Ikuti Blog ini

Kontroversi: Nazri Berbohong Dilepaskan, Tapi Gobind Pertikai Keputusan Itu Pula Digantung !!


KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat berkuatkuasa hari ini kerana mempertikaikan keputusan Timbalan Yang Dipertua, Datuk wan Junaidi Tuanku Jaafar. Wan Junaidi sebelum itu memutuskan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz tidak perlu dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan berhubung kenyataannya dalam Dewan bahawa bekas-bekas hakim yang terlibat dalam krisis kehakiman 20 tahun lalu telah ditamatkan perkhidmatan lebih awal seperti saranan panel yang telah bersidang berhubung kes tersebut dan bukan dipecat oleh kerajaan. Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) sebelum ini meminta supaya Nazri dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana mendakwa apa yang dikatakan oleh ahli Parlimen Padang Rengas pada 6 November lalu di dalam Dewan itu sebagai perkara yang tidak benar dan satu pembohongan besar. Ketika itu, Nazri mengumumkan kerajaan telah membayar ex-gratia berjumlah RM10.5 juta kepada Mohd Salleh dan lima lagi bekas hakim kanan yang terlibat semasa krisis itu. Mohd Salleh menerima bayaran tertinggi dengan RM5 juta, Wan Suleiman (RM2 juta), George Seah (RM2 juta) manakala Tan Sri Wan Hamzah Mohd Salleh, Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdolcadeer dan Tan Sri Azmi Kamaruddin masing-masing mendapat RM500,000.

[Parlimen makin bercelaru dan haru biru dibuatnya. Menteri yang sudah terang dan nyata berbohong di parlimen, bahkan kenyataan itu disaksikan oleh jutaan rakyat Malaysia dilepaskan dari hukuman. Sebaliknya Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo yang mempertikaikan keputusan Timbalan Speaker itu pula yang digantung! Apa dah jadi dengan parlimen Malaysia. Jika di mahkamah mereka terima kenyataan orang berbohong, kini di parlimen pula mereka terima kenyataan berbohong itu. Rosak sistem dan amalan demokrasi di Malaysia hari ini. Sewajarnya semua Speaker Dewan Rakyat meletakkan jawatan, jika mereka masih lagi bersikap berat sebelah dan tidak berpegang kepada lunas-lunas keadilan dan profesional dalam mengendalikan perjalanan persidangan parlimen].

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .