Menjelang hari pengundian pada hari Ahad, aktiviti kempen Pakatan Rakyat semakin hangat. Pada malam ini, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat telah memberi ceramah di Restoran Idaman Café, Kampong Bandung, Nangka.
Anwar bertubi-tubi menyerang pemimpin-pemimpin Barisan Nasional dengan mengatakan sejak 50 tahun merdeka, mereka hanya menolong 'towkay'.
Ikuti Blog ini
Anwar: Pemimpin BN tolong 'towkay' ,Sabtu, Mei 15, 2010 at 15.5.10,
DUN Kedah bubar hanya mainan BN yg gila talak... , at 15.5.10,

Menurutnya, beliau tidak teragak-agak untuk membuat kenyataan rasmi mengenai isu itu kerana akur pada suara majoriti sekiranya ia benar berlaku.
“Saya juga ada dengar khabar angin itu. Ingin saya tegaskan bahawa jika benar DUN akan bubar, saya tidak akan berselindung dan akan beri maklumat tepat dan umumkan bila DUN akan bubar,” katanya ketika dihubungi :Sinar Harian:.
Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah mengulas khabar angin yang bertiup kencang di negeri ini konon empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk tiga Exco Pakatan Rakyat (PR) akan keluar parti dalam masa terdekat.
Mereka yang dikatakan akan berbuat demikian ialah S Manikumar (PKR - Bukit Selambau), Tan Chow Kang (PKR - Sidam), Lim Soo Nee (PKR - Kulim) dan Lee Guan Aik (DAP-Kota Darulaman).
Dakwaan ini timbul berikutan kenyataan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang membayangkan peristiwa kejatuhan kerajaan PR di Perak akan berulang di Kedah dalam waktu terdekat.
Azizan berkata, bagi meredakan khabar angin itu, Kerajaan Negeri akan menganjurkan ceramah khas bertajuk ‘DUN Kedah Bubar?’ pada jam 9 malam 22 Mei ini di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut, bagi menjelaskan isu berkenaan kepada rakyat.
“Saya akan menjelaskan pendirian dalam hal ini termasuk beberapa pemimpin PR Kedah serta ADUN yang didakwa akan lompat parti. Biar mereka sendiri beri penjelasan supaya rakyat tahu kedudukan sebenar mengenai desas desus yang mengaitkan nama mereka,” katanya.
Menurutnya, beliau tidak menafikan desas-desus itu menimbulkan kegelisahan rakyat, termasuk senario politik yang berlaku di negeri PR Pakatan Rakyat yang lain.
Azizan percaya, apa yang berlaku hanya perang psikologi Barisan Nasional (BN) yang mahu memecah-belahkan PR Kedah melalui strategi dan fitnah.
“Saya andaikan ini mainan BN sebab mereka banyak kali gagal menjatuhkan Kerajaan Negeri melalui demonstrasi, bantahan yang kononnya mewakili rakyat termasuk membangkitkan soal bidang kuasa Sultan, namun tidak berjaya,” katanya.
Berikutan itu, Azizan menasihatkan BN supaya belajar menjadi pembangkang yang baik di negeri ini, dan sekiranya tidak dapat menyesuaikan diri, pihaknya bersedia berkongsi pengalaman.
“Mulai sekarang, pemimpin UMNO kenalah belajar menjadi pembangkang. Jangan tersasul, mereka bukan pemerintah lagi. Jangan asyik buat kenyataan yang merapu, kelak rakyat pun muak nak dengar,” katanya.
“Saya percaya sebab rakyat menolak BN ialah kerana sudah muak dengan perangai sebenar mereka,” katanya.
PR Kedah menguasai 20 daripada 36 kerusi DUN dengan Pas peroleh 16 kerusi, PKR (3) dan DAP satu kerusi manakala BN mempunyai 13 kerusi serta dua wakil Bebas.
Gobala: ‘Hukuman bermotifkan politik untuk diamkan saya’ , at 15.5.10,

Wakil rakyat penggal pertama ini didenda RM3,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret Pulau Pinang.
Beliau dikenakan hukuman ini ketika seorang lagi Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat, Wee Choo Keong dari Wangsa Maju meninggalkan PKR.
Sejak Februari lalu PKR sudah kehilangan enam kerusi Parlimen termasuk seorang dipecat dan gagal mempertahankan kerusi Hulu Selangor bulan lalu.
“Ini (hukuman) sesuatu yang karut dan tidak boleh percaya,” kata anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat ketika dihubungi The Malaysian Insider petang ini.
Gobalakrishnan berkata beliau sebenarnya pergi untuk membantu 27 lelaki yang ditahan polis ketika insiden beliau ditahan.
“Saya merayu bagi pihak mereka kepada polis tetapi saya ditahan bersama mereka,” katanya.
Lelaki-lelaki lain tidak didakwa di mahkamah.
Gobalakrishnan bukan sahaja didakwa dan didapati bersalah, kemungkinan hilang kerusinya di Parlimen.
“Saya akan merayu dan berlawan dengan menggunakan semua ruang yang ada,” katanya.
Gobalakrishnan juga berkata tindakannya itu satu usaha pihak berkuasa untuk mendiamkan beliau.
Beliau bertekad untuk mengadakan jelajah ke seluruh negara untuk memberitahu rakyat apa yang terjadi.
Mahkamah Majistret mendapati Gobalakrishnan bersalah mengikut Seksyen 186, Kanun Keseksaan terhadap pertuduhan menghalang anggota polis sebagai penjawat awam menjalankan tugas pada 2002.
Majistret Ainol Bashirrah Dona Don Biyajid menjatuhkan hukuman itu setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan wujud kes prima facie terhadap anggota Parlimen itu.
Gobalakrishnan dituduh dengan sengaja menghalang Cif Inspektor V. Saravanan daripada menjalankan tugasnya di Jalan Utama di sini kira-kira pukul 12.20 tengah malam 29 Jan 2002.
Beliau ditahan selepas mempersoalkan tindakan polis menghalang kira-kira 30 penyokong PKR daripada menari ketika sambutan Thaipusam di George Town.
Berdasarkan Perkara 48, Perlembagaan Malaysia, seseorang anggota Parlimen akan hilang kelayakannya apabila telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di Persekutuan dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000.
Ahli Parlimen itu diberi tempoh 14 hari untuk mengemukakan rayuan terhadap hukuman itu dan dikehendaki membayar denda pada hari ini juga.
Skuad Badminton Kalah kerana Rosmah? , at 15.5.10,

Tambah memeritkan apabila perlawanan kedua melibatkan beregu pertama Malaysia juga ditewaskan "straigh set" oleh beregu China. Pasangan Koo Kean Keat dan Tan Boon Heong tewas kepada Cai Yun dan Fu Haifeng 21-15, 21-10.
Wong Chon Hann yang sedang berdepan dengan Chen Jing. Chon Hann tewas diset pertama 16-21 kepada Cheng Jin. Bagaimana pun nampaknya Chon Hann dilihat agak bertenaga untuk mengimbangi pemain China itu berbanding dengan Chong Wei. Namun nasib tidak menyebelahi beliau apabila turut rebah di set kedua 6-21, yang menyaksikan Malaysia gagal mara ke perlawanan akhir setelah tewas 0-3.
Namun begitu di dalam hal ini, Rosmah Mansur yang juga suami Najib dilihat telah menyumbang kepada kekalahan ini! Mungkin ada hikmahnya pasukan Malaysia kalah kepada China. Jika Malaysia menang pastinya akan berlaku acara peluk memeluk oleh Suami Najib si Rosmah Puaka dengan pemain-pemain yang menang!
Dewan Himpunan Penyokong PAS akan dilancarkan secara rasmi , at 15.5.10,
IPOH : Dewan Himpunan Penyokong PAS akan dilancar dan dirasmikan oleh Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi Awang pada 23 Mei nanti di Klang, Selangor.
Demikian dinyatakan oleh YB Dr Mujahid Yusuf Rawa, Ahli Parlimen Parit Buntar dan juga selaku Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat pada sidang media beliau di Pejabat Perhubungan PAS Perak, Ipoh petang tadi. Bersama-sama dengan beliau ialah beberapa orang pimpinan daripada Lajnah Perpaduan Nasional Perak serta pemimpin Kelab Penyokong PAS Perak.
Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) ini yang merupakan satu penaikan taraf daripada Kelab Penyokong PAS yang ditubuhkan sedikit masa lalu. Keahlian buat masa kini sekitar 30,000 orang penyokong PAS daripada kaum Cina dan India akan diserapkan secara automatik ke dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS yang kini berperanan sebagai salah satu sayap kepada parti PAS.
Satu kertas garis panduan bagi ahli-ahli DHPP ini telah disediakan dengan mengambil kira pelbagai aspek termasuklah perlembagaan parti PAS itu sendiri.Peranan dewan ini sepertimana juga dewan-dewan yang lain di dalam PAS akan mempunyai beberapa jawatan penting bagi menggerakkan aktiviti dewan dan ahli-ahlinya.
Beberapa keistimewaan kini bakal diperolehi oleh ahli-ahli DHPP termasuklah dapat bersama-sama hadir di dalam mesyuarat kawasan mahupun muktamar. Cuma masih ada sedikit kekangan sebagai ahli DHPP iaitu salah satunya ialah tidak dapat mengundi di dalam mana-mana pemilihan kuputusan mahupun jawatan di dalam PAS.
Sidang media yang pertama bagi mengumumkan pelancaran DHPP ini telah dipilih untuk diadakan di negeri Perak kerana sokongan yang diterima daripada pimpinan PAS Perak serta ahli-ahli Kelab Penyokong Pas amat menggalakkan.YB Dr Mujahid begitu optimistik bahawa keahlian di dalam DHPP akan bertambah berlipat kali ganda di dalam masa yang terdekat kerana kini pimpinan di dalam DHPP ini dapat bergerak lebih aktif dan secara terbuka bagi menyampaikan misi DHPP kepada kaum Cina dan India yang kini lebih bersikap positif di dalam menyatakan sokongan mereka kepada parti PAS.
Apabila ditanya mengenai sama ada akan meletakkan calon di dalam pilihanraya akan datang daripada kalangan pimpinan atau ahli-ahli DHPP, YB Dr Mujahid berkata itu tidak menjadi halangan kerana ianya telah terbukti pada PRU-12 yang lalu apabila seorang ahli Kelab Penyokong PAS iaitu Cik Kumutha A/P Raman yang bertanding di Dun Tiram dengan menggunakan lambang PKR atas tiket PAS. Pada masa akan datang juga, pimpinan DHPP akan mencadangkan mana-mana ahli mereka sebagai calon PAS tetapi perlu mendapat persetujuan daripada pimpinan PAS Pusat terlebih dahulu.Selepas daripada ini, beliau akan menjelajah ke setiap negeri bagi mengadakan taklimat dan mesyuarat bersama-sama pemimpin DHPP untuk menjayakan lagi misi ini.
Perhimpunan bantah lesen judi, konsert kecoh , at 14.5.10,

![]() |
Ia berlangsung di atas sebuah pentas dalam kawasan masjid tersebut.
Kejadian itu disaksikan oleh kira-kira 500 orang yang berada di situ, termasuk mereka yang sedang beredar selepas selesai solat Jumaat.
Mereka yang hadir di pentas tersebut ialah pemangku ketua PAS Wilayah Persekutuan (WP) Herman Shamsudeen dan setiausaha Pemuda PAS pusat, Kamaruzzaman Mohamad.
Yang lainnya ialah ketua Angkatan Muda (AMK) Selangor Khairul Annuar Ahmad Zainuddin, wakil Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Zambry Mat Isa, wakil Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Kelab Penyokong PAS dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).
![]() |
Selepas itu, tiba giliran Khairul Annuar pula berucap. Ketika beliau sedang berucap, anggota polis naik ke pentas untuk merampas pembesar suara.
Khairul Annuar bagaimanapun meneruskan ucapannya tanpa pembesar suara.
Pada masa yang sama, kelihatan Kamaruzzaman berunding dengan pegawai polis di belakang pentas.
K
![]() |
Bagaimanapun, katanya, pihak polis hanya membenarkan mereka meneruskannya selama lima minit sahaja.
Pihak polis juga kemudiannya memulangkan pembesar suara yang dirampas sebelum ini.
Bagaimanapun, tidak sampai dua minit penceramah berikutnya berucap, anggota polis naik semula ke pentas untuk merampas pembesar suara tersebut.
Ketika itu berlaku insiden tolak menolak dan tarik menarik sehingga ada yang terjatuh dari pentas.
E
![]() |
Bagaimanapun, katanya, pihak polis mengarahkan beliau supaya meminta orang ramai beredar dari situ.
Ekoran itu, katanya, beliau terus meminta orang ramai beredar.
Difahamkan seorang pemuda ditahan ketika kekecohan berlaku di pentas tetapi kemudiannya dilepaskan.-M'kini
Gambar : Sekitar Pengkebumian Pangasas Al-Arqam,Ashaari Muhammad , at 14.5.10,




Jenazah Ashaari, yang dibawa dengan kereta persendirian dari Ipoh tiba bersama rombongan di kampung asal Allahyarham, Kampung Pilin kira-kira pukul 8.30 malam.
Jenazah kemudian ditempatkan di surau kampung itu bagi membolehkan sanak saudara dan orang ramai memberi penghormatan terakhir.
Jenazah Allahyarham kemudian disembahyangkan sebelum dikebumikan di tanah perkuburan yang terletak bersebelahan dengan surau kampung itu.Kira-kira 1,000 orang hadir pada majlis pengkebumian.
Ashaari, 73, lebih dikenali dengan panggilan Abuya oleh para pengikutnya meninggal dunia di Hospital Pakar Ipoh, Perak pada pukul 2.10 petang, tiga hari selepas dimasukkan di hospital itu kerana jangkitan paru-paru. - BERNAMA
Khabar Dari Sibu – Peluang Masih 50/50 Walaupun Kaum Tionghua Berjudi ‘BN Menang’. , at 14.5.10,
Dun Nangka, SIBU – Peluang untuk DAP yang mewakili Pakatan rakyat dalam pilihanraya Parlimen P.212 Sibu masih terbuka walaupun ‘puak penjudi’ dikalangan kaum Tionghua tempat, memilih Barisan Nasional sebagai pemenang.
Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat berkata kem petugas PAS yang berpusat di Markaz Besar Kampung Hilir DUN Nangka disini terus sibuk mengatur program kempen.
”Menjelang tiga hari kepada hari pengundian pada 16 Mei, para petugas PAS dari semenanjung yang berpusat di Kampung Hilir terus mengatur kempen memikat pengundi Melayu,
”selain dari kempen bersemuka dari rumah ke rumah, kita mengatur ceramah dan program,-program khusus ,”katanya ketika menghubungi Buletinonline semalam.
Menurutnya, puak-puak penjudi dari kalangan kaum Tionghua tempatan memilih Barisan Nasional menang dengan kelebihan 1000 undi.
Namun begitu, beliau berkata, kehadiran PAS dan para petugas PAS menjadi satu tarikan di kalangan masyarakat Melayu Sibu.
Justeru, perkiraan siapa yang akan dipilih pada hari mengundi masih terbuka luas.
”Majoriti msyarakat yang tinggal disini adalah orang-orang Melayu, yang kebanyakkan mereka tinggal dalam rumah dibina di atas air, tidak memiliki geran tanah dan telah tinggal dikawasan ini sejak 30 tahun yang lalu,
“mereka kebanyakkannya miskin, menjadi nelayan, petani dan bekerja sebagai kakitangan kerajaan,”jelasnya
Oleh itu, katanya, kehadiran PAS memberi peluang kepada mereka berkenalan dan berjinak-jinak dengan PAS.
Apabila ada ceramah PAS mereka hadir beramai-ramai, bermesra dengan para petugas PAS.
”Ini memberikan ruang yang luas untuk kita berdakwah kerana rata-rata mereka adalah pendengar yang baik,”katanya lagi
Berbanding dengan masyarakat Cina di Sibu, Hanafiah berkata, kebanyakkan mereka adalah orang-orang yang agak senang dan ramai juga yang terlibat dengan industri pembalakan, menjadi tauke-tauke kayu dan tauke balak.
Katanya, walaupun Sarawak diperintah oleh Taib Mahmud, orang Melayu yang sekian lama menguasai negeri Sarawak, namun orang-orang Melayu di Bandar Sibu ini seperti ‘dianak tirikan’.
”Sebab itu rumah-rumah orang Melayu lah yang paling ramai memasang bendera dacing berbanding rumah-rumah orang Cina.
Orang Melayu terus diumpan dengan wang ringgit, sesiapa yang memasang bendera dacing dirumahnya, akan mendapat ‘habuan’. -BO
Gobala didenda RM3000, mungkin hilang MP , at 14.5.10,
Ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan hari ini didapati bersalah kerana menghalang tugas polis dalam satu kejadian yang berlaku lebih lapan tahun lalu pada Januari, 2002.Gobalakrishnan, yang didakwa di Mahkamah Majistret Pulau Pinang didenda RM3,000 atau menghadapi penjara enam bulan.
Ketika dihubungi, pemimpin PKR itu berkata beliau cuba membayar dendanya tetapi kaunter bayaran telah ditutup pada jam 12.15 petang tadi untuk solat Jumaat.
"Saya mungkin terpaksa menghabiskan masa di lokap," katanya kepada Malaysiakini.
Gobalakrishnan, yang juga ahli majlis tertinggi PKR berkata beliau akan membuat rayuan.
Pada 29 Januari, 2002, beliau ditahan selepas mempersoalkan tindakan polis menghalang 30 penyokong Keadilan (sekarang PKR) daripada menari ketika sambutan Thaipusam di Geogetown.
Pihak polis mendakwa Gobalakrishnan menghalang anggotanya daripada menjalankan tugas mereka. -M'kini
Gambar Demo Bantah Judi : 1 Ditahan, Polis Sokong Judi? , at 14.5.10,



Pihak Polis melalui ketuanya pun satu, apa salahnya beri 10 atau 15 minit untuk rakyat bantah perjudian yang diluluskan oleh Timbalan Menteri Kewangan dan Konsert tanpa henti yang akan merosakkan pemuda-pemudi yang akhirnya meramaikan anak haram.
KUALA LUMPUR 14 MEI: Lebih 1,000 orang menyertai perhimpunan membantah kelulusan lesen judi bola sepak Piala Dunia yang diluluskan Kementerian Kewangan pimpinan Datuk Seri Najib Razak, di perkarangan Masjid Jamek Kampung Baru di sini, hari ini.
Perhimpunan yang turut disertai masyarakat bukan Islam berlangsung kira-kira lima minit berikutan arahan polis yang melarang, bahkan mengarah mereka segera bersurai seusai solat Jumaat.
Seorang petugas perhimpunan dipercayai ahli Pas mendakwa dikasari polis tetapi dilepaskan selepas perbincangan polis dengan Setiausaha Pas Pusat, Kamaruzaman Mohamad.
Pada perhimpunan itu, Kamaruzzaman mendesak kerajaan Umno Barisan Nasional menarik semula lesen judi bola kerana ia bakal memberi kesan negatif kepada bangsa dan negara.
~ tvselangor
Utusan Malaysia Dan Berita Harian Tak Siar Kerajaan Lulus Lesen Judi , at 14.5.10,
Media Melayu Tutup Berita Lulus Lesen JudiUtusan Malaysia dan Berita Harian yang dikawal oleh UMNO tidak memuatkan laporan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Najib Tun Razak meluluskan pemberian lesen judi perlawanan bola itu.
Tindakan itu disifatkan sebagai cubaan terancang untuk melindungi UMNO daripada dikritik oleh orang Melayu.
Pengumuman Bursa Saham Kuala Lumpur mengenai kelulusan lesen itu menjadi antara tajuk akhbar berbahasa Inggeris the New Straits Times dan The Star.
Namun laporan sama tidak mendapat tempat dalam akhbar Utusan Malaysia, mahupun Berita Harian walaupun ia menjadi antara berita utama semalam.
Tindakan Utusan dan Berita harian memadamkan laporan pemberiam lesen judi itu sekali lagi dilihat di pengaruhi oleh pertimbangan politik Umno dan perdana menteri sendiri.
“Saya rasa mereka tidak mahu masyarakat, khususnya masyarakat Islam tahu berkenaan ini kerana mereka tahu masyarakat bukan Islam tidak menyokong Barisan Nasional, dan yang tinggal saki bakinya tinggal masyarakat Islam Melayu, jika ini didedahkan dalam akhbar, besar kemungkinan ramai yang akan meninggalkan UMNO,jadi ini adalah usaha UMNO untuk tidak memberitahu kepada rakyat walaupun perjudian diluluskan oleh Kementerian Kewangan dan kabinet, ini satu tindakan yang terdesak yang saya fikir untuk mendapatkan sumber kewangan yang berpunca daripada sumber haram" ujar Ahli Parlimen Bukit Gantang.
Naib Presiden PAS Mahfuz Omar pula berkata, berita lesen judi baru diluluskan sengaja digelapkan oleh dua akhbar itu untuk memberi ruang kepada pimpinan Umno mengaut keuntungan secara haram bagi mengisi dana politik parti.
“Sebahagian daripada ini, pulangan kepada tabung dana untuk UMNO menghadapi pilihanraya umum akan datang, dan termasuk, saya percaya bahawa inilah yang akan mengisi dana untuk membeli undi dan wakil-wakil rakyat samada di peringkat DUN dan sebagainya, dan saya percaya sebelum inipun mungkin wang daripada syarikat-syarikat judi itulah yang diguna untuk membeli adun-adun yang melompat atau ahli-ahli parlimen yang melompat untuk dibayar pada mereka” -GB
Razali Idris Juga Sebagaimana Rakan Kongsinya , at 14.5.10,
KUALA TERENGGANU – Sebagaimana kayanya Mohd Sabri Alwi (Mat Kerak), begitu jugalah mungkin Razali Idris, kerana Razali merupakan rakan kongsi Mat Kerak dalam syarikat MSA Bina Sdn Bhd.
MSA Bina adalah antara syarikat ‘Orang Kuat Umno’ (OKU) yang mengumpul kekayaan dengan mendapat tender kerajaan bernilai RM62 juta sejak tahun 2000.
Razali dan Mat Kerak adalah seangkatan dalam pemuda Umno, Mat Kerak menjadi Ketua Pemuda Terengganu ketika Razali menjawat jawatan Ketua Pemuda Marang.
Yang berbeza antara kedua mereka adalah, Razali dipilih untuk bertaning dalam pilihanraya umum ke 12 tahun 2008 tetapi Mat kerak tidak terpilih.
Razali tewas dalam percubaannya merampas kerudi DUN Rhu Rendang dari Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Alamat rasmi rumah Razali adalah A-1251 Kampung Rhu Muda Marang, Terengganu.
Di alamat tersebut juga didaftar sebuah syarikat yang bernama Dayanara Construction & Trading, sebuah syarikat yang disenaraikan sebagai sebuah kontraktor dengan RISDA.
Dayanara tidak kurang hebatnya, yang mungkin turut menyumbang kepada ‘poket’ Razali.
Maklumat Projek Dayanara adalah seperti dibawah:
| Bil | Tajuk | Tarikh Anugerah | Nilai |
| 1 | 1. Penyelenggaraan Am Bangunan Serta Kerja Berkaitan Di Bilik Perpustakaan Dan Bilik Tayangan, SK Rusila | 09-09-2007 | RM 50,000.00 |
| 2 | Kerja Membina Pondo Jaga Serta Kerja BErkaitan Di Pejabat Pelajaran Daerah Marang | 03-07-2007 | RM 48,275.00 |
| 3 | Membina, Melebar Dan Memasang Premix Di Jalan Padang Bola Kg. Kelulut, Marang | 10-04-2007 | RM 97,487.91 |
| 4 | Kerja-Kerja Membekal Dan Merata Crusher Run Di Jalan Kg. Kelulut Marang | 01-08-2005 | RM 9,950.00 |
| 5 | Menaiktaraf Jalan Kg. Tanjung Ke Kg. Tengah, Jambu Bongkok, Marang, Terengganu (Fasa 1) | 18-07-2005 | RM 40,000.00 |
| 6 | Kerja-Kerja Membina Sebuah 'Porch' Kenderaan Di Tapak Latihan Kuda Lasak,DYMM Sultan Terengganu Di Ladang Kelapa Sawit Felcra Permatang Seratus, Sentul Patah, Marang Terengganu | 20-06-2005 | 19,350.00 |
| 7 | Kerja-Kerja Penyelenggaraan, Baikpulih Tandas Di SK. Merchang, Marang Terengganu | 30-05-2005 | RM 3,500.00 |
| 8 | Membina Dan Menyiapkan Jalan Premix Serta Kerja-Kerja Yang Berkaitan Dengannya Di Jalan Belakang Padang Bola Seberang Marang, Terengganu | 23-05-2005 | RM 42,754.40 |
| 9 | Kerja Penyelenggaraan Projek Pendidikan Di SK. Merchang, Marang | 16-05-2005 | RM 17,737.00 |
Selain itu, Razali turut mempunyai sebuah syarikat lain yang berdaftar sebagai Bestium Corporation Sdn. Bhd.
Justeru, sebab itulah, hidup dan mati Razali adalah untuk mempertahankan Umno dengan apa jua cara sekali pun, termasuk menubuhkan GERTAK, yang akan terus meniupkan isu perkauman dan agama.
Hanya dengan isu sensitif begitu sahaja, Umno akan terus dapat berkuasa dan memerintah! -BO
Kemenangan Sibu Mampu Runtuhkan Ilusi Simpanan Tetap , at 14.5.10,
KUALA LUMPUR - Kemenangan Pakatan Rakyat di Sibu akan membuktikan betapa tingginya harapan rakyat untuk membuat satu perubahan, terutamanya dikalangan masyarakat Bumiputera di Sibu kata penulis blog, Kim Quek dalam komentar terbarunya.
Tambah beliau, ini juga akan menguatkan lagi kehadiran Pakatan Rakyat di kubu kuat Barisan Nasional yang selama ini melabel Sarawak sebagai 'simpanan tetap'.
Kim Quek mengulas jikalau rakyat Sibu masih tidak pasti parti yang perlu diundi, maka mereka perlu menanya diri satu soalan, parti mana yang mereka rasakan akan menjaga dan mempertahankan hak dan kehendak rakyat Sibu jika diberi peluang membentuk kerajaan pusat dan kerajaan negeri Sarawak?
Sebabnya ialah kerana terdapat pelbagai masalah di Sibu yang hanya boleh diselesaikan dengan campurtangan kerajaan pusat.
Antaranya ialah banjir berterusan sepanjang tahun, kekurangan pembangunan infrastruktur di kawasan luar bandar, pencabulan hak Tanah Adat, masalah pembaharuan geran tanah pegangan sementara, kadar kemiskinan yang tinggi dan krisis ekonomi berpanjangan yang menyebabkan penghijrahan besar-besaran oleh belia dari Sibu.
Kata beliau lagi, masalah sebegini tidak mungkin dapat diselesaikan hanya dengan penglibatan kerajaan negeri sahaja kerana dana yang besar diperlukan dan hanya kerajaan pusat yang berfikiran berlandaskan rakyat akan meluluskan dana untuk rakyat Sibu.
Tambah beliau lagi, krisis ekonomi yang kini membebankan rakyat berpunca daripada kepincangan pentadbiran 'authoritarian' kerajaan pusat yang dipenuhi dengan gejala rasuah.
"Malaysia kini bukan lagi di dalam senarai pelabur asing sebagai negara berpotensi dan kekurangan pelabur asing telah menyebabkan pertumbuhan ekonomi terhenti. Jika ini berterusan, Malaysia tak mungkin boleh bebas daripada 'Perangkap Golongan Pertengahan'," tulisnya yang terkenal sebagai penulis kritikal.
Dalam isu ini, Kim Quek menyalahkan kerajaan Umno-BN yang tidak mampu menghentikan gejala rasuah sehingga kerajaan mengalami defisit lebih 13 tahun berturut-turut, sedangkan pendapatan dari petroleum dianggarkan 40 peratus daripada jumlah pendapatan negara.
"Dengan fakta sebegini, bagaimana BN boleh memperbodohkan rakyat Sibu dengan janji-janji hingga RM1 bilion untuk skim pencegahan banjir seperti yang dikatakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin?" soalnya lagi.
Beliau menambah, kemenangan Pakatan Rakyat pada pilihan raya lalu membuktikan rakyat Malaysia secara umumnya sudah bersedia untuk perubahan dan beliau berharap rakyat Sibu akan bangkit menentang ketidakadilan dan mengambil langkah pertama membentuk Malaysia baru dengan mengundi sebaik-baiknya.
















