Ikuti Blog ini

BUKIT GANTANG - Berita Yang Tercicir

GB tidak dapat turun dari kenderaan malam itu. Sibuk mencari kawasan yang ada talian broadband untuk membuat siaran radio TKO.fm/GB.fm (dalam kegelitaan malam) guna untuk melaporkan keputusan dari luar bangunan Dewan Perbandaran Taiping, disamping berawas dengan faktor keselamatan setelah melihat kehadiran "semut merah" di mana-mana.

Berikut diberikan laporan yang diambil dari blog ummuasiah mengkisahkan kenangan semalaman itu - yang jika dapat dilaporkan oleh GB pun kemungkinan ianya hampir sama, syukran kepadanya terutama foto=foto yang menarik.

------------
Alhamdulillah...Yesss...Kita Menang!!!...Pilihan Rakyat Menang...

Satu kejayaan yang amat manis dan bermakna sekali...apatahlagi apabila DYMM Tuanku Sultan sendiri telah menafikan hak rakyat untuk mengekalkan kerajaan Pakatan Rakyat di bawah MB DS Ir Nizar...dan setelah usaha Najib dan kuncunya merampas kerajaan Perak yang sah!!!


Ini pemandangan di suatu Simpang yang sibuk setelah kami keluar dari tol Cangkat Jering...meriah..

Memang betul... kami tak tahan tinggal diam di rumah dan menonton live dari computer sahaja... suami pulang dari kerja jam 3.45ptg... at 4.30 kereta kami meluncur laju di Lebuhraya PLUS.... dengan seorang anak yang demam tapi tak mahu ditinggalkan.



masing2 dlm perjalanan menuju ke pusat pengiraan undi di Majlis Perbandaran Taiping mungkin. Di lebuhraya hujan turun dengan lebatnya sepanjang perjalanan. Terlihat juga beberapa buah kenderaan dengan bendera PAS, DAP dan PKR berkibaran bergerak pulang dari hala Taiping...mungkin mereka ini sudah lama berada di Bukit Gantang...tiba masa untuk pulang ke pangkuan keluarga...




Orang ramai yang mula berkumpul menunggu keputusan rasmi, walaupun keputusan tak rasmi telah meniti dari mulut ke mulut yang kita dah menang dengan majority 3000 lebih!!!


Masing-masing sibuk membelek handphone menerima dan menyampaikan berita kepada yang tidak hadir..maklumlah...nak berita kat TV..tak dapat cepat punya...suspen giller...


Berbilang bangsa dan agama...tahan diri ditimpa hujan renyai...hanya untuk sama menikmati nikmat kemenangan.


High up in the air...yes...PAS bersama Pakatan Rakyat....buktikan kemampuan untuk memerintah dengan adil dan berkebajikan


Setia menunggu di dalam hujan yang renyai2


Boleh tahan ramainya, pasti ramai lagi di serata pelusuk tempat...dalam gelap


Ha... tengok.. tak tau lah upin ke ipin ke... datang juga.. kena dokong dengan ayah.... semangat tu upin ipin... besar nanti berjuang bersama ye..u ntuk Malaysia yang lebih aman sentosa untuk rakyat... betulkan?.....


Ketibaan calon P059...diarak...meraikan kemenangan walaupun keputusan rasmi belum diumumkan....


Lambaian 'First Lady Of Perak'....ha belum tentu DS Rosmah akan dapat peluang macam ni tau... jangan jeles dengan DS Fatimah Taat pulak.... tu la lain kali buat baik dengan semua orang... jangan jahat-jahat...


Lambain seorang pemimpin yang melalu berbagai dugaan namun sentiasa tersenyum... dan membuatkan orang tersenyum...


...lagi lambaian mesra...

FRU setia menjalankan tugas...di halang dengan kawat besi....


Berbagai ragam tak lepas peluang raikan kemenangan....setelah gigih berjuang


Dalam perjalanan pulang kami terserempak dengan truck FRU ini dan banyak lagi truck lain yang sama-sama menutup tirai perjuangan di P059.....habisla duit rakyat....


On the way balik kami tertarik dengan restoran ni...so kami u-turn and masuk ke dalam... patutlah... inilah restorannya yang saya terbaca dan terlihat di blog perisik rakyat.. tengok kat hujung sebelah kiri..ada banner besar...di dalam restoran pula sebelah kanan grup Ustaz Ahmad Awang dan isteri turut makan di sini..YB Sivakumar yang famous pun singgah, beserta beberapa orang pimpinan PAS pusat.

Makanan di sini sedap dan harganya amat murah. Semalam kami makan 2 pinggan kuewtiaw goreng dengan telur mata dan satu nasi goreng dan telur mata dan 3 gelas air teh panas dan teh o ais limau...harga RM13 sahaja...berbaloi kan....


Ini pemandangan di tepi jalan sepanjang jalan utama...mereka meraikan kemenangan...genggaman erat tanda mengekalkan kemenangan rakyat...jika diganggu kami akan bangun membela!!!


Ini pula....ha....dari kaum Cina...tengok tu...mereka pun gembira...thumbs up....yessss....kita menang...good job to all...kita bersatu.......jumpa lagi.......


Sebelum keluar dari parlimen Bukit Gantang kami singgah dulu di Markas Induk di Air Kuning.. terserempak dengan kereta comel dan antik ni... penuh dengan banner PAS dan calon di depan markas... baru nak ambil gambar dia dah gerak... so kami ikut belakang sampai dia belok baru boleh snap gambar... comel... slow and steady je... steady la pemandu ni...siap hon sepanjang jalan lagi...


On the way balik... semua sangkut dalam jam yang teruk sebelum sampai ke terowong... dalam terowong... dipenuhi dengan kenderaan peyokong PR... riuh membunyikan hon...dah hampir pukul dua rasanya...

Kami tiba di rumah dengan selamatnya jam 4.10 pagi..Alhamdulillah...memang berbaloi!!!!

Allah hu Akbar!!!!!




BERTAMBAH LAGI SEORANG ULAR DALAM SEMAK

Teringat dan terkenang ceramah Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Nor dalam mentafsirkan ulama-ulama yang menjadi pengampu kerajaan yang tidak berani berkata benar di depan 'boss' mereka.

Kata Almarhum, itu bukan Ulama' itu Ulaq (ular) dalam semak, bila depa kenyang depa dok diam tak kata apa-apa. Begitulah kiasan Almarhum kepada sikap Ulama'-ulama Umno yang mendiamkan diri sahaja walaupun terbukti kerajaan BN/Umno melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam.

Kini koleksi Ular Dalam Semak bertambah lagi seorang. Terbaru ialah Mejar Jeneral (B) Jamil Khair Baharom, orang Yan yang kampungnya tidak jauh dari Menteri Besar Kedah. Keluarga terdekat beliau pula memang pimpinan dan aktivis PAS. Ayah beliau pernah menjadi AJK PAS Kawasan manakala adiknya pernah diamanahkan sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan.

Kalau sebelum ini sudah ramai Ular Dalam Semak ini yang bila bisanya telah habis mereka dibuang bagaikan perumpamaan habis madu sepah dibuang. Antaranya Ular Dalam Semak ini ialah Abdullah Mat Zin, Hamid Zainal Abidin, Hamid Osman, Yusof Noor, Wan Mokhtar, Awang Jabar, Nakhai'e Ahmad, Dusuki Ahmad, Zainal Abidin Sakom, Syarifah Dora, Mustafa Taib, Nor Deris dan lain-lain.

Kemana mereka ini sekarang semuanya sudah menjadi kupang tembaga dan dilupakan setelah 'jasa' mereka mengHALALkan semua yang dilakukan oleh BN walaupun jelas ianya bertentangan dengan Islam.

Kini Jamil Khair pula masuk kategori Ular Dalam Semak yang sekarang ini bergandingan dengan Mashitah Ibrahim seorang lagi Ular Dalam Semak yang sudah 2 penggal bergelumang dengan dosa BN memerintah Malaysia.

Mereka ini akan tahu suatu hari nanti bahawa 'jasa' mereka mengHALALkan yang HARAM akan dibalas dengan sehina-hinanya oleh BN.

Seperkara yang saya ingin nyatakan di sini sanggup Jamil Khair ini duduk di sebelah sana menentang Tuan Guru Nik Aziz, Prof Dr Haron Din, Tuan Guru Abdul Hadi, Ustaz Taib Azamuddin dan rakan-rakannya sendiri senior atau junior seperti Ustaz Mohamad Hussin, Ustaz Idris Ahmad, Ustaz Nasir dan lain-lain.



Susulan Pelajar Buta Mata Terkena Kelongsang Peluru Gas Pemedih Mata, Kenyataan Ketua Polis Kelantan...

Saat-saat FRU melepaskan gas pemedih mata dan serpihan terkena pelajar





Inilah rupa keronsang gas pemedih mata FRU yang dilepaskan itu agaknya


Kenyataan terbaru Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi (foto) hari ini yang tiba-tiba mahu mempertahankan anggota polis yang terbabit menembak gas pemedih mata hingga menyebabkan mata seorang pelajar buta baru-baru ini amatlah dikesali. Selasa lalu seorang pelajar buta sebelah mata setelah terkena serpihan objek daripada gas pemedih mata ketika rusuhan penyokong bola sepak Kelantan di luar Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu Kelantan..


Ketika kejadian, Muhammad Huzaifah Mohd Noor, 18, dari Kampung Pasir Tok Kambing, Kedai Lalat, sedang mengemas barangan jualan di gerai minuman milik sepupunya, Abdul Rahman Hussein. Mata kanan Muhammad Huzaifah, pelajar jurusan Penyejukbekuan dan Penyaman Udara, Institut Latihan Perindustrian Pengkalan Chepa di sini, gagal dipulihkan walaupun menjalani pembedahan lebih empat jam di Hospital Raja Perempuan Zainab II sejurus selepas kejadian.

Menurut maklumat, mangsa terbabit berkata kejadian itu berlaku ketika beliau sedang membantu sepupunya mengemas barang di gerai yang terletak 100 meter dari stadium, dan bersiap untuk pulang. "Tiba-tiba saya tengok keadaan jadi kecoh dan orang ramai berlari sambil terdengar polis memberi arahan supaya bersurai. Saya berpaling ke arah anggota polis berkenaan yang kebetulan melepaskan gas pemedih mata ke arah saya, tanpa sempat saya mengelak, objek itu terkena mata kanan saya," katanya. Menurut seorang saksi, yang dikenali sebagai Abd Rahman berkata beliau sempat tunduk apabila gas pemedih mata itu dilepaskan yang terkena Muhammad Huzaifah dan beliau melihat darah keluar dari mata kanannya sambil menjerit kesakitan.

"Saya dan beberapa orang lagi terpaksa memapah beliau ke hospital yang letaknya tidak jauh dari tempat berkenaan," katanya. Satu laporan polis telah dibuat pada malam kejadian dan keluarganya turut menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terlibat.

UMNO Baru Milik Mahathir - Ku Li

Ahli Parlimen Gua Musang, YBM Tengku Razaleigh Hamzah menyatakan bahawa UMNO Baru adalah milik Mahathir, justeru itu beliau bebas keluar masuk UMNO sesuka hatinya.

Bekas Presiden UMNO itu adalah orang yang bertanggungjawab menubuhkan UMNO Baru, kata Tengku Razaleigh.

"Jika dia tidak berpuashati dengan apa-apa yang tidak menyenangkan hatinya dia boleh tingalkan parti semula. Ini partinya. Jika dia merasakan dia nak tinggalkan dia tinggalkan jika dia nak sertai semua dia serta semula. Kita semua kena menunggu semasa kita memohon menyertai UMNO sebelum diluluskan," katanya.

"Jika kita melihat kepada Perlembagaan UMNO Baru, kita akan melihat ada tandatangannya, di dalam Perlembagaan lama tidak ada tandatangan Datuk Onn," tambahnya.

Anggota Parlimen Gua Musang itu menafikan beliau memuji barisan Kabinet baru yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kemas dan berupaya sebagaimana yang dilaporkan media.

Bercakap pada satu sidang akhbar di pejabatnya di sini, beliau berkata keupayaan Kabinet baru itu belum lagi kelihatan dan adalah tidak adil bagi beliau menilai mereka yang baru sehari diumumkan.

"Apapun, kesemuanya adalah berorientasikan prestasi, itu bagus tetapi biarlah kita melihat mereka selepas enam bulan sama ada mereka berjaya untuk tidak berkhidmat sebagaimana yang mereka yang sepatutnya lakukan," kata beliau.







KEBIADABAN ISMAIL MERICAN MENGHASILKAN ISU ADI ANWAR


Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Ismail Merican di dalam usaha untuk melakukan "cover-up" terhadap jenayah yang dilakukan oleh pihak polis terhadap mendiang A.Kugan hari ini dijawab dengan satu lagi kezaliman polis, kali ini ke atas Adi Anwar yang Mansor dibelasah dan dipercayai diberi minum pelarut hingga menyebabkan dia koma dan dimasukkan ke unit rawatan rapi Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang 8 April lalu.

Dalam laporan polis hari ini, ibu kepada mangsa, Jiknah Harun meminta agar pihak polis menyiasat dan mengenal pasti punca anaknya, Adi Anwar Mansor yang ditahan pada 7 April lalu dimasukan ke ICU.

Adi dimasukan ke ICU dipercayai diberi minum pelarut hingga menyebabkan dia koma ketika ditahan di dalam lokap berkenaan.

“Apa yang menyebabkan anak saya minum pelarut dan tidak mungkin dia akan minum secara sukarela,” katanya kepada Suara Keadilan ketika ditemui di Ibu Pejabat Daerah Klang pagi ini.

Selain itu, ibu itu juga mempersoalkan tindakan polis yang tidak menghantar anaknya segera ke hospital ketika beliau mendapat kecederaan akibat dipukul oleh polis.

“Saya juga tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberi oleh OCPD (Ketua Polis Daerah) Klang bahawa anak saya menerima kecederaan disebabkan pergelutan.”

“Jika benar, kenapa dia tidak dibawa ke hospital dengan segera? Tetapi sebaliknya dibawa ke hospital selepas meminum thinner (pelarut),” katanya lagi.

Adi, bapa kepada seorang bayi yang berusia tiga bulan, ditahan di Jalan Kebun dan dikatakan melakukan kesalahan berkaitan dengan dadah.

Mangsa berkenaan dikeluarkan dari ICU dua hari kemudian dan sehingga kini beliau masih lagi berada di wad serta dalam keadaan bergari.

Jiknah juga berkata, Adi telah bercerita kepadanya mengenai bagaimana beliau dipukul oleh polis bukan sahaja didalam balai malah ketika didalam kereta menuju ke balai polis.

“Adi memberitahu saya bahawa dia ditendang dibahagian belakang, dipukul di bahagian kepala dan dipukul dengan hos getah sehingga tidak tahan dengan kesakitan,” katanya lagi.

Pengarah Kesihatan Usah Berbelit Lagi

Di dalam kes A.Kugan, banyak pihak telah melahirkan kekesalan terhadap kenyataan media Tan Sri Ismail Merican pada awal bulan April ini yang menyatakan perbezaan laporan bedahsiasat pertama dan kedua boleh dielakkan sekiranya terdapat komunikasi diantara pakar-pakar bedahsiasat berkenaan. Keadaan diperburukkan apabila bedahsiasat kedua hanya dilakukan seteah empat hari. Faktor itu membawa impak kepada badan simati.

Menurut Ismail, jawatankuasa berpendapat kecederaan Kugan itu diakibatkan oleh benda tumpul tetapi fleksibel seperti hos getah yang terlipat. Kesemua kecederaan yang ditemui tidak mencukupi untuk menyebabkan kematian secara lansung.

Seorang aktivis masyarakat menyatakan bahawa laporan yang dikemukakan itu adalah "bias" dan tidak komprehensif. Malah mereka yang menganggotai Jawatankuasa Siasatan tidak pernah didedahkan dan justeru itu kredibiliti mereka boleh dipersoalkan.

"Apa yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan ialah penubuhan Suruhanjaya DiRaja Siasatan untuk menyiasat kes Kugan, bukan jawatankuasa yang dilantik oleh kementerian yang boleh saja mengambil sikap berpihak lantaran tidak mengambilkira pandangan dari analisa dari pelbagai perspektif," ujarnya.

Keadaan sudah terdesak, Tubuhkan IPCMC segera

Sementara itu KETUA Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mohd Akin meminta agar Suruhanjaya Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) disegerakan kewujudanya.

Menurutnya, sehingga kini banyak kejadian yang telah berlaku dan nampaknya tidak ada jalan penyelesaian terhadap insiden-insiden yang dilakukan oleh anggota polis.

“Selepas empat bulan kes Kugan, kita dikejutkan lagi dengan kes Adi Anwar yang dicurigai dilakukan oleh polis, dalam keadaan kini adalah terdesak dan IPCMC harus dikejutkan semula,” katanya ketika ditemui untuk menemani keluarga Adi Anwar membuat laporan polis.

Pagi ini, kira-kira 50 orang berkumpul di hadapan IPD Klang untuk membantah tindakan polis melakukan kekejaman keatas Adi Anwar.

Kata beliau lagi Najib Tun Razak yang baru dilantik sebagai Perdana Menteri harus mewujudkan IPCMC bagi menunjukan komitmen beliau yang membawa pembaharuan.

“Kalau betul mahu bawa perbezaan dan pembaharuan, Najib harus tubuhkan IPCMC untuk memastikan perkara ini tidak berlaku sekali lagi,” katanya lagi

Sementara itu Ketua Angkatan Muda Selangor Khairul Anuar Zainuddin meminta agar Ketua Polis Selangor Khalid Abu Bakar meletakan jawatan.

Jelasnya, Ketua Polis itu gagal melakukan tugas dengan baik sehingga dua kejadian dalam lokap berlaku dibawah pentadbiranya kurang dari lima bulan.

“Bulan Januari, kita dikejutkan dengan kematian Kugan, dan sekarang pula Adi Anwar, kami menuntut agar Khalid meletakan jawatan,” katanya kepada Suara Keadilan.








DI SEBALIK MOTIF KHAIRY TIDAK TERPILIH??

RAMAI mengatakan secara umumnya Kabinet baru Najib di pengaruhi Tun Mahathir. Benar atau tiada dakwaan ramai itu sukar hendak dibuktikan. Yang lebih mengelirukan lagi bagaimana Khairy yang menang Ketua Pemuda UMNO tersingkir dari kabinet baru Datuk Najib. Sebaliknya Muhkriz yang tewas dalam pemilihan baru-baru ini dilantik selaku Timbalan Menteri. Ada pendapat menyatakan pengaruhi Mahathir membawa kepada perlantikan Mukhriz dan mengenepikan Khairy.

Kalau benar Najib sudah dipengaruhi oleh Tun Mahathir. Alamat system politik di negara Malaysia sekali lagi akan kembali kepada dictatorship. Pemerintahan zalim dan kuku besi di era Tun akan menjadi model pentadbiran Najib. Apakah ini akan menyumbang kekuatan UMNO semula? Satu persoalan besar akan terjawab selepas ini.

Lojik apa Khairy tiada dipilih apa-apa jawatan dalam Kabinet Najib. Alasan cuma Khairy diberikan peranan besar untuk memulih dan membina semula penyatuan dan kekuatan Pemuda. Apakah istimewanya peranan Khairy itu sehingga tergamak diketepikan dari kabinet semata-mata kerana peranan besar beliau dalam merencana serta merekayasakan semula kekuatan Pemuda UMNO?

Yang pastinya Pak Lah kecewa sesudah menerima tekanan hebat hingga melepaskan Jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Kini Khairy pula dimangsakan dalam politik UMNO yang serba mungkin boleh terjadi. Kasihan Khairy dan kasihan Pak Lah. Apa pun kita percaya sekiranya Mahathir di belakang Najib, awas rakyat akan mempergunakan ‘people power’ dan Makkal Sakti. Kuasa rakyat akhirnya akan mengatasi segala-galanya.


Lebih Baik Ahmad Said Bubarkan Sahaja DUN Terengganu

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita3/WDI.JPGKuala Terengganu – Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said disaran membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu sekarang, sebelum menghadapi krisis politik dan perlembagaan sebagaimana yang dihadapi oleh negeri Perak dewasa ini.

Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, ia adalah jalan terbaik kepada semua pihak bagi menyelesaikan krisis keyakinan yang sedang berlaku terhadap kepimpinan Ahmad.

“Dengan krisis keyakinan terhadap Menteri Besar (MB), bukan sahaja berlaku dikalangan pembangkang, malah berlaku dikalangan Ahli DUN Barisan Nasional (BN),

“jalan penyelesaian terbaik adalah MB mengambil tindakan pro-aktif, membubarkan DUN, sebelum berlaku krisis yang lebih kronik,”katanya ketika dihubungi Buletinonline.


Beliau yang juga ADUN Batu Burok berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan kenyataan Ahmad yang dipetik Bernama.

Ahmad memberi amaran berkata ADUN BN yang akan membawa usul undi tidak percaya terhadapnya ke dalam Sidang DUN yang dijadualkan bermula Isnin ini.


Mengulas lanjut, Dr. Syed Azman berkata krisis keyakinan terhadap Ahmad turut berlaku berlaku dikalangan pegawai kerajaan dan kakitangan anak-anak syarikat kerajaan negeri serta rakyat negeri Terengganu.

“Ahmad Said akan dipuji dan dikenang oleh rakyat sekiranya bertindak mengikut lunas undang-undang, membubarkan DUN dan mengembalikan mandat kepada rakyat,”tambah Dr. Syed.




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .