Ikuti Blog ini
SAH sahih confirm UMNO parti perkauman. ,Rabu, Disember 09, 2009 at 9.12.09,
Apa kata ahli Umno yang miskin ? , at 9.12.09,
Memetik sumber dari Paradigma, tulisan Haji Banang berkaitan kandungan sebuah buku, Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times yang mendakwa Malaysia mengalami kerugian kewangan secara langsung berjumlah kira-kira RM50 billion sepanjang tempoh 22 tahun pemerintahan Dr. Mahathir.Jumlah itu bertambah sekali ganda jika diambil kira kerugian lain yang ditanggung, seperti pelupusan hutang tanpa rekod.
Berasaskan nilai pertukaran matawang, ‘kerugian’ RM100 billion itu bersamaan dengan AS$40 billion. Buku itu, yang ditulis oleh Barry Wain, bekas editor Asian Wall Street Journal, mendakwa kebanyakan kerugian berlaku pada sekitar tahun 1980-an dan antara penyebabnya ialah percubaan kerajaan untuk memanipulasi pasaran timah dan pertaruhan Bank Negara dalam pasaran matawang.
Penulis itu, yang kini menjadi penulis residen di the Institute of Southeast Asian Studies in Singapore turut mendakwa Mahathir menggunakan sumber kewangan rahsia untuk membolehkan UMNO, yang diterajuinya ketika itu berkembang menjadi sebuah konglomerat besar dengan pelaburan dalam setiap cabang ekonomi.
_______
*Namun pelaburan konglomerat itu tidak terdasar kepada golongan ahli-ahlinya yang miskin seperti dalam gambar ini. Kesian ahli miskin Umno ini. Cerita lanjut klik di sini.
Bila disebutkan 'konglomerat' mungkin hanya golongan terbatas seperti foto dibawah ini yang dipandang tinggi oleh pemimpin Perikatan khususnya ketika itu, kini dan selamanya. Sebahagian dari gambar-gambar rumah Dato Mukhriz yang dirakamkan ketika "house warming" suatu masa dahulu.Terkedu pakcik ahli Umno seumur hidup tu bila ditunjukkan 2 keping foto dibawah kepadanya ketika kunjungan ke-2 tempohari. Jangan terperanjat jika beliau ada umur dan bertemu PRU13, pangkah pakcik ini tidak lagi untuk Umno kerana Umno busuk hingga ke usus, chedet kata.
1Malaysia Perlu Seronok dengan Pergaduhan ini , at 9.12.09,
Nazri called Dr Mahathir a “bloody racist” for defending BTN courses while reasserting the Cabinet’s earlier decision to overhaul the programme in line with the policy of 1 Malaysia mooted by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak. - More hereKan dah cakap dah. UMNO ini memang parti sialan!! Umno ni parti perkauman yang menyesatkan! Puak lahanat pencacai sialan umno, Pukida, Cybertroper cakap DAP perkauman, gilake dia orang!
Hi Nazri, Mandey suruh Lu belah.
“He (Nazri) said I am racist? Don’t ever say he is not, because he knows everything very well. He belongs to a party and that is a racist party, which is Umno. Umno is a party ‘perkauman’ and it’s meant only for Malays and nobody [else] can join in. So he is in a racist party but said he is against racism. So he should resign from the party,” Dr Mahathir had told reporters at the Kuala Lumpur Convention Centre today.- Jahat kan!! Jahat betullah pemimpin-pemimpin umno ni kan. Kan kan kan...!!! Masa Tun Mahathir berkuasa sebagai perdana menteri, Nazri ini yang paling lantang membodek Tun. Sekarang bila Tun Mahathir sudah tua, nyanyok, mamai dan merepek, si Nazri ni hina dan caci Tun pula. eh... eh... ehhh. jahat sungguh Nazri.
Tapikan, balik-balik fikir, padah dengan muka Mandey tu...!!!
Nazri Aziz kata Mandey keluarkan kenyataan yang amat BODOH...!!! Dah betul le tu. Saya tak cakap. Orang PKR tak cakap. Pemimpin umno sendiri yang cakap Tun Mahathir BODOH. Kurang ajar betul Nazri ni.
KUALA LUMPUR, Dec 8 — Minister in the Prime Minister’s Department, Datuk Seri Nazri Aziz, lashed out at Tun Dr Mahathir Mohamad today and described the former premier’s remarks as the “most stupid statement” that he has ever heard.
- Lihatlah wahai rakyat satu Malaysia betapa hina dan jijiknya perangai pemimpin-pemimpin umno. Mereka langsung tidak menghormati bekas pemimpin mereka yang sudah tua dan nyanyok...!!!
Kalau pemimpin UMNO perangai macam ini, bayangkan macam mana pulalah perangai pencacai UMNO...!! Patutpun orang cakap PUKIDA tu iblis jelmaan....!!!!
Konvensyen Pakatan Rakyat Pertama. , at 9.12.09,

TANDAKAN TARIKAH HARI SABTU 19 HARIBULAN INI
Tarikh permulaan terjalinnya secara resmi
setiakawan tiga biah parti politik
yang akan mengubah rupa bentuk
politik malaysia.
datang jagan tak datang !
Kejayaan Mesyuarat PAFA,Mencerminkan Kematangan Ahli Majlis dan Presiden. ,Selasa, Disember 08, 2009 at 8.12.09,
Mesyuarat Ahli Majlis PAFA yang dipegerusikan oleh YB Haji Muhammad Nizar selaku presiden PAFA bermula jam 2.15 petang tadi diadakan di Bilik Mesyuarat PAFA.Tetapi oleh kerana Bekas Presiden Kelab Penyokong Perak Sdr. Jamil Osman yang telah dipecat pada bulan november yang lalu tiba-tiba hadir dan menyuarakan ketidakpuasan hati beliau diatas pemecatan tersebut menyebabkan mesyuarat tergendala seketika.Presiden menerangkan bahawa Sdr. Jamil banyak mengeluarkan kenyataan yang menentang Presiden dan sering mendesak YB Haji Nizar agar melepaskan jawatan,oleh kerana beliau sudah tidak sehaluan lagi dengan PAFA maka terpaksalah pemecatan dilakukan untuk kebaikan pengurusan Bolasepak Perak.
Desas-desus akan diadakan usul untuk memecat YB Nizar dan mengadakan EGM,langsung tiada kedengaran dan dibangkitkan.Suasana mesra dikalangan Ahli Majlis memutuskan bahawa tidak akan ada campurtangan politik dalam bolasepak perak,segala hutang dan kebajikan pemain akan dijaga dengan penuh amanah.
Sebidang tanah kepunyaan PAFA yang hampir 10 tahun tidak dimajukan,akan mula diusahakan oleh PAFA agar segala hasilnya dapat membantu kewangan PAFA pada masa akan datang.
Untuk menguatkan lagi komitmen dikalangan Ahli Majlis maka mesyuarat PAFA akan diadakan sebulan sekali.YB Haji Nizar menyatakan bahawa Presiden FAM memberikan kepercayaan yang sepenuhnya kepada beliau agar dapat membangunkan Bolasepak Perak tanpa ada campurtangan politik dan sentiasa menjaga keperluan dan kebajikan pemain.
Dengan segala perancangan dan keputusan yang telah diambil dalam mesyuarat itu,serta sokongan yang akan diberikan oleh Kerajaan Negeri,maka kesimpulannya,pihak BN kini sudah mengakui bahawa PAFA yang diketuai oleh Presidennya YB Haji Nizar mampu mentadbir Bolasepak Perak dengan baik..Syabas Yeoppp....
Pecah tembelang - BN disaman RM546 juta. , at 8.12.09,
Ust. Azizan minta rakyat tegur kesilapan kerajaan negeri. , at 8.12.09,
ALOR SETAR, 8 Dis: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Razak meminta rakyat negeri itu menegur dan memberitahu tindakan silap dan boleh dianggap zalim yang dilakukan kerajaan negeri.Berucap pada himpunan bulanan bersama kakitangan kerajaan negeri di Wisma Darul Aman semalam beliau memberitahu, kerjasama rakyat itu sangat perlu bagi memudahkan kerajaan negeri bertindak segera bagi membetulkan segala kesilapan demi kesejahteraan rakyat negeri itu.
"Saya mintak semua rakyat tolong tunjuk di mana kerajaan sekarang buat zalim supaya kita dapat baiki.
"Kita mengaku tak semua kita buat adil, kita tak mahu nak jawab depan Tuhan," katanya ketika berucap dihadapan kakitangan dan pegawai kerajaan negeri semalam.
Pada perhimpunan tersebut beliau turut mengingatkan kesemua kakitangan kerajaan negeri cermat dalam menunaikan tanggungjawab pentadbiran agar tidak menzalimi rakyat.
Beliau tidak menolak kemungkinan, kerajaan negeri tidak terlepas dari melakukan perkara tersebut dalam urusan pentadbiran."Kita ni pegawai kerajaan. Saya menteri besar, ni ketua jabatan dan exco, kadang-kadang kita buat perkara zalim kat orang, sengaja dan tidak sengaja.
"Saya tekan sangat jangan buat zalim pada orang," katanya .
Lebih lebih lagi katanya, doa orang dizalimi langsung tidak terhijab dan akan dimakbulkan Allah.
Sehubungan itu semua kakitangan di semua peringkat ujarnya perlu berhati-hati agar tidak terjerumus dalam melakukan tindakan yang boleh disifatkan sebagai zalim.
Nik Aziz melawat tempat kejadian kemalangan KB MALL , at 8.12.09,
Rayuan derma & tunjuklah simpati..pada Ahmad Lutfi ,Isnin, Disember 07, 2009 at 7.12.09,
Beberapa hari lalu saya tidak berada di dalam kawasan, al Hamdulillah sekarang ada sidikit kelapangan untuk saya berbicara beberapa perkara dalam ruang ini.
Saya telah menerima maklumat bahawa Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman telah menjalani rawatan jantung iaitu prosedur angioplasty untuk memasukkan balon dan tongkat bagi membuka saluran jantungnya yang tersumbat. Pembedahan ini memerlukan kewangan yang melibatkan angka yang besar.
Ahmad Lutfi Othman seorang perjuang reformasi semenjak di Universiti lagi. Seorang yang low forfile tidak menonjolkan diri, mempunyai pemikiran terbuka, kritis dan semangat waja.
Jasanya di Harakah cukup besar walaupun beberapa kali beliau telah di "buang" daripada Harakah dan masuk semula untuk beberapa kali dengan rendah diri dan tidak pernah mengungkit kisah-kisah lama kenapa dia disingkirkan sebelum ini.
Ya seorang yang bekerja kerana Islam bukan kerana manusia sejagat! Sukar memperolehi manusia seperti ini di zaman muktahir ini.
Pernah bawa keluarga tidur dalam Toyota Unser, tidak pulang ke rumah demi menjaga keselamatan keluarga bila beliau membuat serangan beberapa siri pendedahan kebajetan pemimpin-peminpin Negara!
Hasilnya seorang Menteri Besar telah tumbang dan seorang lagi hampir tumbang!!
Ahmad Lutfi perlu dibantu, dimana beliau ingin mendapatkan wang sebegitu banyak jika kerja yang ditawarkan oleh akhbar-akhbar lain dengan kemewahan di tolak semata-mata ingin bersama dengan arus perjuangan Islam yang banyak menggunakan wang dan duit saku sendiri?
Sampai masanya untuk kita buktikan apa yang kita selalu bercakap tentang teori ukhwah, persahabatan dan perjuangan. Kita mesti membantu merasa perit maun yang dirasai oleh Ahmad Lutfi Othman. Kita mesti meringakan bebannya.
Jangan sampai nanti ada sahabat-sahabat UMNO yang kita benci dan nista mendahului kita memberi bantuan. Jangan pelekeh kenyataan saya. Semasa Ahmad Lutfi di dalam tahanan ISA dahulu, sesiapa yang berusaha mengeluarkannya. Bukan Pemuda UMNO Selongor !! Siapa yang bantunya semasa dia di saman??
Kita mahu ada orang bekerja dengan Islam sepenuh masa.. Tapi kita tidak bersedia membantu mereka... Jika ini sikaplah kita masa depan perjuangan kita masih jauh...
Saya menyeru dalam kesempatan ini bantu seadanya untuk meringankan beban beliau, semoga Allah akan memberikan kita kemuliaan disisiNya....
Akaun Maybank anak Sulong Ahmad Lutfi Othman (Ahmad Luqman Hakim bin Ahmad Lutfi) 162179670906
.........
** Saya juga diminta untuk maklumkan kepada HISBI ISLAMI UTM untuk sebaran dan bantuan kewangan.
Program Motivasi dan Teknik Penunggangan Selamat. ,Ahad, Disember 06, 2009 at 6.12.09,
Tragedi KB Mall: 2 maut 3 cedera parah, kereta menjunam ke dalam supermarket , at 6.12.09,

salah seorang mangsa yang cedera parah terkena bongkah batu dan kereta meninggal dunia serta merta di tempat kejadian.Mengikut maklumat pengawal di situ kedua-dua mangsa yang tekorban adalah pelajar dari kolej perubatan swasta Masterskill bersebelah KB Mall.

setelah berita ini tersebar, ribuan yang datang membanjiri di hadapan KB Mall untuk mengetahui cerita sebenar dan melihat sendiri apa yang berlaku di dalam supermarket KB Mall.Sehingga berita ini ditulis semua pintu utama supermarket masih lagi ditutup.Orang ramai masih lagi menunggu berita terkini dari luar KB Mall. gambar ini dirakam dari tingkat 3 tempat Parking KB Mall di mana tempat kereta merempuh benteng simen.

Pecahan siling dan Lubang besar yang terbentuk akibat dari rempuhan kereta yang hilang kawalan dari parking tingkat 3.Dari pecahan benteng simen inilah kereta menjunam ke dalam supermarket.

Beberapa orang anggota Polis sedang memerhati pecahan dinding konkrit simen yang pecah akibat rempuhan kereta.Dari tempat inilah kereta yang hilang kawalan telah merempuh dan masuk menjunam ke dalam supermarket.

Dalam kita semua dok kalut urus tragedi dan mangsa-mangsa... 3 ekor ni kalut dok mencuri pakaian.Salah seorang tu abg aik dan saya sempat tangkap..bagi upah mencuri sikit.selepas 10 minit, sekor lagi kita dapat tangkat sedang bersembunyi dalam kedai pakaian yang telah ditutup... alasan 3 ekor ni pada pengawal2 senang je,, depa nak ambik helmet yang tertinggal kat dalam KB Mall.Teruk juga Pengawal2 tu bagi upah menipu kat 3 mangkuk ini.
Di kota bharu, kelantan, dua orang pelajar perempuan masterskill maut dan seorang lagi parah selepas sebuah kereta dari tingkat tiga sebuah pasaraya kb-mall terjunam sebelum menghempap mangsa.
Kejadian berlaku jam 5.40 petang tadi.
Menurut saksi yang melihat kejadian itu berkata, ketika kejadian, pemandu kereta jenis mazda dan dua lagi penumpang kesemua-nya dipercayai wanita, sedang belajar memandu di tempat letak kereta atas bangunan pasaraya itu.
Kemudian, kereta yang dipandu itu gagal dikawal dan merempuh bumbung pasaraya berkenaan sebelum terjunam ke eskalator yang berada ditingkat dua.
Pada ketika itu, mangsa, siti nor amira samsuddin 19, siti nor diana azman 18 dan rashidah ahmad lutfi 24, berada di-eskalator berkenaan.
Mangsa, siti nor amira yang cedera parah dikepala mati ditempat kejadian, manakala siti nor diana mati dalam perjalanan ke hospital setelah pendarahan teruk di kepala.
Manakala rashidah cedera parah,dan masih berada di unit rawatan rapi,i-c-u, hospital raja perempuan zainab dua kota bharu.
Bagaimanapun, pemandu dan penumpang kereta berkenaan dipercayai melarikan diri.
Kejadian itu turut menggemparkan pengungjung di pasaraya berkenaan.
Ketua polis daerah kota bharu, a-c-p zahruddin abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Bagaimanapun polis masih menyiasat kes itu dan meminta pemandu dan pemunpang kereta berkenaan tampil dan membuat laporan polis bagi membantu siasatan.
Buat sementara waktu pasaraya kb-mall di tutup kepada orang ramai sehingga siasatan selesai dan ia disahkan selamat untuk dikunjungi.


















