Ikuti Blog ini

ISA MEMBELA ISLAM???


Lukisan ini dilukis oleh seorang tahanan ISA yang telah ditahan sejak bulan Disember 2001 hingga sekarang, masih lagi berada di Kem Kamunting.Beliau setiap tahun dibawa ke PRC untuk sessi "brainwash" dan telah mengikuti pelbagai kursus "rehabilitation" oleh JAKIM,ILIM,JABATAN PERTANIAN,KEM USAHAWAN,tetapi hingga kini, masih belum layak untuk dibebaskan.
Pelukis itu tidak pernah membuat Habeas Corpus dan tidak pernah dibawa ke mana-mana mahkamah untuk di buktikan kesalahannya.

Hampir semua tahanan ISA (lelaki) mendakwa mereka dibogelkan oleh sekumpulan polis cawangan khas untuk tujuan soal-siasat.

Adakah perbuatan ini dikira sesuai dilakukan oleh seorang yang berugama Islam?(Yang pastinya, ugama lain turut menentang perbuatan yang tidak bermaruah dan tidak berperikemanusiaan ini.)
Ini adalah komen biasa dari semua tahanan ISA berugama Islam:
1- Quran disorokkan oleh SB supaya tahanan tidak boleh membaca nya.
2-Tiada arah qiblat untuk solat.
3-Tidak diketahui waktu untuk solat kerana sepanjang masa hidup mereka dibawah lampu malap.
4-Pakaian tahanan disorokkan dan ada ketikanya tahanan terpaksa solat dalam pakaian yang minimum.
5-Tahanan tidak dibenarkan solat berjemaah.(beramai-ramai).
6-Tahanan ISA memang tidak dibenarkan solat Jumaat walaupun masjid hanya beberapa meter dari blok kediaman mereka.
Komen lain yang tidak bersangkutan dengan ugama.
1. Diminta berbogel.
2. Minum air kecing atau makan tahi sendiri.
3. Ditampar di tumbuk atau rambut dibakar.
Ada beratus-ratus penderaan dilakukan oleh SB@pegawai penyiasat kepada tahanan ISA supaya mereka mengaku dakwaan yang disediakan oleh Menteri Dalam Negeri.Dakwaan dan dituduhan disediakan oleh Menteri dan kakitangannya. SB adalah anasir yang akan memastikan dakwaan itu diakui dan diterima oleh tahanan yang dinamakan.
Contohnya mudah saja.RPK telah ditahan dibawah ISA kerana dikatakan memnyiarkan artikel yang menghina Islam. Adakah Menteri Dalam Negeri benar-benar membela Islam?Jelas, tindakan yang dilakukan keatas tahanan ISA Islam ini benar-benar membuktikan, siapa sebenarnya pengkhianat pada ugama mulia itu.
Siapa sebenarnya yang hidupnya bergantung pada ISA?



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .