Mungkin tanda-tanda awal kekalahan UMNgOk/Barisan Nasiyonal yang seterusnya dan kali ni di Manek Urai pula...
Salam dari Manek Urai.


"Kalau betullah PAS menjadi punca balah, maka Nabi Muhammad saw juga menjadi punca masyarakat Arab ketika itu berbalah.
"Ini kerana PAS meniru apa yang dilakukan Nabi Muhammad saw. Apakah Nabi Muhammad saw menjadi punca belah. Sedangkan apa yang berlaku punca pecah belah datang daripada orang yang lawan Islam," kata Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Mursyidul Am PAS itu bertanya sekarang siapa punca berpecah belah, parti Islam atau parti kebangsaan yang berteraskan sekular.
Menurutnya, orang Islam kena tengok semula sejarah, adakah Nabi Muhammad saw menjadi punca perbalahan masyarakat ketika itu atau orang yang melawan ajaran dibawanya.
"Kalaulah Nabi Muhammad saw menjadi punca balah, maka apa yang dikatakan Mufti Perak itu betullah.
"Sedangkan baginda berbalah dengan bapa saudara dan masyarakat Arab bagi menegakkan Islam. Jadi siapa yang menjadi punca balah," katanya di sini.
Sebuah akhbar hari ini menyiarkan kenyataan Mufti Perak yang dianggap kecewa dengan gelagat sesetengah parti politik yang mendakwa Islam tetapi sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan bagi menegakkan ideologi politik mereka.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang Menteri Besar Kelantan berkata, PAS ditubuh di Pulau Pinang oleh alim ulama yang asal berada dalam Umno.
Namun katanya mereka keluar daripada Umno dan menubuh sebuah parti Islam pada 1951.
Beliau juga berkata, Umno ialah United Malay National Organization yang memperlihatkan parti itu berjuang berteraskan kaum.
"Jadi mengapa dia sibuk dengan kita, sedangkan dia parti Melayu. Pelawalah orang Melayu seramai yang boleh kerana mereka parti orang Melayu.
"Tetapi sekarang mengapa pula orang Melayu sudah ramai yang lari daripada Umno. Orang Melayu sudah lari kepada PAS, KeADILan dan DAP," tambahnya.
Menurutnya juga Umno selama ini secara jelas menyebut agama lain dan politik lain dalam perjuangan mereka.
Sedangkan beliau berkata, Islam meminta manusia berpadu sama ada dengan orang Melayu, Cina dan India.
"Kalau perpaduan sebenar biarlah semua kaum dalam BN dan Pakatan Rakyat berpadu," katanya.
Oleh itu beliau meminta supaya mufti terbabit supaya lebih baik menggunakan masa yang berharga untuk mempengaruhi Umno supaya tukar dasar kebangsaan kepada Islam.
"Berapa sen harga kaum Melayu atau bangsa Arab di Padang Mahsyar kelak. Dalam keadaan PAS masuk Perikatan dahulu lalu dengan dijemput pun PAS ditendang keluar.
"Inikan pula kita yang cuba sorong-sorong kepala. Sebab itu saya tengok sehari dua ini Umno macam orang gila talak pula," katanya.

Ini jurufoto antarabangsa yang saya import khas dari luar negara khusus untuk PRK Manek Urai Ini... kerjanya hanya ambik gambar je .... kalau nak tengok gambar-gambar yang lebih cantik dari kamera sonynya pi lah masuk kat blognya... Nama blognya Perisik Rakyat...

Dah penat la tu... selesai round seluruh Manek Urai... pekena durian 3 biji... bila panas badan, depa berdua ni ambik angin jap tepi lebuhraya... sebenarnya ada 2 orang jurugambar hari ini...satu perisik rakyat dan satu lagi tepinya tu ialah shamb.yeols dari blog Pro reform


KUALA KRAI: Badan Perhubungan PAS Kelantan menerbit risalah khas yang dikenali ‘Manek Urai Kito’ bagi menyampaikan maklumat kepada pengundi di Dun Manek Urai sempena pilihan raya kecil.
Ketua Editornya, Haji Rosidi Ismail berkata, risalah terbabit akan diterbit setiap hari sehingga sehari sebelum hari pengundian.
"Terbitan pertama pada 20 Jun lalu dan akan diikuti 28 Jun, 4 Julai dan hari penamaan calon (6 Julai) sehingga 13 Julai.
"Pada tarikh-tarikh tersebut orang ramai di Manek Urai boleh mendapat risalah tersebut setiap pagi. Ia akan diedarkan di setiap peti undi dan tempat-tempat yang menjadi tumpuan ramai," katanya di sini.
Oleh itu beliau berharap Manek Urai Kito menjadi bahan untuk menangkis segala tohmahan pihak lawan dan menjelaskan mesej PAS dan Pakatan Rakyat kepada pengundi.
Beliau yang juga Penolong Pengarah Penerbitan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri berharap skuad pengedaran Manek Urai Kito dapat menyebar secara lebih menyeluruh di setiap kawasan peti undi.

KUALA KRAI - Faktor hampir 99 peratus pengundi di Dun Manek Urai daripada kaum Melayu menjadi sebab utama Umno bingkas semula selepas menyepi pada pilihan raya kecil di Penanti.
Umno masih menganggap orang Melayu mudah diperbodohkan dengan umpan kebendaan berbanding kaum lain.
Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berkata, kedudukan posisi kaum di Manek Urai berbeza dengan pilihan raya kecil di tempat lain sebelum ini.
"Kalau sebelum ini kita lihat pilihan raya kecil lebih memihak kepada Pakatan Rakyat disebabkan pengundinya dari pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa.
"Namun situasi berbeza di Manek Urai kerana hampir keseluruhan pengundi orang Melayu. BN akan cuba menyogok seboleh mungkin untuk menawan hati pengundi," katanya.
Menurutnya faktor itu dilihat Umno boleh memberi kelebihan kepada mereka dengan mengumpan banyak kebendaan bagi menawan hati pengundi Melayu.
Berdasar kepada daftar pemilih sebelum ini daripada 12,272 pengundi di Dun Manek Urai bilangan pengundi bukan Melayu hanya seramai 88 orang, manakala pengundi pos sebanyak 83 orang.
Oleh itu Abdul Latif yang juga Yang Dipertua PAS Kuala Krai berkata, jentera kempen PAS dan Pakatan Rakyat terpaksa bekerja lebih keras bagi menjelaskan kepada rakyat umpan kebendaan yang sedang ditabur sekarang.



Ketegasan Abdul Hadi menolak perkara sebegini dijangka akan meredakan segera pertembungan dalam PAS sebelum ini. Abdul Hadi pula mengambil tindakan ini dalam keadaan kenyataan itu seolah-olah menyerang beliau sendiri selaku pihak yang mencetuskan idea kerajaan perpaduan ini.
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pusat PAS yang mengadakan mesyuarat khas malam tadi telah memutuskan calonnya yang bakal bertanding pilihan raya kecil kerusi Manek Urai bulan depan.
"Pada hari penamaan calon, InsyaAllah, semua pimpinan PAS Pusat akan hadir bersama di (pilihanraya kecil) Manek Urai,"katanya mengakhiri sidang media di pejabat Agung PAS semalam.

Perjumpaan khas itu turut dihadiri oleh Nasharuddin, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din; Naib Presiden - Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar - Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, bekas naib presiden, Ahmad Awang, Ketua Dewan Pemuda, Nasruddin Hassan dan Ketua Muslimat Nurida Salleh.
