Ikuti Blog ini

P094 - Bicara foto dari Felda mengerunkan BN

albanjari - Salam soldadu dari Dataran Felda Bukit Tengi, Ulu Bernam, Selangor. Pada pagi ini dilangsungkan gerak gempur Pimpinan Rakyat bersama TGNA di program Himpunan Warga Felda Kebangsaan ke-2, di Sungai Tengi.

Kehadiran eksklusif TGNA disambut hebat oleh warga Felda pagi tadi. Dibawah dihimpunkan sebahagian foto yang sempat diupload untuk tatapan pembaca blog albanjari Online.

Kredit khusus buat krew ABO yg sejak lepas solat subuh telah mula bergerak ke Felda Sg. Tengi yang jaraknya dari Bukit Sentosa lebih 80km jauhnya.

Untuk misi akhir ini, biarkan foto bicara. Teks ucapan dan amanat besar TGNA, Zaid Ibrahim serta pimpinan tinggi Pakatan Rakyat akan menyusul nanti. Kemenangan kian diambang..hancur BN, Felda bukan milik mutlak Umno/BN kini. Sengitnya bakal menambah hitamnya kecewa BN. Sehitam awan yg mula dilihat mendung di Hulu Selangor.

Sepadu ikatan kukuh pemimpin Pakatan untuk calon PR - Zaid Ibrahim

Hassan Ali melirik jam Zaid, mungkin menhitung detik2 yg kini kian hampir pada titik akhir kempen. Kurang 10 jam tempoh kempen akan tamat.

Kehadiran TGNA - sambutan yang sangat luarbiasa

Kemesraan yang bukan dibuat-buat. Orinya wajah-wajah pimpinan bersama Zaid pagi tadi.

Kekalkan kemenangan. Nyahkan pembohongan BN.

Hampir 2 ribu peneroka hadir ke program pagi tadi

Kejutan untuk BN/MIC. Peneroka kini kian bijak menilai kerajaan. Dibawah kandid yang sempat dimuatkan. Sekadar melayan mata. Namun punya maksud tersirat.

Mai..ana tolong pegang mikrofon, hang cakap jer terus.

Zaid untuk Rakyat

Seorang penyokong gerombolan sedang menanggalkan tanduk syaitan di kepalanya ketika TGNA berucap. Alhamdulillah..hidayah telah mula sampai..Jahanam Umno ! Undi untuk Zaid. Peneroka Felda Sg. Tengi bersama Pakatan Rakyat. Insyaallah..

PM dicabar hadir debat perdana malam ini


Naib Presiden PKR Azmin Ali mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berdebat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini, sekali gus mengesahkan ura-ura program tersebut yang diiklankan melalui kain rentang di pelbagai tempat.

“Malam ini (24 April) debat Datuk Seri Anwar dan Najib, permit polis sudah dapat. Kalau tidak berani bagi Rosmah (Mansor ganti),” cabar Azmin dalam ceramah perdana Pakatan Rakyat di Sungai Buaya malam semalam.

Katanya, Najib dipersilakan hadir dengan membawa penyokongnya di stadium mini Kuala Kubu Bharu bagi berhujah tetang kewajaran kerajaan melantik Apco Worldwide sebagai firma perunding kepada kerajaan Malaysia.

Semalam, dilaporkan beberapa kain rentang dipasang mendakwa Najib akan menyertai debat perdana dengan Anwar di Kuala Kubu Baru pada jam 9 malam ini.

Hebahan media mengenai program kempen calon PKR Datuk Zaid Ibrahim pula menunjukkan Anwar, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Zaid akan juga hadir pada ceramah di situ.


Bagaimanapun, seorang pegawai pejabat perdana menteri dilaporkan menafikan Najib akan menyertai majlis debat itu.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR ketika ditemui pada ceramah yang sama di Sungai Buaya berkata, walaupun tiada sebarang surat rasmi dihantar bagi menyatakan cabaran itu, ia sudah cukup untuk “berkomunikasi” dengan Najib.

“Saya percaya Najib pun tidak masuk pejabat sekarang,” katanya ketika ditanya tentang cabaran yang hanya dibuat melalui pentas ceramah dan kain rentang sahaja

Info Sulit, Calon PKR Datuk Zaid Ibrahim Mendahului Sokongan Rakyat Untuk Memenangi Pilihanraya Kecil Parlimen P94 Hulu Selangor Ini


Maklumat terkini kedudukan sokongan rakyat dan pengundi berdaftar Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor sekarang ini masih lagi berpihak kepada Pakatan Rakyat 65% dan Barisan Nasional 35%. Jika senario ini terus berkekalan maka harapan untuk melihat Datuk Zaid Ibrahim menewaskan calon BN, P.Kamalanathan dengan majoriti yang lebih besar pasti akan tercapai. Apapun masih ada sehari lagi kempen pilihanraya itu. Seperti biasa ceramah anjuran Pakatan Rakyat senantiasa dibanjiri dengan ribuan rakyat namun ceramah BN hanya beberapa kerat penduduk yang terhegeh-hegeh untuk mendapatkan sumbangan kebajikan yang ditawarkan. Melihat kepada apa yang berlaku, ternyata rakyat amat menghargai segala jasa dan kebajikan yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada mereka, biarpun baru dua tahun memerintah negeri ini. Mereka lebih tahu, siapakah sebenarnya yang benar-benar mahu membela nasib rakyat. Malahan, limpahan pembangunan dan projek-projek yang dijanjikan oleh puak-puak UMNO BN itu sebenarnya sengaja untuk memperbodohkan rakyat Hulu Selangor. Walhal, mereka semua masih ingat lagi penghinaan yang dibuat oleh bekas MB Selangor Khir Toyo dulu. Suasana kempen nampaknya semakin agreasif biarpun tidak ada kejadian keganasan dilaporkan berlaku seperti semasa hari pencalonan dulu. Apapun, maklumat terkini akan dilaporkan dari masa ke semasa. Teruskan sokongan anda dan pastikan kebenaran dan keadilan itu ditegakkan !

[Info terkini ini kami perolehi daripada pihak yang boleh dipercayai dan menyimpan banyak maklumat tentang pilihanraya ini. Oleh itu, seandainya maklumat ini sahih dan terus berkekalan maka sudah pasti ia merupakan satu tamparan yang cukup hebat buat kerajaan UMNO BN yang telah menjanjikan jutaan ringgit kepada rakyat di Hulu Selangor. Apakah janji hanya sekadar tinggal janji atau akan dikotakan. Kerana Pilihanraya Kecil Parlimen Sibu bakal menanti dalam masa terdekat ini. Jika janji BN itu sekadar permainan mulut semata-mata, maka sudah pasti rakyat di Sibu pula akan menolak mereka selepas ini. Inilah yang amat menghantui kepala otak pemimpin UMNO BN, hingga tergamak menghantar Mantan PM Mahathir untuk turun berkempen di Hulu Selangor semalam].-P.Daily

Pakatan mahu merdekakan peneroka - Anwar

Kehebatan Tok Guru

HULU SELANGOR, 24 April: Menjelang sehari hari mengundi, Pakatan Rakyat mendapat sokongan moral yang kuat apabila masyarakat Felda yang selama ini menjadi penyokong kuat Umno mula beralih arah kepada mereka.

Di Felda Sungai Tengi malam tadi, mereka mencipta sejarah apabila ribuan mereka turun menyertai majlis ceramah yang diberikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kita mahu memerdekakan masyarakat Felda," kata Anwar Ibrahim yang mendapat tepukan gemuruh kira-kira 5,000 yang turun ke medan Desa Jaya, Felda Sungai Tengi.

Anwar dan Muhamad Sabu memberikan ceramah di majlis Himpunan Peneroka Felda Kebangsaan ke 2 yang dianjurkan oleh Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).

100 meter dari itu, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan memberikan ceramah kepada kira-kira 200 orang pendengar. 100 meter dari situ juga ada pertandingan futsal untuk pemuda di Felda itu.

Di majlis ceramah malam tadi, Anwar melancarkan kempen 'Jom turun ke ladang' yang dibuat oleh Anak untuk menarik jenerasi kedua Felda agar mengusahakan sendiri ladang keluarga mereka.

"Peneroka adalah tuan bukannya kuli sebagaimana yang dibuat oleh Felda kepada tuan-puan sekarang," kata Anwar merujuk kepada pelbagai peraturan dan sekatan yang dikenakan kepada peneroka.

"Yang ini tak boleh, yang itu tak boleh. Kita masuk Felda bukan nak menjadikuli mereka. Kita mahu merdeka jiwa dan fikiran. Saya bagi jaminan, jika kitamenang di Hulu Selangor, kita menang di Sibu, kita juga akan menang di Putrajaya...kita akan kembalikan hak dan maruah peneroka Felda," kata Anwar dengan disambut tepukan gemuruh masyarakat peneroka yang datang.

Bagi beliau, peneroka perlu merdeka untuk berpolitik, berpesatuan dan beraktiviti bukannya sentiasa dikongkong oleh Felda.

"Felda juga ditubuhkan bukan untuk mengkayakan Felda tetapi membantu peneroka. Kita tidak mahu Felda yang menjadi korporat sekarang. Kita berjanji akan pulangkan kekuatan korporat Felda kepada peneroka, kita akan jadikan peneroka yang merdeka," kata Anwar.

Selepas memberikan ceramah di situ, Anwar mengambil kesempatan untuk berbincang sambil minum teh tarik dengaan dua tokoh di sebalik memerdekakan Felda iaitu Pengerusi Anak Mazlan Aliman dan peguam Haji Suhaimi Said.

Pagi ini Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz akan merasmikan himpunan itu manakala Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan menutupnya petang nanti.

TG Nik Aziz sekali lagi akan memberikan ceramahnya di tapak yang sama malam ini iaitu yang terakhir menjelang pilihan raya esok.-Hrkh

Cerita-Cerita Yang Tersembunyi di Sebalik Gambar

Gamabr ini ada berunsur candid dan tafsirlah sendiri. dari Topeng Perak & MSO



Sebuah kereta kancil yang ditemui Kuala Kubu dipenuhi dengan gambar Tok Guru Nik Aziz.

Sebuah rumah asal untuk kediaman peneroka di Felda Seoharta. Mungkin empunyanya sengaja tidak mahu merombak atau mengubahnya kerana ingin terus bernostalgia.


Perangai biasa yang berlaku dalam pilihan raya, penurapan segera mana-mana jalan yang ronggak dan lompong. Semoga penurapan ini untuk kesenangan pengguna dan bukan untuk membeli undi.

Papan tanda besar memaparkan calon PKR Zaid Ibrahim yang dibangunkan berhampiran masjid. Semoga perubahan akan berlaku dan perubahan yang baik itu akan kekal.

Mungkin bila semangat terlebih inilah yang akan berlaku. Bendera yang dibawa boleh menganggu pemanduan yang boleh mengundang kecelakaan.

BN mendirikan papan tanda mempamerkan gambar sejarah ceramah Perikatan. Mungkin golongan tua yang terlibat dengan sejarah ini akan sebak dan menangis melihat papan tanda ini. Satu kebijaksanaan!

Pemandangan di pekan Gesir, Hului Bernam di tempat ini terdapat bilik gerakan Pemuda Pas, bilik gerakan PKR dan markaz BN.

Jalan laluan Zaid masih berduri!

Umno cuba menghalang Tok Guru Nik Aziz di Hulu Selangor. Tapi ternyata tidak berjaya bila sejak semalam Tok Guru sudah bermukim di Kuala Kubu Baru.

Terima Kasih Tok Guru..Kedatanganmu membuat kami bersemangat


Semangat Pakatan Rakyat Bangkit Kembali

MALAM ini adalah malam paling bererti bagi saya sepanjang mengikuti ceramah PKR di pilihan raya kecil Hulu Selangor. Bagi saya kalau PKR kalah pun tidak akan merasai apa-apa rasa terkilan kerana apa yang berlaku malam ini satu hadiah atau cenderamata paling bermakna buat saya sendiri. Saya percaya mereka yang hadir malam ini juga berpuas hati dan balik rumah tanpa merasakan kesal kerana berjaga. Malam ini adalah berbaloi.
Apa yang berlaku malam ini adalah satu bingkasan yang menakjubkan.

Malam ini bertempat di Sungai Buaya, ceramah PKR yang diuruskan oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) mencatat rekod sebagai majlis paling berjaya, berkesan dan penuh dengan semangat. Keyakinan semua orang juga bertambah bahawa PKR akan menang. Kejayaan malam ini juga sebagai membayar kelemahan dan kesuraman beberapa puluh jam lalu!

Kehadiran malam ini saya anggarkan lebih 10,000. Padang seluas pandang bola penuh sedak. Di kiri jalan, belakang dan hadapan padang berkenaan juga penuh sesak.
Di jalan besar untuk masuk ke taman itu juga bebondong-bodong dengan orang ramai, kecil besar, tua muda, lelaki dan perempuan. Kereta memenuhi kiri jalan lebih 1 km. Keadaan itu seolah-olah majlis meraikan kemenangan!
Kalau majlis berkenaan adalah majlis BN sudah tentu akhabr dan tv akan merekodkan kehadirannya melebih 20,000. Tetapi saya tidak suka menambahkan angka. Saya lebih suka memberi gambaran angka sebenarnya walaupun mungkin ada yang tidak bersetuju.

Sekiranya laporan dalam blog atau media pro pembangkang menyimpulkan orang yang hadir pada majlis malam ini 15,000 saya bersetuju dan angka itu bukan palsu. Tetapi untuk adil saya tidak mahu mencatat demikian.
Kenapa? Kerana mungkin 3/4 daripada jumlah itu adalah pemerhati luar, namun apa yang jelasnya bahawa semangat rakyat untuk melihat kerajaan BN runtuh berkobar-kobar di jiwa orang ramai. Tepukan dan sorakan bergemuruh apabila ucapan penceramah mengusik hati dan perasaan hadirin.

Mungkin tidak salah kalau saya mengatakan berdasarkan perkembangan malam ini bahawa pintu untuk Zaid Ibrahim melangkah masuk ke parlimen kini sudah mulai terbuka perlahan demi perlahan dan akan memubuka luas pada keesokkannya.

Suasana malam ini merubah sama sekali senario beberama malam lalu yang boleh dianggap sebagai redup dan kabur. Semangat orang ramai dan para petugas jentera PKR juga naik dengan tiba-tiba. Ada yang sudah bersiap membungkus tikar bantal untuk pulang esok, membatalkan semula niat kerana melihat perubahan mendadak malam ini.

Kenapa malam ini saya mengatakan malam yang cukup melegakan, (saya percaya bukan saja saya tetapi pemerhati lain juga) kerana kesemua pemimpin tertinggi PKR turut sama berada di pentas dan mendampingi Zaid Ibrahim. Keempat-empat pemimpin PKR yang sebelum ini saya tandai di dalam kepala dan tercari-cari wajah mereka semuanya ada kecuali seorang, Mustapa Kamil Ayub. Bagaimana pun Mustafa tetap ada dan berceramah di Hulu Berenam.

Saifuddin Nasution Ismail, Mohd Azmin Ali dan Shamsul Iskandar Md Akin turut berada di pentas dan masing-masing menyampaikan ceramah. Barisan ini diperkuatkan dengan kedatangan Ketua Pemuda DAP, Pengerusinya Lim Kit Siang. Mengejutkan juga pada majlis itu diumumkan kemasukan bekas ahli parlimen MCA ke dalam PKR dan beberapa orang anak muda dari Negeri Sembilan.
Bukan itu saja majlis malam ini juga bertambah bererti lagi apabila anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghabar Baba, iaitu Tamrin Ghafar turut sama berada di pentas. Selain Tamrin beberapa rakan seangkatannya dalam Umno turut sama hadir memberi sokongan moral kepada Zaid Ibrahim.

Meskipun Tamrin tidak bercakap tetapi penampilannya sudah cukup memberi mesej kepada rakyat. Sebaik Anwar menyedari kehadiran Tamrin dan mengumumkannya, orang ramai bertepuk mengalu-alukan kedatangan Tamrin. Walaupun Tun Ghabar sudah meninggal tetapi dengan kehadiran warisnya itu menunjukkan bahawa semangat Tun Ghafar bersama PKR.

Dengan kehadiran hampir semua pemimpin tertinggi dan semangat yang ditunjukkan orang ramai malam ini seolah ceramah PKR sudah berada di kemuncak. Dan malam ini seperti malam penutup sebelum para penyokong menanti untuk merayakan kemenangan pada Ahad ini.

Pada mulanya Tok Guru Nik Aziz dijangka akan bersama dalam majlis berkenaan. Tetapi kerana beliau keletihan kehadirannya dibatalkan. Seperti mana dijanjikan MB Kelantan itu telah memasuki Hulu Selangor petang tadi. Mulanya beliau dijangka menyampaikan kuliah Maghrib di masjid al Rahimiah, Kuala Kubu Baru tetapi dibatalkan kerana ada larangan keras agar masjid tidak digunakan untuk berpolitik.

Beliau hanya bersembahyang jemaah Maghrib. Selepas menunaikan solat Maghrib beliau ke sidang akhbar bersama Zaid Ibrahim kemudian menyampaikan ceramah di Kampung Rasa.

Disebabkan keletihan beliau minta menuzurkan diri dari hadir di Sungai Buaya Bagaimana pun petang esok Tok Guru akan ke Felda Sungai Tengi dan malamnya akan berceramah di stadium Kuala Kubu Baru. Apakah ceramah beliau bakal mengegarkan stadium? Sama-samalah saksi sendiri dan sama-samalah mengaminkan doa Tok Guru untuk kemenangan rakyat.

Dari pengamatan malam ini, semangat dan prestasi PKR juga meningkat mandadak. Saya berani mengatakan graf PKR naik mencanak malam ini. Sekiranya semangat dan momentum malam ini dapat dipertahankan dan tidak ada kejahatan-kejahatan lain dari BN sudah pasti keputusan pilihan raya Hulu Selangor yang tidak sampai 48 jam itu akan berlaku kejutan besar!-K'Lenie

Konsep pelbagai kaum Pakatan lebih baik

HULU SELANGOR, 24 April: Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyuarakan komitmen membantu calon Pakatan Rakyat daripada PKR, Datuk Zaid Ibrahim, sebagaimana yang dilakukan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur pula berkata, komitmen yang ditunjukkan oleh Nik Aziz bersama para pemimpin DAP, PAS dan PKR dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor kali ini membuktikan bahawa Pakatan Rakyat jauh lebih menghayati konsep kepelbagaian kaum dalam konteks Malaysia.

Berbeza dengan BN, beliau berkata Umno dilihat bersikap hegemoni sebagaimana yang dapat disaksikan dalam Dewan Rakyat kelmarin.

"Apa yang berlaku dalam Parlimen semalam, dalam isu memangsakan (Ketua Pembangkang) Datuk Seri Anwar Ibrahim (di bawah Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen) di mana empat Ahli Parlimen berbicara untuk BN dan Pakatan Rakyat.

“Mewakili Pakatan Rakyat, selain Anwar sendiri, Azmin mewakili Perti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Mahfuz Omar mewakili PAS dan saya mewakili DAP, kita cakap bagi pihak Pakatan Rakyat," ujarnya pada sidang media di Rumah Tamu Kuala Kubu Baru, malam tadi.

Tuntas dari hegemoni Umno itu, sekiranya P. Kamalanathan dipilih menjadi ahli parlimen, beliau berkata, calon MIC tersebut tidak mungkin boleh menyuarakan hasrat serta harapan sebenar rakyat Hulu Selangor kelak.

Turut menyertai sidang media itu ialah Tuan Guru Nik Aziz, Menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Zaid.-Hrkh

TG Nik Aziz.




Salam.Ni laporan luar.Taip pun guna hp murah je.Nak kongsi,Tadi masa makan kat salah satu kedai di hulu bernam,datang sorang india.Saya tengok dia pakai baju tnb.Rasanya baru balik kerja.Mai bisik kat telinga kami,dengar citer tok guru nik aziz nak datang petang ni.

Saya pun terus bagitau la yang tok guru dalam perjalanan.Orang india tu kata,dia banyak hormat dan kagum dengan tok guru.Katanya tok guru punya prinsip yang tegas dan pemikiran yang tajam.Tambanya lagi,dengan kehadiran tok guru,kaum bukan islam akan buat swing dalam prk nanti.Saya dengan kawan punya terpegun dengan macha ni.

Ayuh pengundi prk nanti,mai pakat undi zahid!Buktikan islam agama sebenar!-Kerabubersuara

Umpan duit jadi senjata akhir Umno/BN


HULU SELANGOR, 24 April: Dalam tempoh 48 jam menjelang pusat pengundian dibuka perkara pertama yang perlu diperhatikan, berapa banyak umpan pilihan raya sudah sampai ke tangan pengundi.

Seorang petugas PAS dari Kuala Krai ketika ditemui di Batang Kali memberitahu umpan duit daripada Umno/BN menyebabkan ramai pengundi di atas pagar di Manek Urai menjadi kelabu mata.

“Ada pengundi yang mendapat RM2,000. Mereka datang pada waktu malam ketika kita syok mendengar ceramah dan mengadakan program bersama rakyat.

”Lebih mendukacitakan lagi ada juga penyokong kita yang menjadi tali barut membawa agen Umno. Mereka membahagikan umpan pilihan raya kepada orang PAS.

”Ini perlu diperhatikan. Hulu Selangor seakan-akan Manek Urai kerana ramai juga pengundi Melayu,” katanya di sini, semalam.

Pengalaman di Manek Urai pada Julai tahun lepas cukup memeritkan. Majoriti daripada 1,352 pada pilihan raya umum 8 Mac 2008 menjunam kepada 65 undi pada pilihan raya kecil itu yang patut menjadi pengajaran di Hulu Selangor.

Adun Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah ketika dihubungi memberitahu sekiranya aliran duit dapat dikawal, peristiwa seperti di Manek Urai sukar berulang di Hulu Selangor.

Beberapa penduduk India yang asyik bersembang di sebuah kedai kopi di pekan mati Batang Kali tidak yakin dengan Kamalanathan.

Mereka memberitahu bekerja di ladang sejak berpuluh tahun lalu hanya mendapat gaji di bawah paras kemiskinan.

”Dahulu Datuk G (Palanivel) tidak buat apa. Biar pun menjadi orang kuat Datuk Samy namun orang India masih tidak terbela,” kata mereka ketika didekati ke meja tempat mereka bersembang.

Tharuman Arjunam, seorang aktivis masyarakat India dari Kota Bharu berkata, hasil tinjauan rambangnya di Kuala Kubu Baru mendapati rata-rata orang India mengharapkan pemimpin yang berani dan bukan lembut macam Nathan.

Katanya, kalau menangkan Nathan sekali pun dia tidak boleh buat apa-apa kerana Datuk Palanivel lebih berkuasa di mana hubungannya amat rapat dengan Presiden MIC.

”Saya dengar cerita penyokong setia Datuk G tidak berkenan sangat dengan Nathan. Kalau Nathan menang bermakna Palanivel akan bersingkir.

”Dan pelan peralihan kuasa yang dijanjikan Samy Vellu akan terbantut. Maka lebih baik jangan menangkan Nathan, Ahad ini. Kalau Nathan menang, Samy lambat lagi akan berundur sedangkan segala masalah orang India di negara ini berpunca kepada kelemahan pimpinan Samy,” kata Tharuman.

Menurutnya juga, biar pun baru dua tahun kerajaan Selangor ditadbir Pakatan Rakyat, namun program kebajikan seperti sumbangan kepada warga emas yang meninggal dunia dan tabung Tawas untuk bayi baru lahir menjadi sebutan penduduk.

Selain itu, air percuma bagi 20 meter padu pertama dinikmati penduduk Selangor.

Beliau datang membantu kempen di Hulu Selangor bersama beberapa kawan di kalangan masyarakat Cina dari Kota Bharu.

Sumber Umno di Selangor pula memberitahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak lagi mengharapkan sepenuhnya kepada Pengarah Pilihan Raya BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila sehingga hari ini sudah tiga kali turun ke Hulu Selangor.

Menurutnya, sebaik sahaja pulang dari Amerika Syarikat dan Jepun, Najib bergegas datang ke Hulu Selangor.

”Situasi seperti ini jarang berlaku. Biasanya Timbalan Perdana Menteri sahaja yang turun padang berkempen siang dan malam. Namun di Hulu Selangor ada kelainan.

”Saya dibayangkan Perdana Menteri begitu bimbang kerana orang Melayu tidak lagi berminat dengan calon MIC. Isu perebutan calon sebelum ini memberi kesan mendalam,” katanya ketika dihubungi di Shah Alam.

Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan, Abdul Rahman Yunus berkata, pilihan raya kecil itu memperlihatkan BN kekeringan isu untuk diketengahkan kepada rakyat.

Beliau membuktikan teori itu dengan alasan BN melalui media massa harian yang menjadi tali barut Umno menggunakan isu peribadi Datuk Zaid Ibrahim sebagai senjata.

”Saya melihat ini satu kesilapan apabila dimainkan isu arak atau kuda lumba kerana di Hulu Selangor pengundi Melayu hampir setara dengan bukan Melayu.

”Tentunya bagi orang India dan Cina, arak tidak menjadi isu besar bagi mereka. Dan orang Melayu pun boleh memberi simpati kepada Zaid kerana dipermainkan pemimpin Umno terutamanya Muhyiddin sendiri,” katanya.

Kata beliau, kesilapan itu mungkin seperti baru disedari apabila ia tidak lagi menjadi mainan media mereka sehari dua ini.

Namun Abdul Rahman berkata, kesilapan itu telah memberi kesan simpati yang mendalam kepada Zaid terutamanya di kalangan orang Melayu di kampung-kampung.

Anggota Parlimen Ketereh, Abdul Aziz Kadir pula memberitahu suatu kejutan berlaku apabila kawasan ladang di Hulu Bernam yang sukar dimasuki petugas Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum lalu sudah berubah sekarang.

Beliau mendakwa penduduk kebanyakan keturunan India di kalangan pekerja ladang di situ memberi sambutan baik terhadap kunjungan dan program dianjurkan Pakatan.

”Saya melihat ini satu perkembangan positif. Sekiranya situasi itu dapat dikekal kerusi Hulu Selangor dapat dipertahankan Zaid Ahad ini,” katanya ketika dihubungi di parlimen semalam.

Seorang penduduk di taman perumahan di Kuala Kubu Baru menjelaskan isu calon MIC sukar diterima kebanyakan penduduk Melayu di situ.

Menurutnya, orang Melayu rata-rata tidak boleh lagi menerima calon daripada MIC kerana mereka sudah muak dengan Palanivel selama empat penggal berkuasa di Hulu Selangor.

”Saya melihat satu kesilapan besar dilakukan Umno apabila mengekalkan kerusi majoriti Melayu kepada MIC. Keadaan sekarang sudah berubah.

”Rakyat sudah pandai menilai. Saya percaya sekiranya calon Umno diturunkan tentunya persaingan kali ini menjadi 50 – 50. Tetapi sekarang sudah tidak seimbang,” katanya yang berkhidmat di sebuah agensi kerajaan di situ.

Biar pun beliau bukan anak tempatan namun tinggal di taman perumahan tersebut lebih 10 tahun.

Maka bagi memenangi hati rakyat, Umno terus menggulakan dengan projek demi projek.

Seorang ketua kampung di Sungai Buaya membilang-bilang projek diluluskan kerajaan BN. Antaranya membina padang kawat berharga RM144,000, membaik pulih dua madrasah (RM130,000) dan menurap jalan (RM80,000).

Kelulusan itu bukan dibuat menteri sebaliknya Datuk G selaku penyelaras BN di parlimen Hulu Selangor.

Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim ada pesanan buat pengundi di Hulu Selangor.

Katanya, janji pilihan raya di Bagan Pinang dan Manek Urai belum lagi Umno tunaikan lagi.

”Apakah pengundi di Hulu Selangor sanggup dipermainkan sama,” katanya. -Hrkh

TG Nik Aziz: Serangan peribadi 'kerja bodoh'


Menteri Besar Kelanta TG Datuk Nik Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan menyerang peribadi calon PKR Datuk Zaid Ibrahim sebagai perbuatan "orang yang tidak ada modal" untuk berkempen dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor. Mursyidul
am PAS itu menyifatkannya sebagai satu "kerja bodoh dan kebudak-budakan". "Calon ini (Zaid adalah) calon parti, Kalau Umno ada modal, serang parti lah, jangan serang tubuh (peribadi individu). Ini kerja bodoh, ini kerja budak-budak. "Ini calon parti. Parti A dan Parti B. Parti A lawan Parti B. Parti B lawan parti A. Jangan serang peribadi. "Macam budak budak kecil lah, kalau dia boleh bertumbuk, dia bertumbuk. Kalau tak boleh bertumbuk, dia jebeh (menjelir lidah), dia meludah. Itu semata-mata nak lepas geram, tanda dia tak boleh jawab," katanya sambil menjelir lidahnya sedikit menyebabkan kira-kira 50 wartawan termasuk hadirin ketawa. TG Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita berhubung perbuatan menyerang peribadi Zaid yang didakwa seorang peminum arak tegar dan berjudi, dalam kempen pilihan raya.
"Ini satu perkara yg memalukan. Memalukan politik Malaysia," katanya di Kuala Kubu Baharu malam tadi. Turut hadir dalam sidang media itu ialah Zaid, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, pemimpin DAP Lim Kit Siang dan naib presiden PKR Azmin Ali.

JAIS ditempelak Dalam sidang media yang sama juga, TG Nik Aziz turut menempelak Jabatan Agama Islam (JAIS) yang melarang pemimpin politik berceramah di masjid untuk kepentingan politik. "Siapa ajar tak boleh cakap politik dalam masjid. Allah memerintah manusia dengan keadilan. Keadilan ada urusan politik, dibaca dalam al-Quran, dalam masjid," katanya sambil membaca sepotong ayat al-Quran.

"Allahu Akbar, kita azan, ini politik. Mengajak orang ramai pergi ke masjid, ini politik... Ini kerja-kerja saki baki ajaran penjajah barat yang mengasingkan ajaran agama dan politik... Ini adalah ajaran karut yang ditinggalkan oleh Inggeris yang diterima oleh manusia Muslim. (Saya) rasa dukacita," katanya. Dalam sidang media yang sama, Zaid yang juga bekas menteri kabinet menjelaskan bahawa beliau amat menghormati kealiman dan ketinggian ilmuan menteri besar Kelantan itu. Menurutnya, beliau amat terharu apabila TG Nik Aziz menelefonnya sebanyak dua kali dari Mekah, memintanya bersabar ketika berdepan dengan serangan peribadi terhadapnya di Hulu Selangor.M'kini

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .