









TERKINI! Laporan Polis Pemuda PAS Johor
Hari ini Dewan Pemuda PAS Negeri Johor telah membuat satu laporan Polis di Balai Polis Skudai, Batu Sepuluh Johor Bahru berkaitan dengan penemuan 14 keping kad pengenalan bersama beberapa keping kad perwakilan UMNO oleh Sdr Za’aba Bin Haji Ibrahim, Ketua Pemuda PAS Kawasan Pulai pada 6 Jun 2009 lebih kurang pukul 6.15 petang di tempat pembuangan sampah berdekatan Taman Dahlia, Tampoi.
Penemuan ini merupakan satu sejarah yang cukup besar ertinya kepada politik negara kerana ia sudah pasti akan menguatkan bukti bahawa berlakunya penyelewengan terhadap sistem pengundian di dalam pilihanraya Malaysia.
DPPNJ mempersoalkan bagaimana kad pengenalan sebanyak ini boleh dijumpai dalam keadaan yang elok tanpa ada tanda-tanda ianya telah dilupuskan dan lebih mencurigakan ianya dijumpai bersama-sama kad perwakilan serta baju dan topi berlambangkan UMNO.
DPPNJ mendesak agar PDRM akan membuat penyiasatan segara terhadap laporan polis ini terutamanya kepada seorang Naib Ketua Wanita UMNO Cawangan Taman Baru yang mana kad perwakilannya turut sama dijumpai bersama-sama IC tersebut.
DPPNJ tidak teragak-agak untuk membawa perkara ini ke peringkat atasan termasuklah kepada ahli Parlimen PAS/PR untuk dibentangkan di dalam persidangan.

—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—
10 Jun 2009, Petaling Jaya- Kenyataan ini saya edarkan setelah berbincang dengan Ustaz Abdul Hadi Awang dan Sdr. Lim Kit Siang semalam. Kami mengulangi komitmen untuk memperkukuhkan kerjasama Pakatan Rakyat bagi menjayakan Agenda Perubahan. Kami berpendapat adalah penting untuk memberi peluang dan ruang kepada rakan-rakan parti komponen untuk menjelaskan pendirian mereka berhubung sebarang isu yang berbangkit. Kami percaya perselisihan kecil yang digembar gembur oleh media umno-bn tidak akan meretakkan permuafakatan yang terbina dari iltizam untuk membawa Perubahan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.
Perlu dijelaskan bahawa isu rundingan PAS-umno yang berbangkit dari kenyataan Ustaz Abdul Hadi pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar di muktamar tahunan baru-baru ini harus dilihat dalam konteks pidato Presiden Pas. Dalam pidato tersebut Ustaz Abdul Hadi mengulangi komitmen PAS untuk memastikan Perubahan terlaksana melalui wadah Pakatan Rakyat dan menggariskan kewajaran muafakat antara parti bagi menyelesaikan krisis Perak melalui pilihanraya, menggesa agar badan kehakiman bebas dari sebarang kongkongan dan pilihanraya yang telus.
Inshaallah permuafakatan Keadilan, PAS dan DAP akan bertambah utuh dari hari ke hari. Rakyat Malaysia mahukan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, telus dan cekap mentadbir bagi kembali memacu negara ini ke persada. Pakatan Rakyat bersedia menggalas tanggungjawab demi memastikan negara ini berada di landasan yang tepat.
ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT MALAYSIA
"Undang undang dah tak mampu kawal keadaan, Ia telah berlaku di luar jangkaan undang undang. Undang undang menjangkakan semua akan patuh kepada undang undang. Keadaan yang berlaku khususnya di Perak telah keluar dari kebiasaan undang undang" antara ungkapan kuliah haraki oleh Prof Dr Abdul Aziz Bari berkenaan krisis politik di Perak pada khusus dan krisis politik di Malaysia pada amnya. ... PerakExpress.com
Itu sahajakah yang kita bawa balik dari muktamar ? (Selain daripada cenderamata yang dibeli semasa muktamar.)
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS yang baru, Dato' Mahfuz Omar mencadangkan agar Dato' Husam Musa dan Mohamad Sabu diberikan jawatan yang penting dalam Dewan Harian PAS Pusat, lapor IRWAN MUHAMMAD ZAIN.
Beliau menegaskan kedua-dua pemimpin tersebut merupakan aset penting dalam PAS dan tidak seharusnya ia dipersia-siakan. Jika kedua-duanya tidak diberikan jawatan-jawatan penting ia pastinya akan merugikan parti, jelas beliau.
"Saya mencadangkan agar Dato' Husam dan Mohamad Sabu diberikan jawatan penting dalam Dewan Harian. Mereka berdua merupakan aset penting kepada parti dan ia merugikan jika kita tidak melantik keduanya memegang apa-apa jawatan penting," tegas Mahfuz.
Mahfuz juga menjelaskan, kedua tokoh tersebut merupakan 'public figure' yang m
ampu menarik sokongan terhadap PAS. Kedua-dua tokoh tersebut juga tegas beliau, mampu mengukuhkan kepimpinan PAS jika diberikan jawatan penting dalam Dewan Harian.
Mengulas perkara yang sama, seorang lagi Naib Presiden, Salahuddin Ayub turut sependapat dengan Mahfuz yang mahukan kedua tokoh penting PAS itu diberikan jawatan dalam parti.
Salahuddin menegaskan, beliau akan berusaha memastikan Husam dan Mohamad Sabu diberikan jawatan penting dalam Dewan Harian PAS Pusat.
"Kedua tokoh tersebut masih sangat-sangat diperlukan oleh PAS, jadi perlu keduanya dilantik jawatan penting dalam Dewan Harian. Andai kita membiarkan keduanya tanpa jawatan ibarat membiarkan kilauan permata malap kerana tidak tahu menjaganya," tegas Salahuddin.
Beliau juga menegaskan kedua tokoh penting itu mampu mengukuhkan kepimpinan PAS untuk menguatkan lagi Pakatan Rakyat dan memastikan kemenangan dalam Pilihan raya Umum ke-13 akan datang.
Dato' Husam Musa dan Mohamad Sabu sebelum ini merupakan Naib Presiden PAS. Mereka tewas dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden PAS pada Muktamar Tahunan PAS ke-55 yang lalu ditangan penyandangnya, Ustaz Nasharuddin Mat Isa.
malang sungguh suami makcik ni...Suami yang tiada maruah je yang membenarkan isterinya berlaku sebegini
Simptom di atas akan merebak jika tidak dibendung dengan cepat. Jika ianya merebak dan membarah, saya yakin BN akan mengambil kesempatan dan akan membubarkan parlimen kerana mereka yakin rakyat sudah sangsi kepada PAS/PR dan mereka akan menang dengan mudah kerana PR sendiri berada dalam kemelut dalaman yang hebat.
Untuk itu saya sekali lagi menyeru pimpinan atasan PAS membuat kenyataan segera berhubung ISU KERAJAAN PERPADUAN demi untuk memadamkan api dalam sekam yang kelihatan mula berkelip-kelip dalam diam dan tersembunyi.
Api ini jika tidak dipadam segera kemungkinan akan membakar sekam tersebut malah akan membakar bangsal dan rumahnya sekali. Pada masa itu siapa yang hendak dipersalahkan?
Dengan rasa rendah diri dan dengan hati yang tulus ikhlas saya mohon pimpinan supaya membuat tindakan cepat dan tangkas untuk mematikan isu ini dengan membuat kenyataan tegas bahawa PAS TIDAK PERNAH DAN TIADA CITA-CITA UNTUK MEMBENTUK KERAJAAN PERPADUAN DENGAN UMNO.
Jika ini tidak dilakukan saya yakin isu ini akan semakin merebah dan membarah.

Pengarah Pilihanraya PAS Datuk Mustafa Ali hari ini menggesa semua pihak untuk menghentikan polemik mengenai cadangan diadakan rundingan antara PAS-UMNO, mahupun saranan penubuhan kerajaan perpaduan Barisan Nasional-Pakatan Rakyat.
Mustafa sebaliknya mahu semua pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat memberi tumpuan memastikan gagasan itu mengekalkan kerusi DUN Manek Urai pada pilihanraya kecil bulan depan dengan majoriti menyakinkan.
Idea penubuhan kerajaan perpaduan BN-PR dilontar oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan menjadi antara isu yang hangat dibahaskan pada muktamar parti itu di Shah Alam minggu lalu.
Datuk Mustafa berkata PAS tidak mencari sebarang kerjasama politik dengan UMNO, malah mempersiapkan diri untuk menghadapi tonggak Barisan Nasional itu pada pilihanraya kecil Manik Urai 14 Julai ini.
Mustafa berkata Abdul Hadi telah melontar ideanya itu pada Jawatankuasa Kerja Pusat tetapi cadangan mengenai kerajaan perpaduan itu tidak dibincangkan secara terperinci atau diangkat sebagai agenda rasmi parti PAS.
Idea itu masih wujud tetapi hanya “sebagai satu konsep,” kata Mustafa.
Mustafa berkata PAS tetap komited untuk memperkasakan Pakatan Rakyat dan menolak sebarang bentuk kerjasama politik dengan UMNO.
Beliau berkata cadangan Abdul Hadi hanyalah untuk diadakan muqabalah dan “kami akan terus mengadakan muqabalah dengan semua pihak,” tambah Mustafa.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama-sama barisan kepimpinan parti yang baru, Timbalan Presiden Ust. Nasharuddin Mat Isa (dua dari kiri). Bagi jawatan Naib Presiden YB. Salahuddin Ayub (kiri), Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (dua dari kanan) dan Datuk Mahfuz Omar (kanan) pada Muktamar PAS di Stadium Malawati Shah Alam.| |
|
"Kompleks Sukan kita akan siap dan dapat digunakan pada awal tahun 2008. kemudahan-kemudahan ini dijangka siap sepenuhnya untuk SUKMA 2008. Saya percaya kegiatan dan tahap pencapaian sukan kita akan meningkat berikutan siapnya Kompleks Sukan yang indah dan hebat ini. "kata Idris ketika membentang Bajet 2008 sekitar November 2007. |
Bersiaplah BN Terengganu menyaksikan kejatuhan Kerajaan nya di Terengganu setelah runtuhnya Stadium Gong Badak ini.

Akhirnya terungkai juga satu episod setelah hampir dua tahun. Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan BN – Paloh hari ini memohon maaf secara terbuka kepada Haji Husam Musa.
Bertempat di lobby ADUN di Dewan Negeri Kelantan pada November 22, 2007, YB Nozula Mat Diah telah memanggil satu sidang media dan membacakan tuduhan-tuduhan rasuah terhadap Haji Husam sambil menunjuk beberapa bungkusan bahan bukti yang kebanyakkannya adalah print-out daripada blog Mohd Sayuti Omar.
Setelah sidang media tersebut, YB Nozula dan lebih sedozen ADUN BN Kelantan telah berarak bersama kontijen media ke Pejabat Badan Pencegah Rasuah (sekarang SPRM) Kelantan lalu membuat satu laporan rasuah ke atas Haji Husam dan Kerajaan Negeri Kelantan.

Haji Husam mendiamkan diri. Tuan Guru Nik Aziz pula memberi arahan supaya semua akses kepada dokumen Kerajaan Negeri di beri 24 jam sehari kepada BPR. Ahli-ahli politik dan pemimpin PAS semuanya bersetuju memberi kerjasama penuh. Syarikat-syarikat yang mendapat tender, kontrak dan permit balak juga diharapkan dapat berbuat perkara yang sama.
Pejabat mereka yang baik dan rapat dengan Haji Husam diselongkar. Dokumen-dokumen berkaitan dengan Haji Husam dalam apa bentuk sekalipun diimbas dengan amat berhati-hati. Pejabat Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan Air Kelantan juga tidak terkecuali.
Akhirnya, BPR menemui dari rekod Air Kelantan bahawa Haji Husam telah didapati belum melunaskan tunggakan bil air sejumlah lebih kurang RM200.00. Kakitangan terbabit ditekan dan disoal siasat bagi mewujudkan kes salah guna kuasa terhadap Haji Husam. Setelah tuduhan yang besar-besar didapati fitnah semata-mata, maka usaha diambil untuk mendakwa Haji Husam kerana terlewat melunaskan tunggakan bil air sebanyak lebih kurang RM200.00.
Husam dalam satu temubual media, menceritakan bagaimana dia menitiskan airmata bila melihat keadaan rumahnya dengan dokumen-dokumennya berselerak diselongkar semata-mata kerana terlewat membayar tunggakan bil air.
Akhirnya, BPR menutup kes setelah mendapati tiada satupun pertuduhan tersebut berasas. Husam menjelaskan tunggakan bil air tersebut dan para sahabat yakin, beliau kini insaf dan bertaubat untuk tidak melupakan tanggungjawabnya membayar bil utiliti.
Namun kegagalan BPR untuk menemui sebarang bukti yang setidak-tidaknya dapat memulakan pertuduhan ke atas Husam tidak meredakan keadaan. Bahkan media-massa langsung tidak mahu membantu menghebahkan secara adil bahawa Husam telah dibersihkan oleh BPR. Maka dengan itu, Husam memulakan tindakan menyaman YB Nozula Mat Diah dan beberapa akhbar.
Semalam, pihak YB Nozula telah tiada upaya melainkan membuat permohonan maaf seperti yang dituntut oleh peguam yang mewakili Haji Husam bagi mengelakkan kes itu dibicarakan. Mengelakkan kes itu dibicarakan tentu sekali melegakan banyak pihak terutama blogger yang segala tulisannya menjadi punca Nozula terperangkap.

Namun begitu, difahamkan Nozula juga adalah mangsa. Nozula ditekan oleh Annuar Musa yang ketika itu Ketua Pembangkang untuk menjadi hero setelah Nozula digantung dari menyertai Persidangan Dewan Negeri sehari sebelum itu kerana menendang ADUN PAS. Annuar Musa pula telah bertemu dengan seorang blogger sehari dua sebelum itu untuk mendapatkan pertuduhan-pertuduhan terhadap Husam.
Setidak-tidaknya, itulah yang dimaklumkan kepada pihak Haji Husam.

Sementara itu, Hari ini Blogger Mohd Sayuti Omar telah respons terhadap jolokan pendedahan smsnya kepada Husam dengan mendedahkan beberapa sms Husam terhadapnya.
Sms-sms Husam kepada Sayuti itu adalah seperti berikut,
Jelas kepada para pembaca kini, menerusi sms Husam yang didedahkan oleh Sayuti bahawa Husam menghantar sms itu kerana Husam telah diugut oleh Sayuti, lihat keratan sms Husam,
Kepada pembaca budiman saya bertanya, mengapa hendak Husam menghantar sms sedemikian jika dia tidak diugut?


