silam (40 program, RM946,420.00), Sepanggar (54 program, RM918,480.00) dan Parit (37 program, RM916,407.50).


DISKAUN 10% PLUS MENIMBULKAN TANDA TANYA



Pada awalnya rakyat Malaysia khususnya pengguna yang sering menggunakan lebuhraya PLUS menarik nafas lega apabila ura-ura pemilik konsesi lebuhraya itu bercadang menurunkan kadar tol.

Namun, apabila kadar baru tol itu ( diskaun) selama setahun mulai tahun depan bermula 1 Januari 2009 ramai yang merasa pelik dan tertanya-tanya dengan langkah PLUS yang dianggap tidak praktikal.

Dalam hal ini,PLUS seolah-olah bersandiwara dalam membantu mengurangkan beban pengguna lebuhraya berkenaan. Saya tidak nafikan, ia menggurangkan sedikit beban tetapi berapa kerat pengguna yang mendapat manafaat? Langkah PLUS ini bakal mengundang isu lain jika kita perhalusi untuk jangka masa setahun tempoh diskaun yang diberikan. Di antara isunya ialah :

1. Tidak ramai pengguna yang berulang alik ke tempat kerja pada waktu malam. Untuk makluman pihak PLUS, waktu bekerja adalah bermula dari 8.00 pagi - 5.00 petang. Adakah pengguna kena tunggu pada waktu malam untuk balik ke rumah baru dapat diskaun berkenaan?

2. Diskaun pada waktu malam akan mendorong pengguna untuk menggunakan lebuh raya pada waktu malam terutama bagi perjalanan jauh. Memandu di waktu malam, pengguna lebih terdedah kepada risiko seperti mengantuk dan jarak pemandangan terhad yang boleh mengundang kemalangan.

3. Kadar diskaun hanya untuk kenderaan kelas 1 adalah tidak praktikal bagi membantu pengguna berjimat cermat dan pemulihan ekonomi negara khususnya bagi pengguna pengangkutan awam dan pengendali syarikat pengangkutan. Bermakna tidak ada inisiatif kepada syarikat bas ekspres dan syarikat lori. Sekali gus mereka sukar untuk mengkaji mengurangkan kadar tambang dan mengurangkan kos pengangkutan.

4.Memandu pada waktu malam, terutama kepada wanita yang memandu bersendirian bakal menimbulkan masalah keselamatan diri dan terdedah kepada pelbagai kemungkinan.

Namun begitu, kadar diskaun ini mungkin memberi sedikit faedah terutama pada musim perayaan iaitu pemandu terutama warga kota gemar untuk pulang beraya dan bercuti dengan memandu di waktu malam. Walau bagimanapun faktor di atas masih tetap mempengaruhi.

Ajal maut memang di tangan Allah, tetapi manusia perlu berhati-hati dengan tidak mendedahkan diri kepada musibah.Pandu Cermat Jiwa Selamat. Jangan biarkan orang tersayang menyambut anda pulang dengan tangisan.


SHARIZAT SEPERTI KACANG LUPAKAN KULIT?


Khamis ini Sharizat dijangka akan mengumumkan keputusannya sama ada bertanding atau tidak. Walau bagaimanapun ramai meramalkan Shahrizat akan menurut desakan akar umbi(ubi kayu?) untuk bertanding jawatan Ketua wanita mencabar Rafidah.

Sebelum ini sharizat seperti berdolak dalik bahawa sebarang keputusan sama ada mencabar Rafidah atau tidak bergantung kepada Kamilia ketua wanita Umno Perak sama ada bertanding atau tidak jawatan naib ketua wanita Umno. Kamilia tetap dengan keputusannya bertanding. Jadi apa lagi yang perlu ditunggu? Pencalonan 77 wanita bahagian yang diperolehi Shahrizat untuk jawatan ketua wanita adalah sesuatu yang telah 'menggoncang' kesetiaan Shahrizat kepada Rafidah.

Sikap dan tindakan Shahrizat umpama mengkhianati janji dan ikrar yang dibuat sebelum ini.Wanita Umno Selangor misalnya menggesa Shahrizat agar berpegang dengan janji-janjinya untuk tidak mencabar Tan Sri Rafidah Aziz dalam pemilihan ketua Wanita Umno Mac depan.

Sumber-sumber yang rapat dengan Wanita Selangor mendakwa, Shahrizat sebelum ini pernah berjanji - dengan disaksikan oleh ketua-ketua Wanita negeri - akan mematuhi pelan peralihan kuasa pada Jun 2009.

Dalam perbincangan tersebut kata sumber-sumber itu, Shahrizat juga berkata, beliau amat menghormati Rafidah dan tidak akan menentang ketuanya.

"Ekoran itu, wanita akar umbi berasa tidak senang dengan keputusan Shahrizat mendesak supaya peralihan kuasa dipercepat ke Mac ini dan tidak seperti mana yang dirancang Jun depan.

"Mereka rasa dimain-mainkan, dianiayai," kata sumber-sumber itu.

PENTINGNYA USTAZ AZIZAN

Prof Hamirdin | Jatuh bangun PAS dalam pilihanraya ke 13 nanti akan banyak ditentukan oleh prestasi satu individu. Beliau adalah Menteri Besar Kedah Ustaz Azizan Abdul Razak. Ini adalah kerena apa yang berlaku di Kelantan lebih kurang telah dapat dibaca oleh pengundi, dan aura Tuan Guru Nik Aziz memang diakui tetapi ia telah mencapai saturation point. Lonjakan baru diperlukan untuk membolehkan PAS mengembangkan pengaruhnya lebih luas lagi.

Dengan sebab itu, prestasi yang benar benar akan mempengaruhi pengundi dan masyarakat umum ialah prestasi yang ditunjukkan oleh negeri lain yang diperintah oleh PAS, iaitu Kedah, bukan Perak. Oleh itu apa juga tindak tanduk yang dilakukan oleh Ustaz Azizan akan diterjemahkan sebagai undi kepada PAS atau undi meredumkan PAS.


Pada peringkat awal pemerintahan Ustaz Azizan, beliau telah score beberapa point yang menunjukkan prestasi yang baik. Tindakan memberi peluang rakyat Kedah menonton perlawanan bolasepak yang melibatkan pasukan Kedah secara percuma adalah satu tindakan popular yang memang akan diterjemah menjadi undi kepada PAS, ditambah lagi dengan anugerah tanpa disangka dalam masa singkat pemerintahan beliau Kedah telah menang tiga trofi berprestij dalam bolasepak. Ini meletakkan beliau seolah Alex Ferguson bagi Malaysia.

Setail pemerintahan yang menunjukkan kematangan dan keintelektualan menjulang prestasi Ustaz Azizan begitu baik sehingga mantan perdana menteri Tun Mahathir pun tabik kepada beliau. Oleh itu beliau harus terus melakukan pembaharuan yang akan membuka mata seluruh rakyat Malaysia.

Walau bagaimana pun, sekiranya berlaku kesilapan, ia harus diakui dan diperbetul. Kita tidak mengharap dalam beribu ribu decision yang beliau akan buat sepanjang pemerintahan, kesemuanya akan betul dan melonjakkan imej beliau. Tentulah ada yang kurang popular dan ada juga yang silap. Decision mengenaikkan kuota pemilikan rumah bumiputtra kepada 50% yang beliau umumkan adalah satu decision yang silap. Sebab itu saya tidak setuju dengan pendekatan Roslan SMS yang mempertahankan decision tersebut.

Bagi saya, lorong yang patut dipilih ialah retract dan perbetul semula, berbanding dengan mempertahan dan berdebat yang merugikan secara strategik.

Kita tidak perlu pertahankan tindakan Ustaz Azizan, kerana beliau akan membuat beribu ribu lagi tindakan, tetapi kita kena pertahankan Ustaz Azizan. Pertahankan beliau dengan maksud supaya apa juga tindakan yang beliau lakukan nanti akan sentiasa membawa keuntungan kepada PAS. Cuma apa yang perlu sekarang ini ialah kesedaran ini, idea ini, mestilah sampai kepada Ustaz Azizan supaya beliau mengimbangi semua tindakannya agar setiap tindakan dan decision beliau disenangi rakyat dan diterjemah menjadi undi kepada PAS.

Ustaz Azizan perlu difahamkan bahawa beliaulah sekarang ini memegang obor PAS.






Rasuah tertinggi, boikot sahaja pemilihan Umno Mac ini

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar menyeru ahli dan perwakilan Umno memboikot pemilihan jawatan parti itu Mac ini berikutan barah rasuah yang berlaku dalam pencalonan.

Mahfuz yang ditemui di Parlimen semalam menyatakan, beliau terkejut dengan pendedahan Pengerusi Perhubungan Umno Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob bahawa lebih 900 aduan kes rasuah diterima setakat ini.

"Ini senario paling parah dalam sejarah Umno, ini yang dilaporkan yang tidak dilaporkan kita tidak tahun berapa banyak lagi, dan ia mungkin melibatkan jutaan wang," katanya ketika mengulas isu rasuah dalam pemilihan Umno yang kini semakin mendapat perhatian media.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena juga melahirkan kebimbangan dengan senario rasuah yang membarah dalam Umno ini kerana pemimpin yang bakal dipilih adalah kalangan mereka yang menang dengan rasuah.

"Rasuah ini boleh jadi dengan sogokan wang atau janji-janji kuasa atau projek oleh seseorang wakil kepada calon. Dalam Umno hal ini secara terang kini didedahkan pelbagai lapisan pemimpin parti," katanya.

Mengulas mengenai dakwaan berlakunya politik wang dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden Umno, Mahfuz merasakan adanya permainan kepimpinan atasan Umno.

Beliau mendakwa kemungkinan Najib dan Abdullah terpaksa meletakkan calon yang boleh dipercayai iaitu Dato' Seri Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Muhammad Mohd Taib berikutan ketidakpercayaan kepada Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Muhyiddin sangat dikenali sebagai orang kuat Abdullah, namun selepas mengkritik keras kepimpinan Abdullah dan menggesa peralihan kuasa disegerakan, akhirnya Muhyiddin kini bukan menjadi pilihan kepada dua pemimpin utama Umno masa kini, katanya.

Walaupun Muhyiddin mendapat pencalonan tertinggi bagi Timbalan Presiden, namun Najib sendiri pastinya merasai kehadiran Naib Presiden Umno itu sebagai orang nombor dua Mac ini, akan memberi tekanan kepadanya, kata Mahfuz.

Akhirnya, Najib sendiri terpaksa menggunakan dua orang kuat Abdullah (Muhammad Taib dan Ali Rustam) sebagai calon yang dirasakan tidak memberi tekanan kepadanya untuk mentadbir Umno penggal akan datang, kata Mahfuz.

Justeru beliau melihat, ada kemungkinan perang jawatan nombor dua Umno ini mungkin bakal menyaksikan korban wang yang agak besar untuk pemimpin tertentu memastikan kemenangan masing-masing.

Sehubungan itu, Mahfuz melihat ada baiknya ahli dan perwakilan Umno memboikot sahaja pemilihan jawatan Mac ini bagi menghentikan sindrom rasuah yang sukar dibendung.


JOM MAKAN TEMBIKAI (Bacaan untuk lelaki sahaja)


Asyik cerita isu semasa dan politik aje. Jom kita alih topik sekejap. Ini pun isu semasa juga, cuma fokus untuk kaum Adam sahaja.Berita baik untuk lelaki,kajian terbaru menunjukkan bahawa tembikai menghasilkan kesan dalam tubuh sama seperti Viagra, mungkin memberi jalan kepada penawar semula jadi bagi lelaki yang menderita mati pucuk, kata Bhimu Patil dari Universiti A& M, Texas Amerika Syarikat.

Penyelidikan dijalankan Patil dan rakannya baru-baru ini mendedahkan bahawa isi tembikai mengandungi paras tinggi asid amino 'citrullin' berbanding yang difikirkan penyelidik.

"Kami mengetahui bahawa tembikai mengandungi citrulline, namun tembikai mempunyai lebih banyak citrulline dalam bahagian isi berbanding yang difikirkan sebelumnya," kata Patil.

Ia penting kerana tubuh menukar 'citrulline' kepada 'arginine', sejenis asid amino lain yang berfungsi sebagai perintis kepada nitrat oksida.

Nitrat oksida, sebaliknya memainkan peranan penting dalam mengembangkan saluran darah dan proses ketegangan zakar. Fungsi utama Viagra ialah mensasarkan nitrat oksida yang menandakan laluan dalam zakar.

"Hanya kerana nitrat oksida diperlukan bagi menegangkan zakar, tidak bermakna memakan sesuatu yang kaya dengan citrulline akan menghasilkan 'arginine' yang cukup untuk menghasilkan ketegangan zakar," kata Irwin Goldstein, ketua pengarang Jurnal Ubatan Seksual dan bekas perunding bagi syarikat yang membuat ubat penawar mati pucuk.

Selepas berita ini mungkin lebih ramai orang akan tanam tembikai. Harga tembikai juga dijangka akan melambung dan mendapat permintaan tinggi dalam negara. Tak mustahil kerajaan akan menjadikan tembikai sebagai barang kawalan. Maknanya bertambah lagi tugas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Maka bertambah pening lagilah Datuk Shahril Samad selepas ini


Tragedi Berdarah Memali, 23 Tahun Sudah Berlalu

Memperingati Ulang Tahun ke-23, Tragedi Berdarah Memali ( 19 Nov 1985 – 19 Nov 2008 )

Memperbaharui kata-kata jihad dari As Syahid Ustaz Ibrahim Mahmood sebelum kesyahidannya sebagai pembakar daya jihad pejuang-pejuang Islam hari ini...

" ..sesuatu yang mesti diingatkan kepada saudara-saudara yang masih hidup lagi sesudah kami para mujahiddin ini bertemu dengan Allah swt di dalam syurga firdaus. Kalau saudara/i masih hidup lagi akan berdosa kepada Allah sekiranya zuriat akan datang akan kencing di atas kubur-kubur saudara kerana saudara hidup tidak mahu berjuang dan berjihad untuk menegakkan kalimah Allah yang Maha Tinggi. Kami para mujahiddin yang sudah mati syahid dan dikuburkan berserta darah-darah merah.. kami berada di syurga dan saudara-saudara tetap berdosa dengan Allah Taala seandainya saudara masih berdiam diri..." - Ucapan di majlis tamrin khusus kepada ahli-ahli Pas Kawasan Baling, tahun 1985.
.

" Insyaallah kalau kita dapat mati syahid, inilah suatu kematian yang istimewa dalam dunia ini. Tuan-tuan janganlah cuba melangkah kaki berpaling ke belakang dari perjuangan Islam. Ketika kita melangkah berundur dari musuh kita, ketika kita ditembak mati, dalam hal seperti itu maka kita mati seperti mati katak. Tetapi kalau kita berada dan berhadapan dengan musuh-musuh Islam yang menyekat pergerakan Islam, maka kita akan mencapai mati syahid.."


" Orang-orang yang mati syahid ini, tulang temulangnya serta kulit mereka
tidak reput untuk selama-lamanya. Mereka tinggal di bawah tanah serta semerbak harum bau mereka. Sesungguhnya orang yang mati syahid adalah orang-orang yang duduk setaraf atau satu saf dengan penghulu para syuhada, Syaidina Hamzah bapa saudara Rasulullah Saw yang gugur syahid di medan pertempuran Uhud bersama 70 orang para syuhada Uhud. Orang-orang yang mati syahid tidak dihisap dan ditimbang menimbang akan dosa dan pahala mereka di padang Mahsyar kelak. Mereka terus masuk syurga dengan izin Allah. Malah mereka dapat pula memberi berkat kesyahidannya itu kepada 70 orang sahabat handai dan saudara mereka untuk memasuki syurga firdaus Allah SWT di akhirat"

"..Mereka ini akhirnya apabila mati dalam hal itu dinamakan mati syahid yang telah diambil mereka itu akan dibawa ke dalam syurga Firdaus menjadi
burung-burung hijau dan memakan makanan-makanan syurga sejak daripada mula malam mereka gugur syahid itu atau siangnya tanpa ditanya atau dipersoalkan lagi.."
- Syuhada' Melayu


Al-Fatihah Untuk Para Syuhada’ Memali

1. Ustaz Ibrahim Mahmud (Ibrahim Libya), Kampung Charok Puteh, Siong, Baling, Kedah 45 tahun, guru dan pendakwah Islam. Beliau meninggalkan seorang balu yang juga telah ditahan beberapa minggu dalam kem tahanan di markas Polis Hutan Sungai Petani, kemudian dipindahkan ke Penjara di Alor Setar sehingga dibebaskan. Beliau meninggalkan lima orang anak, dua orang sedang bersekolah dan tiga orang lagi masih kecil.

2. Ahmad Hassan, Kampung Alor Melentang, Gunung, Alor Setar, 30 tahun, kerja sendiri, bekas pegawai LPN, bekas ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah 1979-1981, bekas Setiausaha Kerja DPPN Kedah 1981-1983. Beliau meninggalkan seorang balu dan empat orang anak yang masih belum bersekolah.

3. Syafie bin Dahaman, Sekolah Menengah Siong, Baling, 30 tahun, guru Sekolah Menengah Siong, meninggalkan seorang balu dan seorang anak.

4. Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman, Mukim Siong Baling, 72 tahun, penoreh getah. Beliau meninggalkan seorang balu dan tujuh orang anak.

5. Abdul Manaf bin Waden, Kampung Becah Sawa, 58 tahun, penoreh getah, meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

6. Ghazali bin Mohd Saman, Kampung Becah Sawa, 36 tahun, Merinyu malaria, meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak.

7. Mohd Radzi bin Ahmad, Kampung Ubi Memali, 27 tahun, penoreh getah, meninggalkan empat orang anak dan isterinya telah meninggal sejak beberapa lama.

8. Wan Abdullah @ Idris bin Lebai Kadir, Kampung Charok Bunting, Siong, Baling, 32 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak sebahagiannya masih bersekolah.

9. Mohd Aroff bin Hashim, Kampung Becah, Siong, 36 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak.

10. Zamri bin Md Isa, Kampung Charok Puteh, 37 tahun, pemandu; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

11. Abdullah bin Yasin, Kampung, Guar Reban, Kupang, 33 tahun, berniaga; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

12. Mohd Daud bin Kadir, Kampung Becah Sawa, 53 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

13. Ahmad bin Ismail, Kampung Cepir, Sik, 30 tahun, Mekanik motosikal; meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak.

14. Haji Abdul Rahman bin Jusoh, Siong, Baling, 69 tahun. Beliau cedera parah dan akhirnya meninggal dunia kerana kecederaan tersebut pada 31 Jan 1986.

Pusara Asy Syahid Ustaz Ibrahim Libya.

Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi

Asy Syahid Ustaz Ibrahim Libya adalah satu nama yang telah menempa sejarahnya yang tersendiri apabila asy syahid dan rakan - rakan akhirnya gugur sebagai syuhada' ditembak mati dengan menggunakan peluru "getah" UMNO dan BN

Peristiwa yang berlaku pada tahun 1985 ( masa tu saya sedang menduduki SRP di tingkatan 3 )

Zaman Asy Syahid inilah saya masih ingat lagi bagaimana tamrin dan qiamulail menjadi budaya parti . Malah pernah mengikuti ucapan Asy Syahid dalam satu tamrin yang banyak mengupas mengenai slogan Jihad adalah jalan perjuangan kita dan Mati syahid adalah setinggi - tinggi cita - cita kita .

Hari ini saya bertanya pada diri sendiri , apa masih ada penghayatan terhadap slogan tersebut dalam perjuangan Islam ini ?

Slogannya mungkin masih ada tetapi penghayatannya , saya rasa kian pudar dan kian malap . Ayuh sahabat seperjuanganku , marilah kita menyemarakkan kembali semangat juang dan jihad tanpa batas demi mendaulatkan syariat Allah swt sehingga kita sanggup menjadikan darah dan nyawa kita sebagai taruhan .

Tunggu apa lagi sahabat !? . Bukan saya ajak ke medan tempur yang menumpah darah , tetapi cukup dulu untuk kita turun ke medan dakwah dan siasah , memerangi segala kemungkaran dan maksiat yang kian berleluasa dan bermaharajalela .

Atau kita masih menyusun kalimah yang indah dan kemas lagi bijak untuk dijadikan satu alasan kukuh oleh lidah yang petah bahawa kita mempunyai keuzuran untuk tidak turun ke medan ?


Elaun guru Kafa Selangor naik 35.4%

Semasa ucapan perasmian perjumpaan dengan guru-kuru kelas al-Quran dan fardu ain (Kafa) negeri Selangor 2008 di Shah Alam baru-baru ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan tambahan elaun kepada guru Kafa sebanyak RM261.70 - daripada RM738.30 kepada RM1,000.

Elaun penyelia Kafa juga dinaikkan RM338 - daripada RM1,112 kepada RM1,500. Selain itu, kumpulan tersebut akan dilindungi Insurans Takaful mulai Januari 2009.


Kerajaan Selangor juga bercadang untuk menubuhkan sekolah agama teknik dan vokasional. Kata Menteri Besar, sekolah agama teknik dan vokasional akan ditubuhkan segera bagi menampung pelajar mendapat pendidikan agama secara formal sehingga tingkatan lima.

Semoga Pakatan Rakyat terus membantu rakyat, insyaallah.



Kalimat Allah diatas Rumah Keluarga Syuhada


Redaksi Muslimdaily menerima kiriman foto dari seorang pentakziyah yang menghadiri pemakaman As Syshid Amrozy dan Ustad Mukhlas. Dalam foto yang diambil dari depan rumah Hj. Tariyem ibunda Ustad Mukhlas dan Amrozy menggunakan kemera handphone tersebut memperlihatkan awan yang membentuk lafalz Allah.

Kejadian ini muncul setelah ketiga burung besar menghilang. Kemudian langit yang saat itu terang benderang tiba-tiba berubah menjadi mendung dan para pentakziyah mulai menunjuk-nunjuk langit di atas, melihat awan yang membentuk lafal Allah tersebut.

Reporter Muslimdaily tidak sempat mengambil gambar kejadian tesebut karena lokasinya terletak diatas rumah yang kami tempati, jadi terhalang genteng rumah. Namun anggota TPM bapak Achmad Michdan yang setelah menyolatkan jenazah kemudian duduk-duduk bersama kru Muslimdaily di rumah salah satu kerabat ustad Mukhlas melihat sendiri kejadian itu dan menceritakan kepada kami.

Foto ini kami terima hari Ahad setelah ada seorang kerabat keluarga yang menghubungi kami dan memberitahukan kalau dia mempunyai foto kejadian tersebut kemudian mengirimkan ke redaksi Muslimdaily via e-mail.[MD]
Sumber : Muslimdaily



Ceramah Pelancaran Himpunan Mansuhkan ISA

poster-pelancara-himpunan-gmi

Majlis Ceramah Pelancaran Himpunan Mansuhkan ISA akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 23 November 2009
Hari : Ahad

Tempat : Dataran MPAJ, Pandan Indah
Masa : 9.30 malam

Pemidato Utama :
1) YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (Presiden PAS)
2) YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum PKR)
3) YB Lim Kit Siang (Penasihat DAP)

Penceramah :
1) Tuan Haji Mohamad Bin Sabu (Naib Presiden PAS)
2) YB Salahuddin Bin Ayob (Ketua Pemuda PAS Pusat)
3) Syed Ibrahim Bin Syed Noh (Pengerusi GMI)




SHAHRIR MENTERI 15 DOIT !

Salam sejahtera..hari ini aku skali lagi dikejutkan kan kerana menteri RAMBUT PUTIH hanya mengumumkan penurunan harga minyak sekitar 15 sen bagi petrol... apa dah jadi nih bro? Hingga saat penurunan ini harga petrol unleaded masih di atas paras RM2.00, aku cukup hairan kenapa kita masih didunggu dan diselaputkan dengan selut ke dalam minda agar menjadi seperti lembu yang ditarik hidung,makan apa yang di beri...

Oii, minyak sudah aku ulangi berkali2 patut diturunkan harga di bawah paras RM1.92... jangan buat rakyat Malaysia macam merempat di negara asing... KAMI RAKYAT MALAYSIA!!! Keadaan ekonomi tidak stabil... jangan ditambah masalah rakyat sekarang yang sudah bermasalah kewangan... mungkin masalah kewangan ini tidak dirasai isteri menteri keduitan... tapi nih masalah yang dihadapi oleh rakyat... ada kilang udah tutup operasi.. ada pekerja yang dibuang majikan... jangan ditambahkan lagi masalah rakyat dengan penurunan hanya 15 sen..... khakkkk ptuihhhh....

Woi orang UMNO/BN... kenapa otak berselut ha? Korang tuh sudah menyusahkan orang2 miskin di pedalaman, makcik/pakcik yang mendapat hasil daripada mengutip sampah menjual barang lusuh, para pekerja kilang yang sudah tidak mendapat pembelaan sewajarnya akibat penutupan kilang2 mereka, pemandu teksi yang sudah tidak mampu mendapat hasil bagi membiayai keluarga mereka... para petani yang tidak dapat hasil memberangsangkan sejak kenaikan harga minyak... Kos baja serta racun meningkat berlipat ganda... Hasil jualan? hampeh... sawit turun mendadak.. petani yang terpaksa menanggung kerugian akibat malapetaka (ujian ALLAH) banjir hampir seluruh semenanjung... menteri umum turunkan 15sen sahaja?

Kerna tangan2 hampa yang mengundi + tipu muslihat Suruhanjaya Penipu Rakyat serta para golongan kapitalis dalam UMNO yang sibuk dengan SUB KONTRAK & lain2 mahu pertahankan BN & UMNO...Kami pula terpaksa menanggung akibatnya.....

MASA UMUM HARGA MINYAK NAIK... GOMEN Penaik sekali dgn harga GAS... Bila UMUM TURUN HARGA MINYAK (ciput).... KENAPA HARGA GAS TAK UMUM TURUN?!!!


Harga beras pula kenapa tidak turun? Tarif Elektrik? Masih lagi harga yang di luar kemampuan rakyat... udahla harga minyak, gas, barang2 harian, besi, simen dll naik mendadak... Di mana pula otak hampa dalam melihat masalah rakyat yang ciput gajinya....? Yang kerja kerajaan? Yang kerja swasta? Yang cari makan hasil pertanian, penternakan & perniagaan? Ada korang pikir wahai orang2 UMNO...WOI.... Yang sibuk dok pikir melayu... melayu... melayu... bley kenyang ka dengan perkataan melayu tuh? Boleh sara keluarga ka dgn perkataan melayu tuh? Boleh cerdik ka anak2 yang sudah di enggriskan sains ngan mathematik hingga terlupa laungan 'melayu' nih? Ni la kerja UMNO/BN

Woi... sedar tak berapa ramai melayu yang tak makan di kampung2 akibat kenaikan mendadak harga minyak, Gas yang tak turun2, minyak yang turun ciput, peluang pekerjaan yang tidak dapat menampung penganggur, pekerja yang dibuang & PENDATANG2 ASING bermaharajalela dalam industri pekerjaan negara kita?

Korang makan la 'melayu' korang dengan menjahanamkan minda rakyat Malaysia yang majoritinya melayu.. Korang melalak la 'melayu' tuh walaupun korang tahu ditipu oleh pemimpin melayu... Korang mentekedarah la 'melayu' walaupun korang tahu melayu sudah ditipu dari zaman penjajah hingga 50 tahun perdana menteri semuanya dari UMNO... melayu jadi pariah dalam bumi sendiri, menjadi golongan kelas ketiga sesudah bangsa2 lain dalam negara... Korang undi la UMNO/BN atas dasar 'melayu' walaupun hasil negara disapu pemimpin melayu & membiarkan pula rakyat Malaysia yang kebanyakan melayu menagih/meminta/tak malu/takut dll lagi... Sebab itu mahadey dulu kata kita hanya fikir subsidi.. Sebab kita suka macam tuh....tengok la kontraktor UMNO.....

Aku tak peduli korang nk 'melayu' macam mana... tapi aku orang 'melayu' yang mahukan rakyat Malaysia kebanyakannya bangsa 'melayu' menikmati hasil negara ini sama rata... Aku orang 'melayu' yang mahu kelas kita bangsa 'melayu' setaraf dengan bangsa2 lain di Malaysia ini. Aku 'melayu' mahu bangsaku setanding & segagah bangsa lain dalam Malaysia ini serta maju setanding dengan bangsa2 lain di peringkat antarabangsa. AKU 'MELAYU' YANG TAK SUKA DI TIPU OLEH BANGSA AKU SENDIRI TERUTAMANYA DARI BAB AGAMA & EKONOMI !!!

WOI MENTERI... TURUNKAN HARGA MINYAK, GAS, TARIFF ELEKTRIK, BERAS, TEPUNG, BARANG2 DAPUR, SIMEN, BESI, RACUN, BAJA & LAIN LAIN LAGI ....jangan tipu rakyat lagi...Kami bukanlah insan yang kaya ataupun 'MENANTU TOKEY GULA MALAYSIA'

Oleh kerana harga minyak turun hanya ciput iaitu 15sen...hari ini aku gelarkan MENTERI RAMBUT PUTIH SEBAGAI 'MENTERI 15 DOIT @ 15 SEN!'..


Pulau Pinang lancar 'task force' hab halal antarabangsa


GEORGETOWN : Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengorak selangkah lagi untuk merealisasikan impian menjadikan negeri itu sebagai pusat halal antarabangsa, dengan menubuhkan sebuah ‘Task Force’ yang dianggotai seramai lima Exco kerajaaan negeri dan 26 ahli mewakili kerajaan negeri dan agensinya, dewan-dewan perniagaaan, pihak swasta dan ahli akademik.

Pasukan yang dipengerusikan oleh Exco Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Abdul Malik Kassim diumumkan pelancarannya oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, dalam suatu majlis ringkas di sini 15 November lalu.

Task Force berkenaan menurut Guan Eng akan berperanan sebagai agensi pelaksana dan landasan bagi menetapkan hala tuju dan polisi dalam merancang cadangan kerajaan untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai pusat hab halal antarabangsa.

Jelasnya pasukan tersebut akan berfungsi berlandaskan prinsip urustadbir CAT (Cekap, Akauntabiliti dan Telus ) yang mengutamakan kebajikan rakyat dan menjunjung sistem demokrasi.

Jika negara majoriti bukan Islam seperti Thailand, kata Guan Eng boleh memajukan industri halal, tidak ada sebab Malaysia boleh ketinggalan dalam bidang ini.

Sementara Abdul Malik berkata kerajaan akan membangunkan 131 ekar di kawasan industri di Bukit Minyak, Seberang Perai sebagai Taman Perindustrian Halal.

“Dua syarikat tempatan yang mengeluarkan produk perubatan halal, menjadi syarikat pertama yang akan beroperasi di Taman Perindustrian Halal Pulau Pinang di jangka tahun depan.

Menurut Malik Halagel (M) Sdn Bhd, pengeluar gelatin halal untuk farmasi dan GranuLab (M) Sdn Bhd, pengeluar bahan tulang sintetik bersetuju mendirikan kilang masing-masing di taman berkenaan.

“Kerajaan juga sedang membincangkan secara serius dengan beberapa syarikat tempatan yang berminat,” katanya.

Tambah Malik, kerajaan negeri juga sedang berbincang dengan Penang Port Sdn.Bhd untuk mewujudkan pelabuhan halal kedua dunia selepas pelabuhan Rotterdam Belanda.

Anggota Task Force antaranya Mufti Negeri Pulau Pinang, Haji Hassan Ahmad, Pengurus Besar Invest Penang Wan Zaleha Mohd Nordin, Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang Rosli Jaafar, Pengerusi JBC- IMTGT (Malaysia) Fauzi Naim Noh, Pengarah Urusan Penang Port Sdn. Bhd Ahmad Ibni Hajar, Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Rizal Faris Mohideen, Yang Dipertua Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang Tan Kok Ping, Yang Dipertua Dewan Perniagaan Islam Malaysia Pulau Pinang, Mohd Yusoff Latifff, Pengerusi Malaysia International Chambers of Commerce dan Industry, Penang & Northern Branch, Nazir Ariff, Ketua Eksekutif Halal Industry Development Corporation Sdn Bhd, Jamil Bidin, Institut Penyelidikan Produk Halal UPM, Profesor Dr Yaacob Che Man, Naib Canselor USM Dzulkifli Abdul Razak dan Pengarah Pusat Halal Universiti Chulalongkorn Thailand Winai Dahlan. Ketua Menteri bertindak sebagai sebagai Penasihat.




Majlis Perasmian Kelab Penyokong Muda PAS


Majlis diserikan oleh tarian naga dan gendang India . Ianya disempurnakan dihadapan Bangunan Pejabat Agong PAS Pusat di Jalan Raja Laut .
Walaupun majlis ini sederhana namun ianya tetap meriah dan menarik perhatian orang ramai yang lalu dan singgah di situ .
Sebahagian besar EXCO DPP Pusat turut hadhir bagi menyerikan Majlis Perasmian ini . Syabas saya ucapkan kepada Lajnah Perpaduan Nasional DPPP.
Komitmen
untuk Perjuangan Islam.

Salah seorang daripada anggota Kelab Penyokong Muda PAS dari kaum India menyatakan sokongan dan komitmennya untuk terus membantu PAS khas dalam misi menyampaikan maklumat kepada masyarakat India .

Saya terharu dengan sokongan non muslim kepada PAS biarpun mereka menyedari bahawa PAS teramat tegas dengan idealisme perjuangannya iaitu ISLAM.

Malah mereka menyokong PAS , tidak UMNO , tidak MIC dan tidak MCA malah tidak PKR dan juga DAP adalah kerana ISLAM yang diperjuangkan oleh PAS .
PERASMIAN
KELAB PENYOKONG MUDA PAS

Disempurnakan oleh Yb. Salahudin Ayub Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Kelihatan dalam gambar ialah sdr. Khairil Faizi Ketua Lajnah Perpaduan nasional Dewan Pemuda PAS Pusat yang merupakan orang yang bertanggungjawab menjayakan penubuhan Kelab Penyokong Muda PAS ini.

Sdr Vincent Lee ( kanan sekali ) adalah Pengerusi Penaja kepada Kelab Penyokong Muda PAS .



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .