Ikuti Blog ini

Konsep pelbagai kaum Pakatan lebih baik

HULU SELANGOR, 24 April: Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyuarakan komitmen membantu calon Pakatan Rakyat daripada PKR, Datuk Zaid Ibrahim, sebagaimana yang dilakukan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur pula berkata, komitmen yang ditunjukkan oleh Nik Aziz bersama para pemimpin DAP, PAS dan PKR dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor kali ini membuktikan bahawa Pakatan Rakyat jauh lebih menghayati konsep kepelbagaian kaum dalam konteks Malaysia.

Berbeza dengan BN, beliau berkata Umno dilihat bersikap hegemoni sebagaimana yang dapat disaksikan dalam Dewan Rakyat kelmarin.

"Apa yang berlaku dalam Parlimen semalam, dalam isu memangsakan (Ketua Pembangkang) Datuk Seri Anwar Ibrahim (di bawah Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen) di mana empat Ahli Parlimen berbicara untuk BN dan Pakatan Rakyat.

“Mewakili Pakatan Rakyat, selain Anwar sendiri, Azmin mewakili Perti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Mahfuz Omar mewakili PAS dan saya mewakili DAP, kita cakap bagi pihak Pakatan Rakyat," ujarnya pada sidang media di Rumah Tamu Kuala Kubu Baru, malam tadi.

Tuntas dari hegemoni Umno itu, sekiranya P. Kamalanathan dipilih menjadi ahli parlimen, beliau berkata, calon MIC tersebut tidak mungkin boleh menyuarakan hasrat serta harapan sebenar rakyat Hulu Selangor kelak.

Turut menyertai sidang media itu ialah Tuan Guru Nik Aziz, Menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Zaid.-Hrkh

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .