Ikuti Blog ini

Nak tau cerita sebenar Attantuya?


Pembunuhan Attantuya semua dah tau. Mendiang bukan saja dibunuh tapi diletupkan. Bom pula bukan sembarangan tapi C4. Episod pertama di Mahkamah Tinggi telah selesai. Razak Baginda dibebaskan. Tertuduh I dan II dipanggil membela diri.

Razak Baginda membuat press conference. Katanya TPM Najib Razak tidak terlibat dan tidak mengenali mendiang Attantuya. Siapa Razak Baginda untuk mengeluarkan kenyataan itu. Setiausaha Sulit TPM?. Setiausaha Politik TPM?.

Krisis pemecatan hakim 1998 menjadi sejarah. 2008 (selepas 10 tahun) baru cerita sebenar terbongkar. Habis RM5 juta dibayar. Belum kira pencen bulanan. Dalam parlimen Nazri Aziz kata hakim meletak jawatan. Tun Mahadhir kata hakim dipecat. Rakyat pening duit dah dibayar. Pencen bulanan dan pampasan. Duit siapa?. Duit Kerajaan UMNO/BN. Duit cukai dari rakyat. Kerajaan UMNO/BN cuma menguruskan saja. Pengurusan yang teruk.

Kes YB Anwar Ibrahim pada 1998. Dipecat, diaibkan, dipukul dan didakwa di mahkamah. Didapati bersalah dan masuk penjara. 10 tahun selepas itu 2008 cerita sebenar terbongkar. Ianya sandiwara dan konspirasi.

Kes Attantuya pulak. Nak tau kisah benar macam program di tv3 tu?. Kisah benar Attantuya akan terbongkar 10 tahun dari sekarang iaitu 2018. Samada kita masih hidup dan sempat mendengarnya wallahualam. Tungguuu..

Kontroversi: Nazri Berbohong Dilepaskan, Tapi Gobind Pertikai Keputusan Itu Pula Digantung !!


KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat berkuatkuasa hari ini kerana mempertikaikan keputusan Timbalan Yang Dipertua, Datuk wan Junaidi Tuanku Jaafar. Wan Junaidi sebelum itu memutuskan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz tidak perlu dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan berhubung kenyataannya dalam Dewan bahawa bekas-bekas hakim yang terlibat dalam krisis kehakiman 20 tahun lalu telah ditamatkan perkhidmatan lebih awal seperti saranan panel yang telah bersidang berhubung kes tersebut dan bukan dipecat oleh kerajaan. Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) sebelum ini meminta supaya Nazri dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana mendakwa apa yang dikatakan oleh ahli Parlimen Padang Rengas pada 6 November lalu di dalam Dewan itu sebagai perkara yang tidak benar dan satu pembohongan besar. Ketika itu, Nazri mengumumkan kerajaan telah membayar ex-gratia berjumlah RM10.5 juta kepada Mohd Salleh dan lima lagi bekas hakim kanan yang terlibat semasa krisis itu. Mohd Salleh menerima bayaran tertinggi dengan RM5 juta, Wan Suleiman (RM2 juta), George Seah (RM2 juta) manakala Tan Sri Wan Hamzah Mohd Salleh, Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdolcadeer dan Tan Sri Azmi Kamaruddin masing-masing mendapat RM500,000.

[Parlimen makin bercelaru dan haru biru dibuatnya. Menteri yang sudah terang dan nyata berbohong di parlimen, bahkan kenyataan itu disaksikan oleh jutaan rakyat Malaysia dilepaskan dari hukuman. Sebaliknya Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo yang mempertikaikan keputusan Timbalan Speaker itu pula yang digantung! Apa dah jadi dengan parlimen Malaysia. Jika di mahkamah mereka terima kenyataan orang berbohong, kini di parlimen pula mereka terima kenyataan berbohong itu. Rosak sistem dan amalan demokrasi di Malaysia hari ini. Sewajarnya semua Speaker Dewan Rakyat meletakkan jawatan, jika mereka masih lagi bersikap berat sebelah dan tidak berpegang kepada lunas-lunas keadilan dan profesional dalam mengendalikan perjalanan persidangan parlimen].

Polis bertindak kejam ke atas himpunan anti ISA



Tetapi Pewaris tanpa ganguan polis

ISA MEMBELA ISLAM???


Lukisan ini dilukis oleh seorang tahanan ISA yang telah ditahan sejak bulan Disember 2001 hingga sekarang, masih lagi berada di Kem Kamunting.Beliau setiap tahun dibawa ke PRC untuk sessi "brainwash" dan telah mengikuti pelbagai kursus "rehabilitation" oleh JAKIM,ILIM,JABATAN PERTANIAN,KEM USAHAWAN,tetapi hingga kini, masih belum layak untuk dibebaskan.
Pelukis itu tidak pernah membuat Habeas Corpus dan tidak pernah dibawa ke mana-mana mahkamah untuk di buktikan kesalahannya.

Hampir semua tahanan ISA (lelaki) mendakwa mereka dibogelkan oleh sekumpulan polis cawangan khas untuk tujuan soal-siasat.

Adakah perbuatan ini dikira sesuai dilakukan oleh seorang yang berugama Islam?(Yang pastinya, ugama lain turut menentang perbuatan yang tidak bermaruah dan tidak berperikemanusiaan ini.)
Ini adalah komen biasa dari semua tahanan ISA berugama Islam:
1- Quran disorokkan oleh SB supaya tahanan tidak boleh membaca nya.
2-Tiada arah qiblat untuk solat.
3-Tidak diketahui waktu untuk solat kerana sepanjang masa hidup mereka dibawah lampu malap.
4-Pakaian tahanan disorokkan dan ada ketikanya tahanan terpaksa solat dalam pakaian yang minimum.
5-Tahanan tidak dibenarkan solat berjemaah.(beramai-ramai).
6-Tahanan ISA memang tidak dibenarkan solat Jumaat walaupun masjid hanya beberapa meter dari blok kediaman mereka.
Komen lain yang tidak bersangkutan dengan ugama.
1. Diminta berbogel.
2. Minum air kecing atau makan tahi sendiri.
3. Ditampar di tumbuk atau rambut dibakar.
Ada beratus-ratus penderaan dilakukan oleh SB@pegawai penyiasat kepada tahanan ISA supaya mereka mengaku dakwaan yang disediakan oleh Menteri Dalam Negeri.Dakwaan dan dituduhan disediakan oleh Menteri dan kakitangannya. SB adalah anasir yang akan memastikan dakwaan itu diakui dan diterima oleh tahanan yang dinamakan.
Contohnya mudah saja.RPK telah ditahan dibawah ISA kerana dikatakan memnyiarkan artikel yang menghina Islam. Adakah Menteri Dalam Negeri benar-benar membela Islam?Jelas, tindakan yang dilakukan keatas tahanan ISA Islam ini benar-benar membuktikan, siapa sebenarnya pengkhianat pada ugama mulia itu.
Siapa sebenarnya yang hidupnya bergantung pada ISA?



Isu Babi : Rasional Keputusan Pas kedah

 Kerajaan baru Kedah di bawah Ustz. Azizan dilihat melakukan tindakan yang bijak di dalam menangani isu cadangan kawasan penternakan babi di Bukit Selambau, Mukim Teloi Kiri, Daerah Kuala Muda.

Seperti yang diketahui umum, projek tersebut telahpun memperoleh kelulusan dari kerajaan negeri yg sebelumnya iaitu di bawah Mahathir Khalid yang dilakukan tanpa mengira sensitiviti penduduk setempat, alam sekitar serta dasar perancangan sediada yang menyebut kawasan tersebut adalah merupakan kawasan pertanian getah dan kelapa sawit.

Dengan beranggapan projek tersebut akan berjalan dengan lancar tanpa gangguan dan kerajaan BN kedah mampu memperolehi kemenangan majoriti dalam PRU12 mungkin antara sebab kenapa ia mendapat restu kerajaan negeri terdahulu.Tewasnya BN pada PRU12, telah membuka pekong yg lama cuba ditutup. Seperti juga kes kawasan menternak babi di Sepang yg telah mendapat kelulusan dari kerajaan Khir Toyo sebelumnya, kerajaan baru terpaksa meneruskan projek tersebut memandangkan ia telah memperoleh kelulusan dari kerajaan Kedah. Isu ini menjadi begitu hangat dan menjadi senjata utama BN untuk memperlekehkan ustaz Azizan dan rakyat kedah. Sepanjang minggu ini sahaja ia menjadi topik utama akhbar2 perdana dan headline dalam Buletin utama TV3 untuk menghentam kerajaan PAS Kedah iaitu cakap tak serupa bikin dan sebagainya.

Kebijaksanaan kerajaan PAS boleh dilihat daripada tindakan mereka menyerahkan kepada pihak yang bertanggungjawab seperti rakyat marhaen atau jabatan teknikal bagi menentukan kedayahidupan projek ini untuk diteruskan. Ia sekaligus akan mengelakkan kerajaan negeri disaman oleh pihak yg terlibat sekiranya kelulusan tersebut ditarik balik,kerana kerajaan negeri telah mengingkari syarat kelulusan yang telah diberikan oleh kerajaan sebelumnya. Ini boleh mengakibatkan kerajaan negeri di saman ribuan atau boleh jadi jutaan ringgit duit rakyat seperti yang berlaku kepada kerajaan Adnan Yaakob di Pahang.

Respon terbaru menunjukkan Jabatan veterinar dan jabatan alam sekitar negeri kedah tidak menyokong projek tersbut diteruskan atas sebab2 teknikal dan sebagainya. Ini menjadi alasan kukuh bagi kerajaan menolak projek tersebut daripada berlaku di negeri Kedah utk sementara waktu tanpa perlu berhadapan dengan tindakan undang2 dan sebagainya kerana tanpa sokongan jabatan teknikal dan kebenaran dari orang ramai di sekitarnya, sesuatu projek itu boleh ditarik balik kelulusannya atas sebab2 kacau ganggu, keselamatan, alam sekitar dan sebagainya oleh Pihak Berkuasa Negeri.......bak kata orang menarik rambut dalam tepung, tepung jangan berserak, rambut jangan putus.....................

Cuma yang menghairankan, bagaimana projek tersebut mendapat kelulusan dari kerajaan yang terdahulu sedangkan rakyat dan jabatan teknikal begitu menentang kehadirannya di Bukit Selambau dan mungkin juga di Sepang. Dimana ketelusan dan keprihatinan kerajaan BN di dalam memperjuangkan nasib rakyat dan kaum melayu yang majoritinya menghuni sekitar kawasan tersebut. Ini di tambah dengan cadangan jalan utama terus dari sg.petani-bukit selambau-kulim yg sudah tentu akan membelah ladang ternakan babi tersebut menjadikan babi sebagai tatapan umum utama sepanjang perjalanan di Bukit Selambau.........

Tepuk Dada Tanya Iman....

BERAPA KEMENTERIAN DALAM NEGERI BAYAR PROWARIS?






Ada dua berita menarik yang saya ingin kongsikan.

1- Perbarisan dari sekumpulan manusia mewakili dua buah NGO bernama Prowaris yang mendakwa mereka adalah penyokong ISA.


2- Sekumpulan FRU yang lengkap dengan "shield" dan cotar sedang mengepung beberapa orang yang datang menyertai pelancaran perhimpunan mansuhkan ISA.

Saya terfikir, berapalah yang dibayar oleh KDN pada peserta Prowaris yang sanggup menggadaikan marwah kerana mengadakan perarakan menyatakan sokongan terhadap ISA dan berapa pula yang dibayar pada 300 FRU yang bekerjakeras dalam hujan lebat menangkap orang yang datang untuk mendengar ceramah anti-ISA di Ampang semalam....


Note: Perbarisan anti-ISA mesti dapat permit dan dikelilingi oleh FRU.Perbarisan Pro-ISA kelihatan selesa tanpa gangguan sesiapa. Penyokong pun boleh dibilang dengan jari....


Parlimen: Usul FDI Ditolak, Anwar Cadangkan Supaya Menteri Adakan Sidang Khas Parlimen !!

KUALA LUMPUR - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya mengadakan sidang khas ahli Parlimen bagi membincangkan mengenai Malaysia yang mengalami pengaliran keluar pelaburan langsung asing (FDI) melebihi pengaliran masuk yang menyebabkan negara mengalami aliran bersih FDI yang negatif. Cadangan itu dibuat selepas Dewan Rakyat hari ini menolak usul yang dikemukakan beliau pada Rabu lalu yang meminta sidang Dewan ditangguhkan bagi membincangkan mengenai FDI negara seperti yang dilaporkan United Nations Conference on Trade and Development World Investment Report 2008. Penolakan usul tersebut dibacakan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee mengikut Peraturan Mesyuarat 18(2) kerana tidak perlu disegerakan sebelum sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2009 peringkat jawatankuasa.

"Saya menerima keputusan yang dibuat oleh Datuk Yang Dipertua, tapi ingin menggunakan Dewan ini untuk terus meminta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengambil isu ini dengan serius dengan tidak hanya mencatatkan wang pengaliran masuk dan tenggelamkan. "Harap menteri dapat memanggil sidang khas ahi Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat untuk bincangkan mengenai isu ini bagi kepentingan negara dan rakyat kerana ia ada kaitan dengan rakyat," kata Anwar dalam reaksinya terhadap penolakan usul tersebut. Menerusi usul tersebut, Anwar berkata, secara menyeluruh rantau ASEAN mengalami peningkatan kemasukan FDI yang besar mencecah RM209 billion untuk 2007 berbanding hanya RM116 billion untuk tahun 2006 iaitu bersamaan dengan peningkatan sebanyak 81.9 peratus.

[Parlimen Malaysia sebenarnya memang sudah hilang kreadibilitinya. Ia disebabkan kerana speaker-speaker yang dilantik menjadi "robot" kepada kerajaan yang memerintah. Jika dulu penggulungan Bajet 2009 yang dibuat oleh Menteri Kewangan, Najib Razak diterima biarpun ternyata satu "penyelewengan" apabila angka-angka diubah setelah berdebat selama dua minggu. Ransangan Fiskal yang sebenarnya "Bajet Baru" itu dikatakan tidak melanggar peraturan parlimen, walhal usul tersebut tidak langsung dihantar untuk disemak oleh Speaker. Namun dek keraja ia membabitkan kerajaan, lalu diterima. Begitu juga kes pembohongan ahli parlimen UMNO/BN, Nazri Aziz berhubung dengan pemecatan hakim. Sehingga ke hari ini sengaja dilambat-lambatkan dan esok sudah pasti kita tahu yang keputusan akan menyebelahi menteri UMNO itu. Dan kini usul FDI yang dihantar oleh Anwar pula ditolak atas alasan tidak perlu disegerakan. Walhal ia adalah untuk kepentingan rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Apakah maknanya semua ini?. Semua usul yang baik dibawa oleh pembangkang ditolak bulat-bulat oleh Speaker. Apakah ini rupa bentuk parlimen Malaysia? Lalu bergelak ketawalah PM, TPM dan Speaker melihat konspirasi parlimen yang skripnya telah dirancang bersama itu].




9 dari PAS diminta hadir di mahkamah

Sembilan ahli dan pemimpin PAS yang ditahan di perhimpunan pelancaran kempen mansuhkan ISA di Ampang Jaya malam tadi, dibebaskan dengan jaminan polis pada kira-kira jam 4 pagi tadi.

Mereka terdiri daripada ahli Parlimen Kubang Krian, Salahuddin Ayub; Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu; Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (WP), Kamaruzaman Mohamad; Ketua Unit Amal PAS WP, Sarifuddin Mohd Yatim, Mohd Sani Hamzah, Abdullah A Rahman, Mohd Amir Ali Mohd Shah, Hafiz Zulkifli dan Azman Abdul Hamid.

edmund bon 00Peguam Edmund Bon (kanan), ketika dihubungi berkata, Salahuddin dan Mohamad diminta hadir di Mahkamah Majistret Ampang Jaya pada 8 Disember lalu.

"Yang lainnya diminta hadir di mahkamah yang sama pada hari berikutnya. Kita akan lihat sama ada mereka akan didakwa atau tidak," katanya.

Malam tadi, kira-kira 100 orang berhimpun di sebuah padang di Ampang Jaya, tetapi anggota polis bertindak menyuaraikan mereka apabila Mohamad Sabu mula berucap pada kira-kira jam 9.26 malam.

anti isa protest ampang pandan indah protest arrest 241108 03Mohamad dan Salahuddin ditahan kemudiannya ketika mereka pergi ke balai polis Pandan Indah untuk bertanya mengenai tujuh orang yang ditahan sebelumnya.

Ketua Polis Ampang Jaya, Abdul Jalil Hassan kemudiannya memberitahu media bahawa mereka ditahan kerana enggan bersurai.

Pihak penganjur - Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) - dikatakan mahu meneruskan juga majlis pelancaran kempen mansuhkan ISA itu walaupun gagal mendapatkan permit polis.

Ketika dihubungi hari ini, Kamaruzaman mendakwa, kesemua mereka yang ditahan itu tidak dibenarkan bertemu dengan peguam ketika berada dalam tahanan polis.

Katanya, peguam-peguam tersebut telah beredar dari balai itu ketika beliau dibebaskan pada jam 3.45 pagi tadi.

Bon mengesahkan bahawa peguam-peguam diberitahu bahawa mereka tidak boleh masuk ke dalam balai polis.

anti isa protest ampang pandan indah protest arrest 241108 08Bagaimanapun, Abdul Jalil mendakwa sebaliknya, ketika dihubungi.

"Kita tahu mereka ada hak untuk bertemu peguam mereka, jadi kita benarkan mereka berbuat demikian di antara masa mereka memberi dokumen dan kenyataan," katanya.

Beliau juga berkata, pihak polis akan memutuskan tindakan yang akan diambil terhadap kesembilan mereka, apabila siasatan selesai dijalankan.

Perhimpunan Mac depan

Ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini, Salahuddin berkata beliau hadir di perhimpunan tersebut untuk memberitahu orang ramai supaya bersurai selepas mendapat tahu tiada permit dikeluarkan untuk mengadakan majlis tersebut.

salahuddin ayub and pas"Tetapi sejurus selepas lima minit, pihak polis datang dan menahan kami secara agresif," dakwanya.

Menurutnya, pihak polis seharusnya memberi permit bagi majlis seumpama itu.

Salahuddin juga berkata, satu lagi perhimpunan besar-besaran akan diadakan, sama seperti yang dianjurkan oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) Oktober lalu.

Katanya, ia akan diadakan Mac depan untuk membantah dan mendesak supaya ISA dimansuhkan.

Beliau bagaimanapun menolak tanggapan bahawa ia diadakan pada bulan Mac kerana ketika itu berlangsungnya pemilihan pucuk pimpinan Umno.


Apa Khabar Orang PAS di Kedah?



Minggu lepas saya berada di Kedah. Sembang-sembang dengan orang kampung sambil pekena cucuq kodok dan kopi "o". Dah lama tak kena angin bendang. Sejuk angin bendang, walaupun sepoi-sepoi bahasa.

"Apa khabar orang PAS di Kedah?" tanya saya kepada seorang kawan.

Nampak dia terperanjat. Mungkin dia tak menduga itu soalan saya. Soalan cepumas kot agaknya.

"Apa khabar orang PAS di Kedah?" tanya saya sekali lagi.

"Semua OK," dia balas sambil membetul-betulkan songkok putihnya. Matanya memandang tepat ke muka saya.

"Apa yang OK?" tanya saya.

"Semua OK. Kerajaan Negeri OK, parti OK," kata dia.

"Kalau semua OK, baguslah .. Alhamdulillah .. Eh, ada dengar tak tentang memorandum kawan-kawan PAS tentang Menteri Besar," tanya saya.

"Ah, itu semua fitnah. Penyakit orang iri hati, kerja orang UMNO," balas dia. Saya suka melihat keghairahan sahabat saya mempertahankan partinya. Ini jauh beza dengan orang UMNO. Ahli UMNO bukan menolak kawan-kawan naik atas, tetapi suka menarik pemimpin di atas supaya jatuh ke bawah.

"Memorandum tu dibuat oleh orang PAS," kata saya.

"Alaa, itu kerja orang UMNO," katanya berkeras. Saya hanya tersenyum. Tak mahu komen panjang-panjang.

* * *

Sebelah petang, saya menziarahi seorang Ketua UMNO Cawangan, pemimpin kecil dalam kampung. Mauduk perbincangan hampir sama.

"Apa khabar orang PAS di Kedah?" tanya saya.

"Uih, depa OK. Nampak steady saja Menteri Besar sekarang," kata beliau.

"Steady macam mana?" tanya saya.

"Steady la, tak ada masalah," kata Ketua UMNO Cawangan itu.

"Kalau begitu, problem la bagi UMNO nak ambil balik Negeri Kedah?" kata saya.

"Tak pa aih, orang PAS pun orang kita juga!" jawap Ketua UMNO Cawangan tadi dengan penuh keyakinan.

* * *

Sebelah malam, saya mengunjungi seorang lagi Ketua UMNO Cawangan. Tajuk perbincangan lebih kurang sama.

"Apa khabar orang PAS di Kedah?" tanya saya.

"Ini yang saya risau, depa makin kuat," kata beliau.

"Kuat macam mana?" tanya saya.

"Macam mana tak kuat .. Ni, tengok anak saya ni ... Saya, bapa dia ni Ketua UMNO Cawangan .. tapi bila dia balik rumah bercuti (anaknya kerja di Kuala Lumpur), tak habis-habis bercakap tentang Nik Aziz, Nik Aziz, Nik Aziz..." rungut dia.

"Dia tak cakap tentang Anwar Ibrahim ka?" tanya saya.

"Tak pulak. Anak saya tu tak berapa suka sangat dengan PKR. Dia tak habis-habis sebut tentang PAS," katanya.

"Bapa Ketua Cawangan UMNO, anak jadi ahli PAS!" kata saya mengusik.

"Tu la pasal, pening kepala!" kata beliau.

* * *

Pada satu malam yang lain, saya bertemu dengan seorang Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian. Dia juga G7 bahagiannya.

"Apa khabar orang PAS di Kedah?" tanya saya.

"Ah, depa la ni lekeh betul. Banyak perkara tak kena sampai Tuanku pun kena campur tangan," jawab beliau.

"Sampai macam tu sekali?" kata saya.

* * *

Itu perbualan saya. Kisah benar. Saya tidak berhasrat membuat apa-apa rumusan. Anda buatlah rumusan yang sesuai bagi menjawab soalan: "Apa khabar orang PAS di Kedah?"


Makan Malam Pakatan Rakyat

p1010055 p1010075

Selepas Pilihanraya Umum ke 12, ini merupakan pertama kali pimpinan Pakatan Rakyat berkumpul bagi melontarkan idea, berbincang serta bertikar pendapat dalam usaha ke arah perubahan yang ingin dilaksanakan ini. Bertempat di De Palma Hotel, Ampang lebih kurang 60 Ahli Parlimen dan 10 Ahli Dewan Undangan Negeri hadir sama dalam majlis ini. Majlis dimulakan dengan acara makan malam, kemudian ucapan dari YB Lim Kit Siang, YB Dato Hj Abdul Hadi Awang dan YB Dato Seri Anwar Ibrahim. Akhirnya pembentangan daripada wakil Merdeka Centre berkaitan pandangan umum terhadap pentadbiran Pakatan Rakyat di 5 negeri serta isu-isu semasa politik dan ekonomi tanah air.




Konsert Inul lagi…Pemuda PAS tetap bantah

inul02Kuala Lumpur - Pemuda PAS Wilayah akan terus membantah konsert Inul yang dijangka akan dilangsungkan pada 29 November 2008 ini di Stadium Putra Bukit Jalil. Diberitakan, permit konsert berkenaan juga telah diluluskan oleh pihak berkuasa.

Beberapa bulan lepas konsert Inul Daratista telah dibatalkan 2 kali, iaitu di Johor dan di sekitar Kuala Lumpur. Pembatalan tersebut mengakibatkan penganjur kerugian sebanyak RM 800 000.

Ketua Pemuda PAS Wilayah, Kamaruzaman Mohamad berkata ” Pemuda PAS akan sentiasa konsisten terus membantah perkara-perkara dan aktiviti-aktiviti yang mungkar. Seperti biasa langkah pertama, pemuda wilayah akan menghantar memorandum bantahan kepada pihak kerajaan yang meluluskan permit tersebut.” Jika masih tetap diteruskan juga kita akan gunakan kaedah yang lain yang lebih berkesan.”

Pemuda Wilayah berasa kecewa, jika konsert tersebut diteruskan. Pihak berkuasa ternyata tidak peduli dengan sensitiviti umat Islam. “Kita telah beberapa kali menghantar bantahan dan memorandum, tapi ternyata pihak berkuasa tidak mengambil peduli nasihat yang kita berikan.” ujar Kamaruzaman.




Najib Akui Politik Wang Makin Parah, Terbukti Rasuah Adalah Darah Daging UMNO !!

LIMA (PERU) - UMNO akan mengambil beberapa langkah lagi untuk membanteras politik wang dan ia mesti diperjuangkan secara menyeluruh, kata Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Bagaimanapun, secara realistiknya gejala itu tidak boleh dibanteras dalam masa terdekat, dan perlu ditunjangi oleh kekuatan politik serta komitmen yang kuat, katanya apabila diminta mengulas kenyataan bekas Presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan gejala politik wang masih menghantui Umno walaupun apabila Najib mengambil alih kepimpinan parti. Beliau berkata demikian kepada para pemberita Malaysia selepas menghadiri hari terakhir Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) di sini. Najib, yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, usaha membanteras politik wang perlu "ditunjangi oleh kekuatan politik serta komitmen yang kuat dengan apa cara yang boleh kita dilakukan." Usaha untuk membanteras gejala itu merupakan satu proses yang melibatkan satu tempoh masa yang tertentu, katanya. "Sebab masa Tun Dr Mahathir pun, ia juga memperjuangkan usaha untuk menghapuskan politik wang dan bila ia tamat sebagai Perdana Menteri dan sebagai Presiden UMNO, beliau telah menyatakan kekecewaannya kerana gagal untuk membanteras gejala itu."

[Politik wang atau lebih afdal dipanggil "Rasuah" adalah "darah daging puak-puak UMNO". Lucu benar jika ada pemimpin UMNO yang mendabik dada kononnya ingin berbicara soal benteras rasuah. Bagaimana harus mereka lakukan jika mereka menang pilihanraya itu pun kerana "jutaan wang rasuah" yang ditabur kepada rakyat yang tidak berdosa. Maka pemimpin UMNO akan menanggung dosa mereka di akhirat nanti. Gara-gara mahu berkuasa "wang berguni" dipunggah ke sana sini untuk membeli undi. Justeru itulah ia terbawa-bawa dalam pemilihan UMNO baru-baru ini. Rasuah berselerak bagai cendawan tumbuh disana sini. Kami mendapat maklumat seorang Ketua Bahagian berbelanja hingga jutaan ringgit untuk membeli perwakilan. Di UMNO Bahagian Jerantut, Pahang khabarnya perwakilan disogok sehingga RM5,000 seorang. Calon Ketua Pemuda Bahagian itu iaitu Wan Amizan menyogok RM2,000 seorang! Bayangkan berapa banyak wang yang dibelanjakan?. Begitu juga di tempat-tempat lain di seluruh Pahang ini. Kami mempunyai "kroni dalam UMNO" yang akan mendedahkan satu persatu penyelewengan ini. Sebab mereka pun "sekali" terjerumus dengan rasuah tersebut. Cukup dasyat "rasuah" yang berlaku dalam UMNO ini, ia sebagai petanda yang parti karat itu sudah berada di penghujung hayatnya. UMNO, Perompak Wang Rakyat Dan Perasuah Negara !].




Polis kecohkan keadaan, 9 orang ditahan



Seorang wanita antara 9 orang yang ditahan oleh polis ketika menyuraikan perhimpunan mansuhkan ISA di Dataran MPAJ malam tadi.

Anggota polis anti-rusuhan (FRU) mula bertindak menyuraikan perhimpunan tersebut pada jam 9:30 malam.

p1070335Pandan Indah, Ampang - 9 orang ditahan ketika perhimpunan bagi ceramah pelancaran untuk himpunan mansuhkan ISA diadakan di Dataran Ampang Jaya malam semalam. Polis yang berkawal sejak awal lagi bertindak menghalang orang ramai dari memasuki kawasan padang tersebut. 7 buah trak pasukan polis FRU dan 3 buah trak penyembur water canon juga telah ditempatkan disitu.

p1070318Mereka yang ditahan ialah Tuan Haji Mohamad Sabu, YB Salahuddin Ayob, Kamaruzaman Mohamad, Mohd Sani Hamzan, Saripuddin Mohd Yatim, Mohd Amir Ali Mohd Shah, Hafiz Zulkifli, dan Azman Abd Hamid.

YB Salahudin dan Tn Hj Mohamad Sabu cuba berunding bagi membenarkan program ceramah diteruskan tetapi tidak mendapat persetujuan pihak polis. Pihak polis hanya membenarkan Mohamad Sabu berucap selama 5 minit sebelum meminta orang ramai bersurai dari kawasan tersebut. Beliau sempat membuat pengumuman ceramah kempen untuk himpunan 100 000 mansuhkan ISA seterusnya akan diadakan di Stadium Selayang.

p1070327Belum pun sampai seminit Mohamad Sabu berucap, beberapa orang anggota polis yang berpakaian biasa cuba menangkap Mohamad Sabu dan beberapa pimpinan lain. Suasana menjadi lebih kecoh apabila polis menyergah dan menolak orang ramai dengan menggunakan perisai dan kayu. Beberapa orang yang hadir tersungkur apabila polis menarik dan menolak dengan cara yang agak keras.

Semua yang ditahan, dibawa ke Balai Polis Pandan Indah untuk diambil keterangan lanjut. Mohamad Sabu dan YB Salahuddin yang pada awalnya terlepas turut di tahan di luar perkarangan Balai Polis Pandan Indah, selepas membuat sidang media. OCPD yang kononnya ingin berjumpa dan berbincang dengan YB Salahuddin serta Mohamad Sabu, terus membawa mereka berdua ke dalam balai polis dan turut ditahan.

Semua tahanan dijangkan akan dilepaskan paling lewat jam 4.30 pagi ini.



SEORANG WANITA JADI HERO, PEWARIS PENGECUT?

Memalukan: Pewaris Mengganggu Ketenteraman Awam



Pada petang tadi (Ahad - 23 Nov 2008) sebuah pertubuhan yang digelar PEWARIS telah mengadakan perhimpunan di Kuala Lumpur bagi menunjukkan sokongan mereka terhadap hak-hak kepentingan orang Melayu di samping sokongan kuat kepada Akta ISA. Rata-rata di antara mereka yang berhimpun memakai T-Shirt tertera tulisan `YES To ISA'. Slogan hidup Melayu, sokong ISA diselikan dengan takbir menyebut kalimat `Allahu Akbar' dilaungkan. Amat mendukacitakan, tanpa rasa takut dan gentar kepada Allah SWT kumpulan ini menyeret nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang ini untuk bersama-sama mereka menyokong Akta ISA yang zalim itu. Berita TV BERNAMA melaporkan, hanya lebih kurang 200 orang yang berhimpun tanpa gangguan dari pihak berkuasa dan tanpa pancutan `Water Canon' jauh sekali dari dibelasah dengan cotar. Itu tidak menghairankan saya kerana sudah biasa melihat situasi begitu. Tetapi, apa yang menghiris hati saya ketika perhimpunan tersebut adalah dua perkara sahaja.

Pertama, saya begitu kesal dan sedih bila melihat kebanyakan daripada mereka yang menyertai kumpulan tersebut adalah terdiri daripada orang-orang tua dan pertengahan umur yang mungkin tidak beberapa lama lagi akan `dijemput' oleh Allah SWT menemuinya. Golongan-golongan ini bersuara lantang menyebut nama `Allah' diselang-selikan dengan jeritan menyokong Akta ISA. Terasa hiba juga hati saya betapa nama Allah disebut berserta dengan jeritan mereka menyokong akta yang tiada khilaf lagi dilaknat Allah ini. Apakah Allah meredhai perbuatan mereka ini? Andainya terdapat orang yang melihat perarakan dan perhimpunan tersebut terdiri dari orang bukan Islam, nescaya mereka berfikir bahawa Islam dan Allah juga merestui Akta ISA ini. Alangkah malunya kita yang mengaku beragama Islam jika Tuhan kita dianggap sedemikian rupa.

Perkara Kedua, kumpulan yang digelar PEWARIS ini berperangai seperti `kebudak-budakan' dengan menunjukkan `kejantanan'nya apabila mengejar seorang wanita. Amat memalukan, beberapa orang daripada kumpulan yang kononnya dianggap `Pendekar' Melayu dan `Hero ISA' ini merasa bangga dapat mengejar hanya seorang wanita. Wanita tersebut difahamkan menyuarakan sikapnya menentang Akta ISA di hadapan kumpulan ini, lantas wanita ini dikejar sehingga memaksa pihak Polis meleraikannya. Bagi sesiapa yang waras dan menyaksikan `drama' memalukan tersebut, siapakah yang layak digelar 'Hero' sebenarnya? Wanita yang berseorangan yang berani menunjukkan penentangan terhadap Akta ISA ini atau kumpulan PEWARIS yang mengejar wanita tersebut?

Bagi saya, sama ada kumpulan PEWARIS mahupun PERKASA atau letak sahaja apa pun nama yang kononnya berjuang untuk Melayu dan Islam, kedua-duanya sama sahaja. Mereka sebenarnya tiada sokongan dari majoriti orang-orang Melayu apatah lagi dari kaum lain. Kumpulan ini jauh dan terasing daripada orang-orang Melayu apatah lagi dengan Islam. Jika tidak kerana media, tiada siapa pun yang kenal apa itu PEWARIS atau PERKASA. Media banyak membantu mereka kerana perjuangan mereka yang songsang. Bukankah media-media perdana kita berselera dengan perkara-perkara yang songsang?
.

MERDEKA RAKYAT NEGARA PERKASA

Tuan Guru Dato' Nik Aziz ulas Michael Jackson

Michael Jackson buktikan agama Islam benar - Dato' Nik Aziz

KOTA BHARU - Keputusan penghibur terkenal dunia, Michael Jackson, 50 menganut agama Islam baru-baru ini membuktikan agama berkenaan benar dan bukan rekaan manusia.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, agama Islam diterima oleh sesiapa sahaja termasuk superstar dunia setelah mendapat hidayah daripada Allah Taala.

"Islam sendiri tidak pernah memaksa sesiapa pun memeluk agama itu kerana ia merupakan agama yang benar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan Persatuan Bekas Tentera Malaysia Ke-83 di sebuah hotel di sini semalam.

Beliau diminta mengulas keputusan penyanyi terkenal berkenaan memeluk agama Islam sebagaimana dilaporkan media semalam.

Penyanyi kontroversi Amerika itu menukar namanya kepada Mikaeel Jackson. Nama itu merupakan pilihannya sendiri. Mikaeel merupakan nama malaikat pemberi rezeki.

ImageJacko dibesar dalam lingkungan agama Kristian dikatakan mengambil keputusan menganut Islam semasa beliau menggunakan studio di rumah kawannya ketika merakamkan album baru.

Rakannya David Wharnsby seorang penulis lagu dan produser Philips Bubal menasihatkan beliau supaya memeluk agama Islam.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, tindakan Jackson itu membuktikan beliau tidak berpuas hati dengan agama yang dianutinya sebelum ini.

"Walau pun Jackson merupakan seorang penyanyi tersohor dunia, sudah tentu dia banyak membaca untuk mendapat maklumat berhubung kebenaran Islam.

"Memanglah dia tu penyanyi, semua orang kenal dia, tetapi tidak bererti dia tu menyanyi sahaja," katanya.

Beliau juga berharap penyanyi terbabit dapat mempromosikan Islam melalui tindak tanduk yang baik dan lirik-lirik lagu yang dapat memberi keinsafan kepada manusia serta mengakui kebesaran Allah.

Menurutnya, hanya agama Islam yang benar kerana diperakui oleh Allah Taala.

Kata beliau juga mereka yang sudah lama beragama Islam jarang mengambil peluang untuk mempromosikan agama itu kepada umum bagi menarik lebih ramai orang bukan Islam mendekati agama tersebut.

"Walau pun Islam tidak memaksa sesiapa memeluk agama suci itu, namun setiap dari mereka wajib berdakwah serta mempromosikannya kepada penganut agama lain.

"Kelantan sendiri tanpa disedari telah mempromosikan agama Islam dalam pentadbirannya seperti mengharamkan riba, menutup aurat, cuti dua hari dan pemberian manfaat kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas," katanya.

Beliau juga berkata, masyarakat bukan Islam termasuk Hindu pernah menjemputnya menyampaikan ucapan pada majlis anjuran mereka.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .