Ikuti Blog ini

Macamana PR nak menang jika begini keadaannya?

Laporan berita TV3 dan RTM termasuk akhbar pro Umno-BN telah menyebut sambutan dingin pengundi kawasan Hulu Selangor terhadap program yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat.


(Tak ramai ke tu?Kalau camnilah kehadiran program PR,
alamatnya kalahlah kot. Ehe... -foto Dagengster Taz)


Konon bagi mereka dalam laporan berat sebelah itu, hadirin yang datang ke program penerangan Pakatan Rakyat kurang mendapat sambutan. Kehadiran kurang memberangsangkan petanda pengundi kawasan itu menolak Pakatan Rakyat.

(Lautan manusia yang hadir ke program penerangan PR dikatakan tidak mendapat sambutan dingin oleh TV3 suku. -foto Dagengster Taz)


Mungkin puak-puak Umno yang berada di luar kawasan Hulu Selangor boleh diperbodohkan oleh media-media pro Umno-BN tu. Ada segelintir yang percaya dengan berita itu. Mungkin yang hanya mendapat info daripada berita TV3 suku atau RTM yang sudah pun diupah tuannya (Umno-BN).

Tetapi, jika dilihat kepada realiti terhadap program yang dianjurkan Pakatan Rakyat di Bukit Sentosa yang dihadiri Dato` Seri Tuan Guru Haji Hadi, Dato` Seri Anwar Ibrahim, Sdr Tian Chua. Kehadiran cukup-cukup memberangsangkan. Para penduduk kawasan Hulu Selangor boleh menyaksikan sendiri suasana itu.

(PRESIDEN PAS, Dato` Seri Tuan Guru Haji Hadi sedang menyampaikan ucapan kepada hadirin yang hadir -foto Dagengster Taz)


Walhal, penyokong Umno-BN yang berada di kawasan itu pun boleh menyaksikannya sendiri kehadiran penduduk Hulu Selangor ke program PR. Penyokong BN mungkin merasa malu dengan laporan TV3 suku dan RTM itu kerana situasi program yang tidak mendapat sambutan penduduk Hulu Selangor bukanlah di pihak Pakatan Rakyat tetapi ianya berlaku di pihak kem Barisan Nasional (BN).

(KETUA UMUM PKR, Dato` Seri Anwar turut memberi ucapan -foto Dagengster Taz)


Tidak hairan, jika TV3, RTM dan akhbar arus perdana pro Umno-BN melaporkan berita berat sebelah atau berita memualkan itu kerana memang sudah menjadi lumrah, mereka ini akan bekerja untuk tuan-tuan mereka (Umno-BN). Jika tidak, terjadilah seperti penerbit NTV7 yang meletak jawatan kerana desakan orang atasan yang tidak senang beliau menjemput panelis PR untuk programnya.-Warkah Daily
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .